
“bahawa PAS mampu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang menjadi ketua kerajaan di negeri-negeri lain,” jelas Menteri Besar negeri Terengganu itu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini semalam.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS Negeri Terengganu hadir dalam majlis tersebut.Menurutnya lagi, PAS menjadi harapan bagi rakyat seluruh negara, sebagai parti yang mampu membawa perubahan sebenar.Katanya, rakyat menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba merungkai apa sahaja semahunya dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.“Ia bermula tidak mempercayai sesiapapun dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, mempersalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri,
“Mencari seribu alasan untuk tidak melaksanakan janji pilihan raya dengan semuanya mempersalahkan orang lain.“Memecat siapa sahaja semahunya tanpa diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya. Itulah tabiat yang sedang kita hadapi oleh kerajaan pimpinan parti orang lain di peringkat persekutuan,” jelasnya lagi.Oleh itu katanya, seluruh rakyat sedang memerhatikan semua perkara ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, pegawai-pegawai persekutuan, sedang berbicara sesama mereka dengan ‘hati yang lemas’.Bahkan tegasnya, ada yang sudah menyalahkan diri masing-masing kerana memberi undi kepada parti terbabit dalam PRU 14 yang lalu.Jelas beliau, setengahnya bertindak demikian semata-mata kerana geram kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Bagi kita di Terengganu, jika diikutkan hati kita ingin bertindak sama dengan kerajaan pusat hari ini kerana kita dinafikan hak dan dizalimi sekian lama.“Mungkin terdetik di hati kita setelah menang pilihan raya umum pada 9 Mei baru-baru ini, kita akan memecat mereka bersama parti lawan dalam pentadbiran kerajaan, agensi dan GLC,“mengambil tindakan disiplin seterusnya melantik di kalangan kita memerintah dengan selesa untuk membawa agenda tanpa halangan, tanpa ada kemungkinan sabotaj dan sebagainya,” ujar Dr Samsuri.Bagaimanapun katanya, PAS tidak berbuat demikian kerana kemenangan dalam PRU 14 baru-baru ini bukan sepenuhnya hasil dari undi ahli parti itu semata-mata.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |