Malaysia Madani Rakyat Disantuni Lirik Lagu Audio Video


Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, lagu tema rasmi bertajuk “Malaysia Madani Rakyat Disantuni” telah dilancarkan sebagai simbol perpaduan dan keprihatinan terhadap rakyat.
Mengusung mesej kasih sayang, kebersamaan dan semangat nasionalisme, lagu ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk lebih menghayati nilai-nilai murni Malaysia MADANI.
Orang ramai digalakkan untuk mendengar, berkongsi dan menggunakan lagu ini sebagai latar semangat bagi pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.
Latar Belakang Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti HKHM 2025.
Karya ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu seruan untuk menyatukan hati rakyat pelbagai kaum.
Ia merupakan cerminan visi kerajaan dalam memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan.
Konsep ‘Malaysia Madani’ melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat.
Tema ‘Rakyat Disantuni’ mengganmbarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Lagu ini dinyanyikan oleh Biduaniti Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan hasil dari lirik serta gubahan muzik oleh Affan Mazlan.
Lirik Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Satu hati, walau berbilang bangsa
Kan bersama bawah naungannya
Satu jiwa
Tak kira apa warna
Takkan ada yang membezakan kita
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Berdiri megah selamanya kita bersama
Warisan takkan binasa
Setia gagah bersama kita Merdeka
Kita semua anak Malaysia
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Hai orang India
Berbudi bahasa
Lembut langkah tarian indahnya
Anak-anak orang Cina
Hai ada tarian naga
Merah menyala sungguh megahnya
Hai Melayu pula macam-macam budaya
Sebut sahaja hai semua ada
Orang Iban dan Kadazan semua gagah perkasa
Kita semua anak Malaysia
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Kita semua sama Malaysia
@toktitiktok Sehari sebelum bertolak ke Singapura untuk konsert The Next Wave, saya sempat merakamkan lagu tema Hari Kebangsaan 2025. Sebenarnya pencipta lagu ini, saudara Affan adalah penyanyi latar dalam konsert-konsert saya dan beliau juga ke Singapura bersama saya. Saya hanya diberitahu lagu ini ciptaan Affan sewaktu sedang dalam latihan muzik untuk konsert The Next Wave. Terima kasih @RTM Malaysia Official dan @KEMENTERIAN KOMUNIKASI di atas kepercayaan untuk saya menyampaikan lagu ini.
♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza Kredit: Tiktok @toktitiktok @beritartm ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ Lagu/Lirik/Gubahan Muzik: Affan Mazlan Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin Penyanyi Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asri ‘Yang sahih di RTM’ #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMADANI #TaatSetia #RancakkanMADANI #HKHM2025
♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM Kredit: Tiktok Berita RTM Lagu/Lirik/Gubahan Muzik: Affan Mazlan Penyanyi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin Penyanyi Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asri Video Lagu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia AUDIO DALAM MP3
TENTANG MALAYSIA MADANI
Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambilkira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
6 NILAI TERAS MALAYSIA MADANI:
Kemampanan Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan. Kesejahteraan Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan. Daya Cipta Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia. Hormat Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia. Keyakinan Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ihsan Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan. TENTANG HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 (HKHM2025)
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia tahun ini berlangsung pada 16 September di Pulau Pinang dan ia bertepatan dengan amalan penggiliran iaitu setiap tahun kita tukar lokasi sama ada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Mengenai sambutan HKHM2025, terdapat 14 program sisipan akan dilaksanakan antaranya Kira Detik Merdeka, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 dan Wayang Pacak Merdeka
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2025, sila layari portal rasmi Merdeka360.
Baca juga:
Logo & Tema Hari Kebangsaan 2025 / Hari Malaysia Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan Cuti Hari Pengisytiharan Kemerdekaan 2025 – Melaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/malaysia-madani-rakyat-disantuni/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-madani-rakyat-disantuni

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 1596 hits
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan kesejahteraan sosial dan keadilan Konsep Malaysia MADANI melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani mer...
Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 160 hits
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2025Setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dengan semangat patriotik yang tinggi Untuk tahun 2025 tema rasmi yang dipilih oleh kerajaan Malaysia ialah Malaysia MADANI Rakyat Disantuni Tem...
The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 202 hits
The Colours of Life Malaysia MADANI Rakyat DisantuniLagu Lirik Gubahan Muzik Affan MazlanPenyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza TarudinPenyanyi Latar Fareez Khairul Mankimmal Aleya Allisyah Dila AsriMalaysia MadaniRakyat disantuniTimur barat sela...
Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 250 hits
Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi VIDEO Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi VIDEO Isu pembelian jet peribadi usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang dianggarkan bernilai jutaan ringg...
Apabila Berkelana Baru Bersyukur Anda Rakyat Malaysia

Apabila Berkelana Baru Bersyukur Anda Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 112 hits
Saya sekarang berada di Botswana sebuah negara kecil di selatan Benua Afrika Antara banyak negara penduduk Zimbabwe dan South Africa mengatakan Botswana sebuah negara kaya kerana 80 export negara adah berlian Semasa di sini saya sempat masu...
Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 262 hits
cinta mendayung lautan sunyi bagaikan malam yang tak berbintang jauhnya cintaku ini untukmu tak mampu dan tak dapat ku sentuh akankah rasa di hati ini menjadi goresan luka di hati ku ungkapkan cinta kau jawab luka memendam membuat aku kecew...
Rm100 Terus Masuk Mykad 31 Ogos Ini Pm Umum Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

Rm100 Terus Masuk Mykad 31 Ogos Ini Pm Umum Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 183 hits
Perdana Menteri hari ini menyampaikan perkembangan terkini ekonomi negara yang menunjukkan pemulihan kukuh disertai langkah segera bagi meringankan kos sara hidup rakyat Ekonomi Malaysia terus berkembang dengan KDNK suku pertama 2025 mencat...
Lirik Lagu Berdaya Diri Putri Ariani

Lirik Lagu Berdaya Diri Putri Ariani

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 213 hits
Satu satu cara kau coba Untuk menjadi bermakna Hingga hatimu bertanya tanya Apa yang kau cari di gemerlapnya dunia Jika sinarnya nyata dalam dirimu Tak usah dengarkan mereka Yang membuat harimu lelah Tak perlu mengubah apapun Kamu berharga ...
Lirik Lagu Tak Hilang Di Lembah Dunia Rais Kencana

Lirik Lagu Tak Hilang Di Lembah Dunia Rais Kencana

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 228 hits
Berkelip bintang beriring mega Menari angin di bukit permai Langkahku ini waris pusaka Darah berdaulat tak bisa tercicai Terpahat kisah zaman berzaman Tersurat dalam kitab sejarah Anak pertiwi tak pernah tenggelam Jiwanya hidup bersulam mar...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Penalti Mbappe Bawa Real Madrid Tundukkan Osasuna

Mo Salah Raih Pemain Terbaik Pfa 2024 2025 Catat Sejarah Baru

Peringatan Kepada Orang Yang Menzalimi Zara Qairina

Laksa Penang Cikna Di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera