Malaysia Diramal Alami Hujan Lebat Berterusan Pada Pertengahan November Yang Membawa Kepada Banjir Besar


Malaysia diramal alami hujan lebat berterusan pada pertengahan November yang membawa kepada banjir besar


Foto Hiasan | Pok Rie

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.


Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.


Beliau berkata, METMalaysia meramalkan, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir yang berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil.


Katanya, kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan yang normal sahaja dalam tempoh itu.


"Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang. Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutamanya penghujung November.


"Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi," katanya kepada BH hari ini.


Beliau berkata, kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.


"Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.


"Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung," katanya.


Muhammad Helmi berkata, Monsun Timur Laut pula kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November


"Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.


"Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.


"Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah," katanya.


Beliau berkata, namun begitu perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir.


"Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember," katanya.


Ditanya mengenai perubahan cuaca yang kerap hujan dan ribut petir ketika ini, Muhammad Helmi berkata, keadaan cuaca yang lebih lembap ketika ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya yang lemah.


Sumber: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/09/malaysia-diramal-alami-hujan-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Curah Hujan Di Indonesia Alami Peningkatan Hingga November Ini Sebab Utamanya

Curah Hujan Di Indonesia Alami Peningkatan Hingga November Ini Sebab Utamanya

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 153 hits
Menurut BMKG hingga pertengahan Agustus 2022 pemantauan terhadap anomali iklim global yaitu terhadap Samudra Pasifik ekuator menunjukkan La Nina masih berlangsung Tetapi dengan intensitas lemah Adapun kisaran nilai anomali suhu di Samudra P...
Apa Tanda Musim Hujan Lebat Ini 6 Petua Generasi Lama Terengganu Ramal Banjir

Apa Tanda Musim Hujan Lebat Ini 6 Petua Generasi Lama Terengganu Ramal Banjir

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 160 hits
Orang Melayu dahulu sebenarnya mempunyai ilmu berkaitan perubahan alam dihuninya termasuklah tanda musim hujan lebat Menurut Mohd Salleh Mazukhi ilmu kebijaksanaan Melayu terutama orang Terengganu dalam memahami alam sekelilingnya itu bukan...
Sejumlah Wilayah Di Bogor Banjir Dan Longsor Akibat Hujan Lebat

Sejumlah Wilayah Di Bogor Banjir Dan Longsor Akibat Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 135 hits
Teo menerangkan untuk titik banjir lintasan terjadi di Kampung Mandala RT003 002 Kelurahan Ciparigi Kecamatan Bogor Utara dan di RT005 013 Kelurahan Cilendek Barat Kecamatan Bogor Barat
Sambal Sotong Hujan Lebat

Sambal Sotong Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum wbtSEMALAM petang dah berangan balik kerja nak singgah Pasar Malam Taman Tampoi Utama Berangannya takyah masaklah gitu Nak beli Laksa Johor Cekodok Lempeng Pepes Pak Inche pesan belikan dia Nasi Campur lauknya Ayam Percik de...
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 L Mohon Segera

Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 L Mohon Segera

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 237 hits
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Guru Tadika Taska Seluruh Malaysia Ambilan Ogos 2022 l Mohon Segera Makluman terbaru pengambilan jawatan guru tadika taska secara besar besaran di mana mana pusat tadika dan tabika di Malays...
Banjir Besar Lumpuhkan Pakistan

Banjir Besar Lumpuhkan Pakistan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 226 hits
Banjir Besar Lumpuhkan Pakistan Musim hujan yang sudah berlangsung sejak Juli lalu telah memicu terjadinya banjir besar yang telah menewaskan ratusan orang di Pakistan banjir juga merusak jalan sepanjang 3 000 kilometer dan 129 jembatan seh...
Amp 039 Kiamat Iklim Amp 039 Diramal Pada 2040 Malaysia Tidak Terkecuali

Amp 039 Kiamat Iklim Amp 039 Diramal Pada 2040 Malaysia Tidak Terkecuali

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 175 hits
Memetik laporan Astro Awani Malaysia diramal menjadi antara negara dunia yang bakal dilanda kiamat iklim pada tahun 2040 Ikon Ais Kutub Utara Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir menerangkan hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke ...
Pembangkang Sudah Bersedia Pilihanraya Ayuh Malaysia

Pembangkang Sudah Bersedia Pilihanraya Ayuh Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 126 hits
Najib sudah koyak mental untuk jawab RafiziUMNO HANYA ADA PUTAR BELIT UNTUK KEKUATAN PRU
Kiamat Iklim 2040 Malaysia Antara Negara Terjejas

Kiamat Iklim 2040 Malaysia Antara Negara Terjejas

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 422 hits
Ais yang semakin mencair dengan cepat bongkah ais pecah dan hanyut serta hidupan di Antartika yang kucar kacir kesan pemanasan global antara petanda dunia akan dilanda kiamat iklim dalam tempoh kurang 20 tahun lagi Gambar Sharifah MazlinaKU...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord