Malaysia Siap Siaga Hadapi Penularan Penyakit Berjangkit


SEPANG, 27 JAN: Malaysia sentiasa dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi penularan penyakit berjangkit dan bersedia memberi gerak balas terhadap sebarang kecemasan melibatkan kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pihak berkuasa kesihatan banyak belajar melalui wabak yang berlaku sebelum ini seperti virus Zika dan Nipah termasuk Polio dalam menguruskan situasi itu.
Oleh itu, katanya tidak mengejutkan apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-18 dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) 2019 daripada 195 negara yang dinilai berhubung persediaan dalam menghadapi risiko yang memberi kesan besar dan bencana biologi global.
“Kita mahu menjadi lebih baik dan berada pada kedudukan 10 teratas. Kita (Malaysia) mempunyai pengalaman dan sejarah menghadapi jangkitan virus,” kata Dr Dzulkefly kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, hari ini.
Dalam Indeks itu, Malaysia berada di hadapan Singapura yang menduduki tangga ke-24, manakala Indonesia ke-30 dalam senarai itu. Bagaimanapun, Thailand berada di hadapan Malaysia pada kedudukan keenam.
GHS menyenaraikan negara-negara berkenaan dalam tiga kategori – paling bersedia, lebih bersedia dan kurang bersedia. Malaysia ditempatkan dalam kategori kedua manakala 13 negara berada dalam kategori pertama.
Jelas Dr Dzulkefly, dalam menangani 2019 Novel Koronavirus, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah 12 lagi mesin pengimbas suhu badan di pintu masuk negara secepat mungkin.
Ini sebagai tambahan kepada 54 mesin pengimbas suhu badan sedia ada yang mana 33 mesin ditempatkan di Semenanjung dan 21 lagi di Sabah dan Sarawak, katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama agensi pelancongan disaran memberikan pencerahan mengenai koronavirus kepada pengembara yang menggunakan khidmat mereka.
“Agensi pelancongan perlu menasihatkan pengembara untuk mendapatkan rawatan di fasiliti di bawah KKM yang berdekatan apabila mendapati pelanggan mereka menunjukkan simptom demam, batuk dan sukar untuk bernafas,” kata Dr Dzulkefly.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/malaysia-siap-siaga-hadapi-penularan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korea Selatan Sentiasa Siap Siaga Elak Penularan Wabak Koronavirus Pada Cuti Perayaan

Korea Selatan Sentiasa Siap Siaga Elak Penularan Wabak Koronavirus Pada Cuti Perayaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 324 hits
SEOUL 23 Jan Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Khamis sentiasa bersiap siaga untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus baharu pada cuti Tahun Baru Cina lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan melaporkan kes pertama koronaviru...
Kajian Malaysia Ke 3 Di Asia Dalam Kesiapsiagaan Hadapi Wabak

Kajian Malaysia Ke 3 Di Asia Dalam Kesiapsiagaan Hadapi Wabak

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 338 hits
BERITAKajian kesihatan global meletakkan Malaysia di kedudukan ke 18 di kalangan 195 negara dari segi kesiapsiagaan menghadapi wabak penyakit Keputusan kaji selidik Indeks Keselamatan Kesihatan Global untuk menjelaskan kesiapsiagaan negara ...
Berapakah Kos Rawatan Penyakit Penyakit Di Malaysia

Berapakah Kos Rawatan Penyakit Penyakit Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 715 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah aku disini sihat sejahtera Kesihatan merupakan satu aspek yang paling penting Tidak kiralah sama ada kesihatan diri atau kesihatan orang disekitar ...
Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 747 hits
Selalu tiap 100 tahun atau dlm tempuh satu masa akan berlaku revolusi mengikut zaman rupa nya wabak juga menyesuaikan diri mengikut zaman rupanya Coincidence Kalau dibaca ia mungkin kedengaran seperti memes atau bahan jenaka dikaitkan denga...
Jangan Sembur Atas Muka Orang 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk

Jangan Sembur Atas Muka Orang 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 303 hits
Penularan tentang wabak Koronavirus sungguh membimbangkan warga dunia Seluruh negara mengambil serius tentang aspek kebersihan bagi mencegah jangkitan Koronavirus Isu ini memberi impak yang besar kepada warga emas wanita hamil kanak kanak d...
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk Penyakit

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 878 hits
Cikgu Malaysia Dedah Mengapa Wuhan Jadi Lubuk PenyakitTALI KAPAL Virus Wuhan ke virus Corona ke Virus Corolla Altis ke sikit pun aku tak heran sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik ni
Garuda Indonesia Siap Siaga Cegah Virus Corona Masuk Indonesia

Garuda Indonesia Siap Siaga Cegah Virus Corona Masuk Indonesia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 305 hits
Wabah virus corona mulai menjalar ke beberapa negara Virus asal China ini mulai merebak ke empat negara di Asia Tenggara salah satunya Vietnam Direktur Utama Garuda Indonesia Irfan Setiaputra mengatakan pihaknya sudah bekerja sama dengan ot...
China Hadapi Situasi Getir Perangi Penularan Koronavirus

China Hadapi Situasi Getir Perangi Penularan Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 374 hits
WUHAN 26 JAN Presiden China Xi Jinping semalam memberi amaran negara itu berdepan situasi getir serentak dengan usaha pihak berkuasa mengekang penularan virus yang sudah meragut 41 nyawa dan menjejaskan sambutan Tahun Baharu Lunar Negara pa...
Malaysia Berpengalaman Hadapi Krisis Kesihatan

Malaysia Berpengalaman Hadapi Krisis Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Kementerian Kesihatan menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kerajaan lewat menangani jangkitan koronavirus 2019 Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn