Malaysia Juara Kejohanan Ragbi Asia B 19 Divisyen 2


SERDANG, 18 Dis — Malaysia dinobatkan juara Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun (B-19) Divisyen 2, selepas mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 15-14 pada aksi kedua di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Malaysia mengumpul enam mata keseluruhan sementara UAE empat, selepas dicampur dua mata diraih kedua-dua pasukan dalam aksi pertama, yang berakhir dengan keputusan seri 12-12 di venue sama, Ahad lepas.
Kejayaan skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Farid Syazwan hari ini membolehkan Malaysia kembali bersaing dalam Divisyen 1 musim depan, selepas kali terakhir beraksi pada musim 2017.
Pada aksi hari ini, skuad negara berjaya melakukan dua try, melengkapkan satu conversion dan satu penalti, sementara UAE hanya melakukan satu try dan menyempurnakan tiga penalti.
Dua try Malaysia dilakukan Ahmad Zulhilmi Azizad pada minit kedua dan minit ke-15, sementara Muhamad Hafiezie Sudin bijak menyempurnakan conversion pada minit ketiga, sebelum menyempurnakan penalti pada minit ke-24.
14 mata UAE disumbangkan Justin Brits yang melengkapkan dua penalti pada minit kesembilan dan minit ke-31 sementara Baptiste Requillart dan Alistair Hess masing-masing melakukan try pada minit ke-19 dan minit ke-52.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Mohd Farid berpuas hati dengan disiplin dan semangat ditampilkan barisan pemainnya sepanjang dua perlawanan, walaupun berdepan kesuntukan masa dalam mempersiapkan pasukan.
“Walaupun kita mempunyai masa singkat untuk siapkan pasukan, tapi atas komitmen semua kita berjaya dapat apa yang diidamkan.
“Separuh masa kedua kita sedikit perlahan dan UAE yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal, menguasai hampir keseluruhan permainan, tetapi pemain bermain bermati-matian dan berjaya kekalkan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Farid berkata persiapan rapi perlu bermula dari sekarang untuk mendapatkan kombinasi terbaik menjelang Divisyen 1 yang dijadual berlangsung penghujung tahun hadapan.
“Kita akui Divisyen 1 adalah standard yang lebih tinggi daripda Divisyen 2, dan kita perlukan persiapan awal untuk mencari kombinasi terbaik,” tambah beliau.
Sumber: BERNAMA
The post Malaysia Juara Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen 2 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/19/malaysia-juara-kejohanan-ragbi-asia-b-19-divisyen-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Ikhsan Sports Meterai Perjanjian Bersama Kesatuan Ragbi Malaysia

Al Ikhsan Sports Meterai Perjanjian Bersama Kesatuan Ragbi Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 337 hits
Peneraju barangan sukan nombor satu di Malaysia Al Ikhsan Sports secara rasminya menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Kesatuan Ragbi Malaysia Acara menandatangani MoU dan serahan jersi daripada Al Ikhsan Sports kepada MRU telah di...
Sukan Ragbi Di Malaysia

Sukan Ragbi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 861 hits
Ligakampung com ingin berkongsi info yang ditemui mengenai sukan Ragbi Sukan Ragbi memang merupakan antara sukan lasak yang dikenali di Malaysia dimana ramai pemain berbadan sasa menyertai sukan ini Tapi sejauh mana kita mengetahui mengenai...
Jadual Kejohanan Asia Challenge Cup 2020

Jadual Kejohanan Asia Challenge Cup 2020

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1170 hits
Jadual Kejohanan Asia Challenge Cup 2020 BILAKAH tarikh Kejohanan Asia Challenge Cup musim 2020 bakal berlangsung Sedia maklum Kejohanan Asia Challenge Cup 2020 atau dikenali sebagai ASEANEdition yang membabitkan pasukan dari Thailand Vietn...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange