Malaysia Mahu Universiti Jepun Ditubuhkan


THE MALAYSIAN TIMES


FUKUOKA (Jepun): Sambil menyatakan Jepun adalah model yang betul, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di Fukuoka pada Khamis berkata ada keperluan bagi penubuhan universiti-universiti Jepun di Malaysia untuk rakyat Malaysia mempelajari nilai-nilai orang Jepun.

“Rakyat Malaysia boleh belajar nilai-nilai orang Jepun tanpa pergi ke Jepun,” kata Dr Mahathir, yang diketahui mengagumi budaya kerja dan sistem nilai masyarakat Jepun, di Institut Kepimpinan Kyushu-Asia (KAIL) ketika menyampaikan syarahan yang dihadiri oleh ahli-ahli perniagaan, para eksekutif dan profesional muda yang berpangkalan di Kyushu.

Ditubuhkan pada 2004, KAIL adalah sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang menyediakan infrastruktur intelektual dan sosial bagi program-program pendidikan antarabangsa.
Dr Mahathir menjadi penyampai utama pada siri syarahan KAIL itu dan tahun ini adalah tahun ke-15 beliau menyampaikan syarahan di situ.

Malaysia telah menghantar beribu-ribu pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pendidikan tinggi di Jepun di bawah Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini, dengan harapan mereka bukan sahaja dapat mempelajari bidang kejuruteraan dan teknologi, misalnya, tetapi juga etika kerja dan nilai-nilai murni masyarakat itu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta mengenai aspek-aspek untuk menambah baik sistem pendidikan Jepun, Dr Mahathir mencadangkan: “Dengan memudahkan orang muda (Jepun) melakukan perjalanan dan mempelajari pengalaman di negara-negara lain. Pada masa yang sama, mereka boleh mempelajari mengenai kebudayaan (dunia) yang lain dalam kelas-kelas.”

Menjawab soalan daripada seorang profesional Jepun mengenai pandangannya tentang peranan Jepun pada masa depan, Dr Mahathir berkata Jepun mempunyai budaya yang baik yang boleh ditunjukkan kepada dunia.

Menurutnya, jikalau pada masa dahulu mereka sanggup melakukan ‘harakiri’ (membunuh diri) daripada menanggung malu kerana gagal, masyarakat Jepun kini boleh mencapai apa sahaja yang mereka lakukan.

Dalam syarahannya berkaitan ‘Dilema Baharu di Asia Yang Berkembang Pesat’ itu, Dr Mahathir membayangkan bahawa dunia akan menjadi majmuk ekoran mudahnya melakukan perjalanan dan melintasi sempadan.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/malaysia-mahu-universiti-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Negara Pertama Bakal Miliki Universiti Jepun

Malaysia Negara Pertama Bakal Miliki Universiti Jepun

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 504 hits
Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia yang mempunyai Universiti Jepun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Jepun telah bersetuju dengan pembinaan universiti berkenaan di tanah air dan sudah berada dalam peringka...
Lirik Lagu Utem Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Lirik Lagu Utem Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1428 hits
Lirik Lagu UTeM Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka Di Sini Segala Bermula Cemerlang Mencipta Gemilang Bertuah Bumiku Menyaksi Bersama Kita Berjuang Tersohor Persada Dunia Senada Wawasan Negara Melahir Insan Luhur Jiwa ...
Lirik Lagu Usim Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia

Lirik Lagu Usim Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1318 hits
Lirik Lagu USIM Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia Malaysia maju di zaman merdeka Umatnya bergerak berganding bahu USIM menyahut harapan bangsa Menjadi universiti termaju Cabaran masa teras kegiatan Penyelidikannya untuk ...
Lirik Lagu Keunggulan Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknologi Malaysia

Lirik Lagu Keunggulan Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknologi Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 506 hits
Lirik Lagu Keunggulan Terbilang Lagu Rasmi Universiti Teknologi Malaysia Bersama kita menjulang Keunggulan terbilang Ke mercu jaya kita usaha UTM puncak letaknya Martabat keilmuan Cendiakawan beriman Cekal bersama takwa Menara cita cita Kam...
Lirik Lagu Biru Warna Lagu Rasmi Universiti Utara Malaysia

Lirik Lagu Biru Warna Lagu Rasmi Universiti Utara Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 683 hits
Lirik Lagu Biru Warna Lagu Rasmi Universiti Utara Malaysia Kami anak alam insan Tuhan Mengembara langit biru mencari ilmu Berteman kebudimanan Bina nusa bina dunia sejahtera UNIUTAMA ibu yang tercinta Kami doa lanjut usia bahagia Kami janji...
Ebook Percuma 10 Barang Jepun Yang Rare Dan Laku Keras Di Malaysia

Ebook Percuma 10 Barang Jepun Yang Rare Dan Laku Keras Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 740 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setiap tahun biasanya saya ada sasaran untuk menghasilkan sekurang kurangnya sebuah ebook untuk edaran Percuma kepada pembaca blog saya Tapi untuk tahun ni nampaknya saya belum sempat lagi nak siapkan ebo...
Pm Terima Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Dari Universiti Jepun

Pm Terima Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Dari Universiti Jepun

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 358 hits
PM terima anugerah ijazah doktor kehormat dari universiti Jepun Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Aug 2019 1
Universiti Jepun Anugerahkan Dr M Ijazah Doktor Kehormat

Universiti Jepun Anugerahkan Dr M Ijazah Doktor Kehormat

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 290 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun Dr Mahathir menerima Ijazah Kehormat Doktor Fals...
Japan Expo Malaysia 2019 Kenali Jepun

Japan Expo Malaysia 2019 Kenali Jepun

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 934 hits
Japan Expo Malaysia adalah sebuah event tahunan di Malaysia Pada tahun ini ekspo Jepun in datang lagi E Malaysia 2019 dengan lebih banyak penyertaan dari syarikat syarikat Jepun lebih banyak tawaran tawaran menarik dan lebih ramai artis art...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun