Malaysia Perlu Banyak Lagi Filem Superhero
NORMAN RADZUAN
Mat Kilau hebat sebagai ‘action movie’
TERBAIK TAPI TAK SAMPAI
Sebelum kalian membaca review aku mengenai filem Mat Kilau… aku nak pesan jgn emo. Kita rambut sama hitam tapi citarasa berbeza jadi terpulang kpd kalian hendak mengkritik atau memuji cara kalian… your wall. Begitu juga di wall aku… aku nak tulis apa yg aku rasa.
Ada org pergi ke panggung sekadar hiburan, ada org utk cari kepuasan, ada org ingin melihat kerja seni, ada org ingin melihat aktor pujaan, ada org ingin melihat movement camera… masing2 ada niat tersendiri yg dia akn beri komen dari perspektif sendiri.
Jadi jgn marah bila aku memuji atau mengkritik. Aku tak kata jgn tonton Mat Kilau, aku just nak share pandangan aku dari sudut yg berbeza. Rasa tak berkenan just scroll.
Aku segera terpengaruh menonton filem ini kerana kuasa media sosial yg memprovok aku. Bila pujian melambung my expectation mengenai filem ini tentulah tinggi apatah jualan tiketnya 1 hari 1 juta…wow.
Jadi aku pun pergi seorang diri sb bila aku ingin menonton filem yg aku anggap mempunyai nilai seni dan sejarah yg tinggi… aku tidak akn bawa isteri, anak atau bersama kawan.
Sb aku nak fokus sepertimana aku menonton filem English Patient, The Godfather, Green Mile dan lain2. Aku mengalir air mata tonton English Patient hanya kerana kenangkan bagaimana penderitaan kedua pasangan kekasih ini. Filem berat dan panjang tapi sgt terkesan sehingga hilang mood aku nak berborak dgn kawan2 selepas keluar panggung.
Berbalik kpd filem Mat Kilau aku ke panggung bukan fokus utk menonton action movie sepertimana aku membeli tiket menonton filem Avengers. Mindset aku… aku nak tonton filem yg ada nilai sejarah dan filem yg buat aku menangis kerana semangat patriotit.
Aku cerita dahulu yg positif mengenai filem ini. Bagi aku ia sebuah filem action movie yg menarik. Aku suka lakonan Adi Putra dan Beto dan ia adalah pilihan yg sgt tepat oleh Syamsul. Aku suka scene Mat Kilau muncul di jeti… fuhh stylo.
Cuma watak isteri Mat Kilau ini mcm ambil pelakon yg tak berbakat… aku tak touching langsung bila dia mengucapkan sayonara kpd suaminya Mat Kilau. Mcm tak perlu wujud scene tu pun tak apa sb tak memberi apa2 kesan emosi. Jauh sedih watak Shah Rukh Khan bye2 Kajol dan Preity Zinta di Railway Station.
Ada juga diselitkan dialog lucu bila ‘Mat Salih’ (Kapten Syers) beritahu kpd pemimpin2 Melayu, ‘org Melayu lemah kerana berpecah belah sebab itu mudah dijajah….’ Heee mana ada musuh akan beritahu kelemahan lawannya
Bab ini aku ketawa sinis bila dgr dialog ini. Patut Mat Kilau yg berkata demikian.
Aku lihat di Tik Tok ada wajah selebriti mengalirkan air mata menonton filem ini. Lalu aku yg jenis mudah mengalirkan air mata bila menonton movie…sepanjang movie ini mencari scene yg mana boleh buat air mata ku berguguran.
Yg paling tersentuh aku rasa scene isteri Wahid (Beto) lakonan Zarina Zanoordin dibunuh tapi tak sesedih sepertimana aku menonton Bukit Kepong. Bukit Kepong aku mengalirkan air mata terkenang semangat keseluruhan anggota polis yg bermatian melawan komunis.
Aku mencari sebuah filem biografi epik yg aku akn mengalirkan air mata kerana perjuangan. Bagi aku penggunaan nama Mat Kilau itu yg membuatkan my expectation tinggi kpd filem ini utk membangkitkan semangat patriotik ku.
Jika ia menggunakan nama ‘Mat Kepit Dari Gua Hantu’ atau ‘Pahlawan Melayu Terakhir’ tanpa dikaitkan dgn nama superhero Melayu (Mat Kilau ) aku akn mengatakan ia sebuah action movie yg menarik.
Jadi aku tidak peduli tentang plot, fakta dan wataknya dan menganggap ia hanya sebuah filem adaptasi. Tapi bila nama Mat Kilau digunakan ia menjadi sebaliknya. Utk org lain ok utk aku tak berapa sampai.
Semalam aku katakan aku kecewa dan tak dpt apa yg aku cari. Semalam yg aku jumpa sebuah action movie yg bagus tapi bukan sebuah filem Mat Kilau yg aku impikan.
Hampir separuh dari filem menyaksikan aksi pertarungan. Jika aku akn tambah 15 minit lagi utk beri penekanan kpd watak Mat Kilau itu sendiri sepertimana filem adaptasi Hang Tuah. Character development Mat Kilau itu patut dilebihkan sesuai dgn judul filem.
Filem Hang Tuah P. Ramlee tidak byk fighting tapi dialog byk digunakan hingga kita berasa sayu, sedih dan bangkit semangat patriotik.
Scene Hang Tuah dihukum bunuh, Hang Jebat dibunuh, penyesalan Hang Tuah membunuh Hang Jebat sgt terkesan. Begitu juga Hang Jebat versi Nordin Ahmad tidak byk fighting tapi skripnya sampai skg kita boleh ingat selain lakonannya yg sgt berkesan.
Jika dikurangkan aksi fighting itu lebih baik sb Adi Putra dan Beto mampu menggalas lakonan yg mempunyai dialog2 yg menarik. Jika ada rakan2 yg akn menonton boleh recordkan berapa lama keseluruhan aksi bersilat/berlawan yg ditonjolkan sepanjang filem ini.
Bagi aku too much. Cukup masa opening scene, di pertengahan sedikit dan last scene bagi habis. Aku ok je dgn aksi fighting ini tapi bila terlalu kerap bosan pula… sb kita tahu Mat Kilau tak mati di tangan Inggeris so berguling, melompat, ditembak sekalipun Mat Kilau tak akan mati so suspen tu tak ada.
Skrip juga jika ada sequel fokuskan kpd diolog menarik atau menyentuh perasaan utk membangkitkan semangat patriotik.
Ok cukuplah… seperti aku katakan ia sebuah filem yg baik utk sebuah action movie yg mempunyai nilai2 komersial. Utk aku secara peribadi aku tak dpt sepenuhnya apa yg aku cari paling kurang seperti Bukit Kepong. Ini perspektif aku mengenai filem ini…sb aku mencari lain dari org lain cari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/06/malaysia-perlu-banyak-lagi-filem.html