Malaysia Kaya Tapi Dimiskinkan Pemimpin
NORMAN RADZUAN
MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN
Mengapa negara tidak beragama lebih beragama?
RAHSIA CHINA MENJADI NEGARA HEBAT
Di kala negara kita berhutang trillion hasil ‘rompakan’ pemimpin-pemimpin politik sejak sekian lamanya negara ini masih boleh bertahan dan pembangunan masih berlaku walaupun terbatas. Ini menunjukkan betapa kayanya Malaysia ini.
Jadi kenapa Malaysia ekonominya tidak boleh mengatasi Singapura malah semakin ke belakang dari negara Asean yg lain? Sedangkan Singapura jangan kata minyak, air pun tiada. Percayalah Malaysia sebuah negara yang sangat kaya tetapi telah dimiskinkan oleh pemimpin-pemimpin nya.
Sepertimana Sabah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi menjadi antara negeri termiskin di Malaysia atau anologinya sepertimana orang berniaga pelanggannya ramai tetapi sewa kedai tidak mampu dibayar.
Jadi negara apakah yang patut kita jadikan sebagai ikon? Jawapannya pandang ke China.
China adalah negara yang mengamalkan fahaman komunis. Komunis diasaskan Karl Marx yang terkenal dengan falsafah ‘Agama Adalah Candu Masyarakat’. Ia digunakan hanya untuk membenarkan seseorang.
Bila Soviet jatuh pada tahun 1991 ramai meramalkan Parti Komunis China akan tumbang. Seorang penulis di Amerika menulis dalam bukunya ‘The Comming Collapse Of China’ meramalkan parti PKC akan terbubar pada 2001.
Tapi sebaliknya kini China begitu hebat hingga dicemburui Amerika kerana menguasai segala aspek samada ekonomi, ketenteraan dan teknologi. Untuk mencapai pencapaian luar biasa itu bagaimana? Kita ke belakang lagi untuk mencari rahsia yang tersembunyi.
Tahukah anda China 60 tahun dahulu adalah negara yang sangat miskin. Suatu ketika perkapita pendapatan rakyat China 54 US dollar berbanding dengan rakyat Amerika 2.349 US dollar.
Saya memilih Diang Xioping sebagai pemimpin teragung yang mengubah lanskap kerajaan China. Di mana China sebelum itu mengamalkan dasar tertutup telah membuka ekonomi mereka kepada dunia luar. Rakyatnya secara individu boleh mencari rakan perniagaan di luar negara dan bermacam lagi peluang perniagaan.
Tapi ia tidak cukup utnuk China menjadi gah seperti sekarang. Pada tahun 1952 Mae Zedong telah menghukum mati di khayalak ramai terhadap dua pegawai tertingginya sedangkan keduanya adalah pegawai yang brilliant .
Tapi Mae Zedong tidak peduli dan katanya, “Perasuah adalah musuh rakyat. Mereka sudah bukan kawan kita lagi. Jadi mereka perlu dihapuskan. Tidak patut ada belas kasihan kepada perasuah.”
Pemimpin-pemimpin China selepas itu meneruskan tradisi yang ssangat tegas kepada rasuah. Zhu Rongji negarawan China berkata, “Di Sini aku siapkan 100 keranda, 99 untuk perasuah dan 1 untuk aku jika aku mengamalkan rasuah.”
Presiden China sekarang ini, Xi Jinping juga bila menjadi Presiden melawan rasuah secara besar besaran dengan falsafah ‘Menangkap harimau mestilah dengan lalatnya sekali.’
Maksud melawan rasuah tak kira besar atau kecil sama sahaja mesti dihapuskan sama sekali. Beribu rakyat China menjalani hukuman mati tanpa mengira pangkat, umur dan jantina.
Itu rahsia China bagaimana mereka menjadi kuat dari segala aspek hingga ditakuti Amerika. Fahamilah pemimpin yang rasuah akan membuatkan rakyat kurus dan menjadikan dirinya gemuk.
Tidak perlu kita bersimpati dengan pemimpin yang korup sedangkan mereka tidak pernah memikirkan nasib rakyat. Mereka hanya bersenang senang atas penderitaan rakyat. Ada benar kata Karl Marx , “Agama menjadi candu untuk membenarkan diri”.
Ingatlah perasuah atau pemimpin korup ini lebih jahat dari perompak kedai. Perompak hanya membuat pemilik kedai rugi tetapi pemimpin yang rasuah membuatkan seluruh rakyat menderita.
China tidak perlukan sebarang agama begitu juga agama Islam dalam pentadbiran tetapi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Islam denagn tegas. Kunci kejayaan negara maju atau kaya yang paling utama hapuskan rasuah. Negara yang korup pasti akan membuat rakyatnya menderita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/09/malaysia-kaya-tapi-dimiskinkan-pemimpin.html