Malaysia Hati Hati Isu Kerajaan Taliban


Siti Fatimah

Terima laporan daripada pelbagai sektor, akan buat keputusan masa terdekat PUTRAJAYA – Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati mengenai pendirian negara ini terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya, kerajaan memantau perkembangan di Afghanistan terutamanya di Kabul.
“Kami menerima laporan daripada pelbagai sektor dan kami akan membuat keputusan dalam masa terdekat. 
“Buat masa ini kami masih menilai situasi di Afghanistan,” katanya pada sidang media pada hari pertamanya di kementerian, di sini, Rabu.
Taliban menawan Kabul, pada 15 Ogos sekali gus menguasai Afghanistan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara itu. Presiden Mohammad Ashraf Ghani turut bertindak meninggalkan Afghanistan. 
Ditanya mengenai laporan dua rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dengan Daesh dan kini ditahan Taliban, Saifuddin berkata beliau sudah bercakap dengan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai perkara itu.
“Polis masih menunggu laporan sahih mengenai dua orang yang dilaporkan sebagai rakyat Malaysia itu.
“Bagaimanapun, memang ada dua orang lagi rakyat Malaysia yang berada di sana secara sukarela kerana mereka berkhidmat dengan dua buah organisasi kemanusiaan, jadi itu buat masa ini tiada isu,” katanya.
Mengenai pendekatan ASEAN menangani krisis di Myanmar, Saifuddin berkata Malaysia yakin bahawa duta khas ASEAN ke Myanmar Erywan Mohd Yusof mampu memainkan peranannya.
“Saya akan menemuinya secepat mungkin,” katanya, sambil menambah ia adalah kesinambungan daripada apa yang telah dilaksanakan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Saifuddin berharap beberapa hasil positif dapat dicapai daripada konsensus lima perkara yang dimandatkan pemimpin ASEAN.
Mengulas mengenai isu Laut China Selatan, Saifuddin gembira dengan perkembangan berkaitan rundingan Kod Tata Laku (COC) berbanding ketika beliau menggalas tanggungjawab dalam urusan hal ehwal luar negeri sebelum ini. 
“Ya sudah tentu kami ingin memastikan COC dapat dilaksanakan,” katanya.
Menjawab soalan mengenai hubungan Malaysia dengan Singapura pula, terutama berkaitan perjanjian air dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Saifuddin berkata hubungan dua hala sentiasa baik.
Menurut Saifuddin hubungan dengan rakan sejawatannya, Vivian Balakrishnan, amat baik dan berharap hubungan itu dapat terus diperkukuh.
“Hubungan kami (saya dan Vivian) seperti rakan yang akrab. Jadi tiada sebarang masalah antara antara saya dan Vivian,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/malaysia-hati-hati-isu-kerajaan-taliban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dan Bersatu Tak Sefahaman Isu Nama Kerajaan Baru

Umno Dan Bersatu Tak Sefahaman Isu Nama Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 210 hits
MalaysiakiniWalaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang menikmati saat saat awal jawatan barunya perselisihan mengenai apakah kerajaan baru adalah kesinambungan dari Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin atau tidak mula...
Mtuc Mahu Kerajaan Tumpu Lima Isu Berbangkit

Mtuc Mahu Kerajaan Tumpu Lima Isu Berbangkit

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI PETALING JAYA Kerajaan baru yang bakal dibentuk nanti perlu memberi keutamaan kepada isu yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia sebelum ini Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor berkata an...
Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 218 hits
Perkara ini bukan mainan dan Malaysia berisiko diharamkan oleh FIFA dari sebarang aktiviti bola sepak Malaysia berisiko berdepan tindakan tatatertib oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa jika terdapat campur tangan kerajaan atau individu ...
Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 239 hits
August 24 2021 Meskipun calon Perdana Menteri Malaysia ke 9 selesai mengangkat sumpah Dato Seri Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian dalam memastikan kerajaan yang stabil dicapai Dalam tempoh tidak sampai 24 jam belia...
2 Anggota Is Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

2 Anggota Is Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 226 hits
KABUL Taliban mengesahkan sedang menyoal siasat dua warga Malaysia yang berjuang bersama IS K sebuah sayap kumpulan pengganas IS atau Daesh di Afghanistan yang menyasarkan Taliban dan pasukan tentera Amerika Syarikat lapor The Times
Pas Sokong Taliban Isis Malaysia Lawan Taliban Habis Pas Dan Isis Malaysia Macam Mana

Pas Sokong Taliban Isis Malaysia Lawan Taliban Habis Pas Dan Isis Malaysia Macam Mana

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 301 hits
Folks this is another case of I told you so All the violence and psycho behaviour in Pakistan Afghanistan the Middle East will have an impact on the psychos here inside our country The PAS already asked for an official recognition of the Ta...
Hiburan Tiada Guna Sakit Hati Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat Content Melampau

Hiburan Tiada Guna Sakit Hati Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat Content Melampau

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 326 hits
Kontroversi membabitkan YouTuber dan juga pelakon Aisar Khaled akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Shuib dilaporkan telah memberi kemaafan dan enggan lagi mengeruhkan keadaan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAisar juga dilihat memuat ...
5916 Kerajaan Perlu Tangani Isu Diskriminasi Terhadap Rakyat Belum Terima Vaksin Ppim Wacana My 02 09 2021

5916 Kerajaan Perlu Tangani Isu Diskriminasi Terhadap Rakyat Belum Terima Vaksin Ppim Wacana My 02 09 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR 2 Sept Persatuan Pengguna Islam Malaysia mohon kerajaan mengadakan sesi rundingan peringkat kebangsaan penyelesaian diskriminasi ke atas rakyat yang belum menerima vaksin Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menyarankan keraja...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid