Malaysia Madani Perlukan Sokongan Padu Rakyat Kelantan Pm


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: May 13, 2023 8:00 AM
Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan wadah bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan, demi mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

"Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa seluruh hak rakyat Malaysia akan sentiasa terbela tanpa mengira agama dan bangsa. Perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan sentiasa dipertahankan.

"Selain itu kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap amalan rasuah dan penyelewengan dengan melalui reformasi tadbir urus kerajaan yang padu dan dinamik serta memberi fokus kepada pemulihan ekonomi dalam mendukung dan merealisasikan agenda nasional untuk Membangun Malaysia MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu semalam, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan juga akan sentiasa berlaku adil dan tidak meminggirkan mana-mana negeri meskipun berbeza ideologi politik dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

"Banyak usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di Kelantan tahun ini seperti meningkatkan akses kemudahan perubatan kepada komuniti setempat dan mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada.

"Kerajaan telah membaik pulih dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh Kelantan seperti Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai yang merangkumi 38 fasiliti dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM9.3 juta," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga amat prihatin terhadap isu banjir yang sering membelenggu rakyat Kelantan, dan penyelesaian yang ampuh perlu dirungkai bagi menoktahkan isu banjir itu dengan kadar segera dengan beberapa kajian telah dilaksanakan dalam membendung permasalahan ini.

"Selain itu, pembinaan Jambatan Palekbang akan menjadi pencetus kepada pembangunan baharu di jajahan Tumpat dan merangsang lagi pembangunan sedia ada di Kota Bharu.

"Reka bentuk jambatan ini merupakan reka bentuk Cable Stayed dengan kepanjangan 1.29 kilometer dan 24 meter lebar yang melibatkan jajaran utama dua arah dua lorong. Projek yang sepatutnya bermula pada tahun ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/malaysia-madani-perlukan-sokongan-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Penyakit Hiv Tapi Hampir 500 000 Rakyat Malaysia Tak Tahu Dia Ada Penyakit Ini

Bukan Penyakit Hiv Tapi Hampir 500 000 Rakyat Malaysia Tak Tahu Dia Ada Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 208 hits
Bukan penyakit HIV tapi hampir 500 000 rakyat Malaysia tak tahu dia ada penyakit ini Biasanya zaman kanak kanak ni lah di mana kita sepatutnya dapat berseronok tanpa sebarang kebimbangan Namun untuk aktivis dan penceramah positif badan Rocy...
F N Melancarkan Kempen Biar Ori Baru Sempoi Teh Tarik Kegemaran Rakyat Malaysia

F N Melancarkan Kempen Biar Ori Baru Sempoi Teh Tarik Kegemaran Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 449 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Semua orang rakyat Malaysia atau pelancong luar mesti suka minuman Teh Tarik Minuman teh berbuih halus ini menjadi kegemaran s...
Feri Ke Batam Terbakar 62 Penumpang Termasuk Rakyat Malaysia Selamat

Feri Ke Batam Terbakar 62 Penumpang Termasuk Rakyat Malaysia Selamat

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 278 hits
Feri membawa 62 penumpang warga Singapura Malaysia dan Indonesia terbakar tengah hari tadi SINGAPURA Bilik enjin sebuah feri penumpang Queen Star 2 yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi menurut Pengua...
Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani

Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 270 hits
Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani Kini semua rakyat Malaysia diberikan peluang untuk memperoleh ujian memandu secara percuma Bajet 2023 telah dilancarkan dengan tema Malaysia Madani yang terdiri daripada enam aspek penting iaitu Kemampa...
Cerita Semalam Anwar Dan Rakyat Kelantan

Cerita Semalam Anwar Dan Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 347 hits
Siang tadi turut berlangsung program Jelajah Madani Ulama dan Umara Peringkat Negeri Kelantan yang dihadiri Tengku Temenggong Kelantan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Kerajaan Perpaduan keti...
Bantuan E Tunai Baru Sebanyak Rm200 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan E Tunai Baru Sebanyak Rm200 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 265 hits
Bantuan E Tunai Baru Sebanyak RM200 Untuk Rakyat Malaysia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh perkongsian kita hari ini berkaitan satu insiatif kerajaan dalam memastikan rakyat yang memerlukan dapat dibantu sebaiknya Adalah menjadi t...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Doa 18 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Ibu Anak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Mengerikan

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

Bateri Dibawa Dalam Kabin Tiba Tiba Terbakar Penerbangan Terpaksa Dilencongkan

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren