Malaysia Rekod Kes Demam Denggi Terendah Dalam Tempoh Sedekad Tahun Lalu


BERNAMA
Sebanyak 26,365 kes demam denggi direkodkan sepanjang 2021.

Sukarelawan melakukan aktiviti nyahkuman dan semburan aedes sekitar flat PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Malaysia merekodkan sebanyak 26,365 kes demam denggi sepanjang 2021 iaitu penurunan sebanyak 70.8% berbanding 90,304 kes tahun sebelumnya (2020), kes terendah sejak sedekad lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh sama kematian disebabkan demam denggi juga menurun daripada 145 kematian pada 2020 kepada 20 kematian tahun lepas.
“Ini merupakan kali pertama kementerian kesihatan (KKM) merekodkan kes denggi dan kematian terendah sejak sedekad itu.
“Faktor utama penurunan kes denggi tersebut masih belum dapat ditentukan, namun begitu denggi kekal sebagai ancaman kesihatan awam di Malaysia ketika pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia bersempena sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai (NTDs) Sedunia semalam (30 Januari).
Bagaimanapun katanya, berdasarkan data dan trend penyakit demam denggi sebelum ini, KKM mendapati terdapat lonjakan kes demam denggi pada 2010, 2015 dan 2019.
Wabak denggi di Malaysia dijangka akan mencatatkan peningkatan yang tinggi setiap empat hingga lima tahun kitaran.
“Oleh demikian, kes demam denggi dijangka akan meningkat semula pada 2024 atau 2025, dengan insiden dijangkakan lebih tinggi daripada jumlah kes dicatatkan pada 2019,” katanya.
Berkongsi kisah kejayaan kawalan denggi di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, ia berfokus kepada langkah kesihatan awam terutama pengesanan awal dan pengurusan vektor memandangkan setakat ini belum ada mekanisme berkesan mengatasi virus denggi.
Antaranya mewartakan penyakit denggi di bawah undang-undang Malaysia sejak 1988, menambah baik kaedah pemakluman sistem dalam talian, iaitu e-Notifikasi dan eDengue, mengenal pasti sistem maklumat penjagaan kesihatan secara digital dan membangun sistem pemetaan risiko bagi memudahkan perancangan aktiviti kawalan vektor di lapangan.
Katanya lagi, dari aspek pengurusan vektor, Malaysia adalah negara kedua di dunia selepas Australia yang mengendalikan kawalan denggi dengan memanfaatkan kebaikan nyamuk Wolbachia sejak 2019 berikutan penemuan positif daripada kajian tempatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tidak seperti kebanyakan penyakit berjangkit yang lain, denggi tidak menpunyai rawatan khusus seperti antivirus.
“Walaupun pada masa ini terdapat vaksin denggi di pasaran, namun Malaysia tidak memenuhi kriteria yang telah disarankan oleh WHO yang menetapkan kadar seroprevalensi denggi sekurang-kurangnya 80 peratus pada usia sembilan tahun untuk dipertimbangkan di bawah program imunisasi kebangsaan.
“Selain itu, tiada alat domestik yang benar-benar berkesan untuk melindungi masyarakat semasa waktu puncak nyamuk Aedes menggigit, contohnya kelambu, vest dan sebagainya,” katanya.
Bagi perancangan masa depan, beliau berkata Bahagian Kawalan Penyakit telah bekerjasama dengan dua rakan kongsi antarabangsa untuk melaksanakan Sistem Amaran Awal, Amaran dan Tindak Balas (EWARS) dan Sistem Ramalan Denggi Berasaskan Satelit Model (DMOSS).
Katanya kerjasama ini bertujuan meneroka prospek untuk menggabungkan amaran awal dan ciri-ciri ramalan sistem pengawasan denggi kebangsaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan aktiviti pencegahan yang lebih intensif.
KKM juga menasihati orang ramai mencegah penularan denggi di peringkat isi rumah termasuk penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes; perlindungan daripada gigitan nyamuk mengikut kapasiti individu dan mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami simptom demam denggi seperti demam, sakit otot dan sendi, sakit belakang dan ruam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/malaysia-rekod-kes-demam-denggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebuhraya Khas Sepanjang 750 Km Untuk Basikal Di Milan Itali Dalam Tempoh 15 Tahun

Lebuhraya Khas Sepanjang 750 Km Untuk Basikal Di Milan Itali Dalam Tempoh 15 Tahun

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 203 hits
Masa sekolah rendah dahulu antara tahun 1975 hingga 1980 keluarga saya basikal pun tak ada Motosikal jangan harap lah Apatah lagi kereta Orang kaya saja mampu pakai kereta masa itu di kampung Seingat saya jiran atau kawan bapak yang ada ker...
Pelakon The Red Sleeve Jadi Tetamu Program Radio Star Raih Rating Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

Pelakon The Red Sleeve Jadi Tetamu Program Radio Star Raih Rating Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 239 hits
Program Radio Star telah berjaya raih rating tertinggi dalam tempoh hampir 2 tahun Episod pada 26 Januari rancangan pelbagai MBC Radio Star menampilkan ahli pelakon The Red Sleeve Lee Jun ho Lee Se young Jang Hye jin Oh Dae hwan Kang Hoon d...
Rilis Single Pertama Dalam Tempoh 3 Tahun Wanna One Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia Dengan Beautiful

Rilis Single Pertama Dalam Tempoh 3 Tahun Wanna One Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia Dengan Beautiful

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 212 hits
Single terbaharu WANNA ONE Beautiful telah menerima respon baik dari peminat seluruh dunia Pada 27 Januari WANNA ONE kembali dengan single digital baharu mereka B Side bersama muzik video untuk Beautiful yang dipersembahkan kumpulan itu sel...
56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 224 hits
Terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah SEREMBAN Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak...
Buruh Ladang Dipenjara 20 Tahun Lapan Sebatan Kes Amang Seksual Terhadap Anak Kandung

Buruh Ladang Dipenjara 20 Tahun Lapan Sebatan Kes Amang Seksual Terhadap Anak Kandung

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 1593 hits
Bapa kepada dua anak perempuan itu dipenjarakan selama 20 tahun dan disebat 8 kali Tawau Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang buruh ladang selepas mengaku bersalah dalam du...
Jpj Ns Rekod Kesalahan Babit Muatan Tinggi Tahun Lalu

Jpj Ns Rekod Kesalahan Babit Muatan Tinggi Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 138 hits
Foto hiasan SEREMBAN Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan mengesan 7 801 kesalahan lebih muatan dan 1 697 kesalahan muatan bahaya membabitkan kenderaan berat sepanjang tahun lalu Pengarah Hanif Yusabra Yusuf berkata berdasarkan statis...
Malaysia Bersedia Hadapi Lonjakan Kes Covid 19 Khairy

Malaysia Bersedia Hadapi Lonjakan Kes Covid 19 Khairy

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 208 hits
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN KHAIRY JAMALUDDINPETALING JAYA Malaysia bersedia menangani lonjakan kes jangkitan Covid 19 susulan ancaman varian Omicron berikutan program vaksinasi yang berjalan lancar dan penggunaan kapasiti hospital yang ter...
Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022

Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 272 hits
Ramai mungkin tidak tahu negara kita antara satu lagi destinasi terkenal di dalam bidang Pelancongan Perubatan di Asia Oleh sebab itu untuk beberapa tahun yang akan datang Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022 ...
Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 337 hits
Tahun 2020 mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan yang tinggi berbanding tahun 2019 Antara sebab utama kes kehilangan pekerjaan adalah penutupan operasi syarikat VSS MSS dan juga faktor kewangan syarikat Jika anda salah seorang daripad...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya