Malaysia Lubuk Arak Tiruan Demand Tinggi Wey


Malaysia lubuk arak tiruan. Itu adalah keadaan terkini apabila 200 ke 250 kontena arak tiruan memasuki negara ini secara haram sebulan melalui tiga pelabuhan utama negara di selatan, utara dan Pelabuhan Klang.


Difahamkan sejak Mei tahun lalu, 3,800 kontena arak tiruan memasuki pasaran negara ini mengakibatkan kerugian RM500 juta sebulan.

Sumber berkata, kegiatan haram yang mengakibatkan kerugian besar kepada negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu didakwa didalangi enam syarikat tempatan yang mengaut keuntungan antara RM7 juta hingga RM8 juta sebulan hasil jualan arak dan bir tiruan kononnya dibawa masuk ke negara ini adalah untuk disimpan sementara sebelum dieksport semula.

Difahamkan, meskipun semua syarikat itu memiliki lesen mengimport minuman keras yang sah dikeluarkan kastam namun mereka menyalah gunakannya untuk tujuan menyeludup arak dan bir tiruan ke negara ini dan bukan mengimport ke negara lain mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, semua syarikat itu memiliki lesen import sah masing-masing sejak Mei 2017 menggunakan alamat syarikat lain bagi tujuan pendaftaran perniagaan.

“Selain itu, mereka hanya memiliki pejabat berbentuk virtual (maya) dan barisan pengurusan syarikat palsu yang direka semata-mata untuk mendapatkan lesen import daripada kastam.

“Pemeriksaan pihak berkuasa mendapati akan ada individu yang menjawab panggilan di talian atau alamat syarikat yang dikemukakan ketika membuat pendaftaran perniagaan dan mendakwa mereka masih beroperasi namun sekiranya pemeriksaan mengejut dilakukan ke premis itu mendapati pejabat itu sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Menurutnya, modus operandi digunakan syarikat itu adalah dengan mengimport arak dan bir tiruan dari China, Vietnam dan Thailand, ditransit di Singapura sebelum masuk ke Malaysia.



“Semua stok arak dan bir tiruan itu disimpan di beberapa gudang di Johor, Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang.

“Semua barangan ini disembunyikan dalam gudang untuk diseludup keluar ke pasaran tempatan tanpa membayar cukai dan duti import.

“Aktiviti penyeludupan ini dilakukan dengan mengisi arak dan bir ke dalam lori bonded yang konon diikrar sebagai barangan dari Jepun sebelum diseludup keluar melalui pelabuhan. Ada juga arak dan bir disembunyikan di sebalik barangan dari Jepun bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Jelasnya, ada kontena arak dan bir diseludup keluar secara terus dari gudang kononnya dengan bantuan pihak berkuasa di pelabuhan.

“Pada masa sama, kedua-dua syarikat ini membuat pengikraran menggunakan dokumen palsu semua stok itu dieksport keluar dari Malaysia ke negara seperti Thailand, Singapura, Jepun dan negara lain.

“Dokumen diperlukan untuk proses mengeksport barang dari pelabuhan sebenarnya banyak namun semua syarikat ini, seperti menikmati keistimewaan. Apa tidaknya mereka mengepilkan hanya beberapa dokumen auta untuk proses eksport,” katanya.

Menjelaskan perkara itu sumber berkata sebelum ini, syarikat pengeluar bir tempatan pernah membuat aduan kepada kastam mengenai negara ini menjadi lubuk arak tiruan yang turut menjejaskan kesihatan orang namun tiada tindakan diambil berikutan mereka kebal dari tindakan pihak berkuasa.

Selain itu, katanya ada juga syarikat pengangkutan tempatan yang mendedahkan auta dan modus operandi digunakan semua syarikat itu sebelum membuat aduan kepada kastam.

“Syarikat pengangkutan tempatan mendakwa surat rasmi mereka digunakan sebagai dokumen palsu syarikat itu namun tiada tindakan diambil ke atas kedua-dua syarikat berikutan wujud faktor pengaruh daripada pihak tertentu.

“Aktiviti ini disyaki didalangi individu orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk yang didakwa memperoleh komisen bernilai ratusan ribu setiap bulan.

“Tanpa pengaruh VIP itu sukar bagi kedua-dua syarikat berkenaan memperoleh lesen import,” katanya.

Sementara itu, tinjauan ke alamat kedua-dua syarikat mendapati satu daripadanya adalah pejabat kosong di Pusat Komersial Sunwaymas di Petaling Jaya manakala yang kedua pula di Damansara Intan tertera pada papan tanda kecil milik syarikat itu di hadapan sebuah premis perniagaan lain.

Risikan mendapati kedua-dua syarikat itu hanya mempergunakan alamat milik syarikat lain dan mereka hanya beroperasi secara virtual tanpa pejabat sahih.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sotongkicap.blogspot.com/2018/12/malaysia-lubuk-arak-tiruan-demand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Semakin Terbongkar Setelah Malaysia Diterajui Gabungan Parti Pakatan Harapan 8783

1mdb Semakin Terbongkar Setelah Malaysia Diterajui Gabungan Parti Pakatan Harapan 8783

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 215 hits
US DoJ seized over RM305m linked to Jho Low funds used to influence 1MDB probePublished 3 hours ago on 01 December 2018By Jerry ChoongA civil forfeiture claim filed with a US court has revealed over US 73 million was seized by the Departmen...
Piala Aff Gagal Manfaat Jaringan Malaysia Sekadar Seri

Piala Aff Gagal Manfaat Jaringan Malaysia Sekadar Seri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR 1 Dis Malaysia mensia siakan aksi di laman sendiri apabila pertembungan dengan Thailand pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak Asean Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menyaksikan ia berke...
Bolehlah Pas Terajui Malaysia Rakyat Sedang Menilai

Bolehlah Pas Terajui Malaysia Rakyat Sedang Menilai

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 312 hits
KEMAMAN PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju pemerintahan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 15 apabila parti parti lain memerintah negara hari ini gagal menunjukkan prestasi cemerlang Justeru PAS perlu menunaikan tanggungja...
Separuh Akhir Pertam Piala Aff 2018 Malaysia Seri Tanpa Jaringan Menentang Thailand

Separuh Akhir Pertam Piala Aff 2018 Malaysia Seri Tanpa Jaringan Menentang Thailand

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 587 hits
Semalam skuad Harimau Malaya yang dalam perjalanan untuk mengejar cita cita memenangi Piala AFF 2018 telah menentang pasukan pilihan Thailand Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu skuad negara hanya mampu terikat t...
In Syaa Allah Piala Aff Malaysia Bakal Berjaya Mengatasi Thailand Di Tempat Lawan Rabu Ini 8786

In Syaa Allah Piala Aff Malaysia Bakal Berjaya Mengatasi Thailand Di Tempat Lawan Rabu Ini 8786

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 298 hits
Piala AFF 2018 Aksi Separuh Akhir Ke duaStadium Tajamangala BangkokRabu 5 Disember 2018Malaysia 2 Thailand 1 Disamping usaha bersungguh sungguh skuad negara jom doa ramai ramai supaya skuad negara kita berjaya mengatasi halangan Aamiin
Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia Betul Ke Apa Dia Cakap

Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia Betul Ke Apa Dia Cakap

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 757 hits
Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia Betul Ke Apa Dia CakapJurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia Betul Ke Apa Dia Cakap
Aff Suzuki Cup 2018 Separuh Akhir 1 Malaysia Vs Thailand

Aff Suzuki Cup 2018 Separuh Akhir 1 Malaysia Vs Thailand

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 816 hits
Babak separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 menyajikan pertembungan antara Malaysia dan Thailand pada hari Sabtu Ini merupakan perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur Keputusan di bawah akan dikemaskini dari s...
63 000 Foreigners Barred From Entering Malaysia Says Immigration Dg

63 000 Foreigners Barred From Entering Malaysia Says Immigration Dg

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 351 hits
Immigration director general Mustafar Ali says there is no guarantee that foreigners who had received eVisa and eEntri online can immediately enter the country KUALA LUMPUR The Immigration Department has barred the entry of 63 000 foreigner...
Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Selepas mengharungi empat perlawanan Piala AFF 2018 Persatuan Bolasepak Malaysia menerima dua surat pertuduhan berikutan kesalahan daripada penganjur Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara Pertama adalah disebabkan oleh bom udara ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri