Malaysia Sokong Palestin Ph Tentang Perjanjian Damai Israel Uae Mana Hadi Bertaraf Menteri





Petisyen Ahli-ahli Parlimen Malaysia mengecam Rancangan Pengilhakan atau rampasan tanah Palestin di Tebing Barat oleh Israel telah diserahkan kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan Palestin semalam.

Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, petisyen tersebut mengumpulkan lebih 130 tandatangan Ahli-ahli Parlimen terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang sesuai dengan cadangan yang diutarakan dalam usul yang telah disepakati sebulat suara oleh wakil pembahas daripada pihak kerajaan dan pembangkang pada 16 Julai lalu.

Katanya, serahan petisyen itu diwakili oleh 5 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Delegasi Ahli parlimen Malaysia disambut oleh Daniel Wright, Penolong Penasihat Politik Kedutaan AS dan Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia.

"Penyerahan petisyen berjalan dengan lancar dan Ahli Parlimen mengambil peluang untuk berucap menyampaikan mesej petisyen ini adalah suara rakyat Malaysia yang mengecam sebarang bentuk penindasan, kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurut Syed Ibrahim, delegasi Malaysia juga membangkitkan isu perjanjian damai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang dilakukan atas alasan untuk menghentikan pengilhakan tanah Palestin.

Hal itu, kata Syed Ibrahim merupakan satu dalih palsu dan tidak wajar disebut sebagai antara kejayaan AS dan UAE untuk membawa kedamaian di Timur Tengah.

"Ini satu alasan palsu, lemah dan bertujuan mengelabui hasrat sebenar. Hakikatnya, keputusan normalisasi hubungan telah dibuat tanpa perbincangan atau persetujuan rakyat Palestin dan rancangan pengilhakan oleh Israel tidak dihentikan. Cuma sekadar ditangguhkan seperti diakui oleh Perdana Menteri Israel.

"Saya menggesa Malaysia menasihati UAE agar menarik balik keputusannya dan kembali kepada rancangan damai bersama negara-negara Islam dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Israel.

"Tidak memadai sekadar menghormati hak kedaulatan UAE sedangkan implikasinya ialah kepada pengukuhan pengaruh AS dan Israel di Timur Tengah di sebalik tindakan unilateral yang terus menindas hak dan keadilan rakyat Palestin.

"Saya juga tertanya apakah pandangan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah dalam hal ini? Amatlah wajar Duta Khas juga memainkan peranan penting dalam mempamerkan aspirasi Malaysia, sebagai sebuah negara pendukung keamanan dan keadilan mendepani konflik Palestin-Israel," katanya lagi.

Hari ini, di Parlimen, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang disoal bertalu-talu mengenai perdamaian UAE dan Israel yang tidak dikecam oleh Malaysia.

Sikap berdiam diri, menurut Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak wajar memandangkan negara Islam lain mengecam UAE kerana mengkhianati rakyat Palestin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/malaysia-sokong-palestin-ph-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

Rakyat Palestin Kecewa Perjanjian Khianat Uae Israel

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 349 hits
BAITULMAQDIS 25 Zulhijjah 1441H Sabtu Rakyat Palestin kecewa dengan perjanjian normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu dan negara haram Israel yang dianggap sebagai pengkhiatan terhadap negara mereka Terdahulu Israel kononnya bersetuju untu...
Saudi Bertegas Tiada Perjanjian Dengan Israel Selagi Isu Palestin Belum Terhurai

Saudi Bertegas Tiada Perjanjian Dengan Israel Selagi Isu Palestin Belum Terhurai

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 328 hits
Arab Saudi menyatakan pada Rabu ia tidak akan mengikut langkah Amiriah Arab Bersatu menjalin hubungan diplomatik dengan Israel selagi negara itu tidak menandatangani perjanjian damai dengan Palestin yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang...
Maszlee Dakwa Hadi Tolak Penyelesaian Dua Negara Israel Dan Palestin

Maszlee Dakwa Hadi Tolak Penyelesaian Dua Negara Israel Dan Palestin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 323 hits
Kekeliruan di Parlimen berhubung penyelesaian 2 negara konflik Palestin Israel Kekeliruan tercetus di Dewan Rakyat hari ini mengenai persoalan sama ada PAS menerima pendirian kerajaan berhubung penyelesaian 2 negara dalam konflik Palestin I...
Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 837 hits
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8 Tan Sri Muhyiddin YassinTIMBALAN PERDANA MENTERI BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI1 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Datuk Lim Ban...
Mari Lihat Pendapatan Menteri Dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018

Mari Lihat Pendapatan Menteri Dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 372 hits
Heboh baru baru ini disiarkan mengenai angka pendapatan bagi Menteri Menteri serta Ahli Parlimen Malaysia yang baharu Difahamkan Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan menteri timbalan menteri dan Ahli Parlimen mewakili setiap parti dalam pakat...
Deal Of The Century Kuasa Lunak Uae Amp Agenda Normalisasi Israel

Deal Of The Century Kuasa Lunak Uae Amp Agenda Normalisasi Israel

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 221 hits
oleh Abdul Mu izz Muhammad18 Ogos 2020 Soft power atau kuasa lunak merupakan daya pengaruh yang berkarektor inspirasional Ia adalah sejenis strategi untuk menarik sokongan dengan sentimen atau emosi Pasca Arab Spring menyaksikan UAE adalah ...
Uae Malaysia Bersama Dalam Tangani Covid 19

Uae Malaysia Bersama Dalam Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 13 Ogos 2020 Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri telah berkongsi pengetahuan dengan Akademi Rabdan sebuah institusi dari Emiriah Arab Bersatu mengenai amalan terbaik kedua dua negara dalam membendung penularan wabak COV...
Di Mana Maruah Menteri

Di Mana Maruah Menteri

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 329 hits
Di Mana Maruah Menteri Dr Dzulkefly Ahmad berkata isu pelanggaran prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan Covid 19 oleh menteri melibatkan perkara lebih besar iaitu maruah Jika di New Zealand menteri sudah letak j...
Rentasan 728 Cubaan Menteri Kewangan Sembunyi Kebenaran Tentang Ekonomi Negara Didedah

Rentasan 728 Cubaan Menteri Kewangan Sembunyi Kebenaran Tentang Ekonomi Negara Didedah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 334 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7281 MUAFAKAT NASIONAL JADI MELAYU RAYA 2 PEMIMPIN BERSATU MENANG SETELAH LAWAN DIPECAT 3 KERAJAAN DIGESA BERCAKAP BENAR TENTANG EKONOMI NEGARA 4 TUBUH PARTI PERLU UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gara Gara Raya Sakan Suami Moody Duit Dah Habis

Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Kedua Teruja Sambut Orang Baru Doakan My Lil Bun

Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters