Malaysia Berupaya Menghasilkan Vaksin Covid 19 Sendiri Dr Adham


Dr. Adham yakin keupayaan saintis negara hasilkan vaksin


KOTA TINGGI: Penetapan kerajaan agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi fokus kepada kajian dan penyelidikan khususnya berkaitan penghasilan vaksin pertama negara disambut baik Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Dr. Adham yang akan mengangkat sumpah jawatan menteri di kementerian berkenaan pada Isnin ini berkata, fokus bagi penghasilan vaksin pertama negara pada ketika ini dilihat amat penting.

Jelas Ahli Parlimen Tenggara itu, beliau yakin negara memiliki saintis-saintis yang boleh digembleng tenaga untuk melaksanakan inovasi dalam penghasilan vaksin.

“Teknologi yang perlu dipelopori tentu sekali maju dan ke hadapan untuk menyelamatkan kita daripada wabak-wabak selanjutnya kerana kita tidak tahu apa wabak yang akan datang.

“Jadi fokus kita bangunkan vaksin untuk cegah Covid-19 dalam negara. Itu perkara pertama akan bincangkan kelak, saya bersama pasukan di MOSTI pada Isnin ini juga akan melawat kilang fill and finish (aktiviti perkilangan isi dan selesai) vaksin CanSino.

DR. Adham Baba (depan kanan) menyerahkan pelitup muka kepada penduduk Taman Kota Jaya di Balairaya Taman Kota Jaya di Kota Tinggi, Johor. “Usaha ini salah satu tanda awal bahawa kita boleh hasilkan vaksin dengan mewujudkan kilang-kilang seperti itu,” katanya selepas hadir program penyerahan pelitup muka kepada penduduk Taman Kota Jaya di Balairaya Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan MOSTI tidak lagi mengendalikan pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Kementerian Kesihatan dan akan fokus kepada penghasilan vaksin.

Sementara itu, Dr. Adham berkata, teknologi yang ada di kilang berkenaan hanya perlu dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara dari segi keberkesanan keselamatan dan kualiti yang perlu dipatuhi dalam usaha menghasilkan vaksin.

“Kita memiliki keupayaan dan kita akan buat kerjasama dua hala dengan negara-negara lain yang telah berjaya menghasilkan vaksin-vaksin sebelum ini.

“Kerjasama tersebut mungkin akan melibatkan banyak negara yang menghasilkan vaksin sendiri seperti China, India atau Thailand yang cuba hasilkan vaksin sendiri.

“Saya telah bercakap dengan pakar-pakar saintis yang minat hasilkan vaksin dan beberapa negara yang saya sebut itu akan dijadikan sebagai rujukan untuk kita mulakan tindakan awal,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/malaysia-berupaya-menghasilkan-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 467 hits
Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang berjaya menyuntik vaksin Covid 19 dos pertama kepada 98 populasi penduduknya Lebih manis lagi Selangor juga menjadi negeri pertama yang berupaya meminjamkan 500 000 dos stok vaks...
Vaksin Covid 19 Malaysia Ada Keupayaan Hasilkan Vaksin Bersatumenerajui

Vaksin Covid 19 Malaysia Ada Keupayaan Hasilkan Vaksin Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 243 hits
Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID 19 pertama negara Usaha ini boleh dirintis dengan mengembleng tenaga para saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaa...
Menkes Minta Pemerintah Daerah Tidak Simpan Stok Vaksin Covid 19

Menkes Minta Pemerintah Daerah Tidak Simpan Stok Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 281 hits
Budi menegaskan atas arahan Presiden Joko Widodo pemerintah daerah tidak perlu menahan stok vaksin karena akan diatur pengiriman untuk dosis selanjutnya
Lengkap Vaksin Untuk Diri Sendiri

Lengkap Vaksin Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 318 hits
Lengkap vaksin untuk diri sendiri Satu pengalaman yang baru bila divaksin ketika dewasa ni selalunya yang cucuk cucuknya zaman bayi dan kanak kanak je kan Apa apa pun syukur Alhamdulillah setelah sekian lama mendaftar di MySejathera akhirny...
Belum Dapat Sertifikat Vaksin Covid 19 Kemenkes Minta Masyarakat Segera Lapor

Belum Dapat Sertifikat Vaksin Covid 19 Kemenkes Minta Masyarakat Segera Lapor

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 325 hits
Keberadaannya saat ini tergolong penting karena menjadi syarat dalam melakukan perjalanan atau syarat akses ke sejumlah fasilitas publik
Pencipta Vaksin Covid 19

Pencipta Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 428 hits
SUAMI isteri warga Jerman keturunan Turki ini yang merupakan saintis dalam dunia perubatan menjadi jutawan selepas berjaya menemui vaksin untuk melawan pandemik Covid 19 menerusi syarikat milik mereka BioNTech Pasangan Muslim berketurunan T...
Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 370 hits
Syarikat itu juga menyatakan dos ketiga berkesan menangani varian yang mudah berjangkit seperti Beta dan Delta Foto fail REUTERS SYARIKAT farmaseutikal Pfizer dan BioNTech menyerahkan laporan ujian klinikal peringkat awal kepada pengawal se...
Kedutaan Berbincang Bagi Pastikan Rakyat Malaysia Di Indonesia Diberi Vaksin

Kedutaan Berbincang Bagi Pastikan Rakyat Malaysia Di Indonesia Diberi Vaksin

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 405 hits
Kedutaan Malaysia di Indonesia sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan rakyat Malaysia di Indonesia diberikan vaksin Covid 19 Kuasa Usaha Sementara Adlan Mohd Shaffieq berkata rundingan dengan syarikat...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini