Malaysia Bebas Sebarang Risiko Usah Hanya Sedapkan Hati Rakyat




MCA sangat bimbang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Malaysia bebas daripada sebarang risiko kemelesetan ekonomi ketika dunia sedang menghadapi ancaman kecemasan global wabak novel coronavirus (2019-nCov).
Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya maklum bahawa penularan wabak tersebut pastinya memberi kesan besar kepada Malaysia akibat ekonomi global terjejas.
Ini berikutan sekatan-sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang membabitkan kuasa ekonomi terbesar dunia, China.
“Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, malah prestasi pasaran saham Malaysia juga diberi gelaran sebagai pasaran saham terburuk dunia pada tahun lepas.
“Sekarang, ekonomi negara kita yang sudah pun teruk ini berdepan pula dengan cabaran yang lebih besar lagi yang menjejaskan hampir kesemua industri dan sektor ekonomi negara,” katanya dalam akaun Facebook beliau.
Menurut Ka Siong, ramai penganalisis ekonomi dan pemimpin-pemimpin utama di negara lain telah memberi amaran bahawa kesan ekonomi daripada penularan wabak 2019-nCov ini akan jauh lebih besar berbanding wabak SARS yang berlaku sekitar tahun 2002 – 2003.
“Dalam laporan media baru-baru ini, Menteri Kewangan kata kerajaan mungkin akan mengitar semula pakej rangsangan ekonomi yang pada awalnya dirancang bagi tujuan berdepan perang dagang antara AS-China.
“Kami menolak pendekatan ini kerana sebab-sebab dan kesan kecemasan global jauh berbeza daripada perang perdagangan,” katanya.
Jelas beliau, Kementerian Kewangan sepatutnya memastikan apa jua bentuk rangsangan ekonomi mestilah dibuat secara khusus dan mantap bagi berdepan ancaman serta masalah ekonomi yang sedang dan bakal berlaku akibat wabak virus itu.
“Usahlah cuba menyedapkan hati rakyat Malaysia yang ketika ini sudah pun hilang keyakinan terhadap cara pengurusan ekonomi kerajaan PH (Pakatan Harapan),” tegas beliau.SM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/08/malaysia-bebas-sebarang-risiko-usah-hanya-sedapkan-hati-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bebas Risiko Kemelesetan Lim Guan Eng

Malaysia Bebas Risiko Kemelesetan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 389 hits
Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan sebaliknya langkah kerajaan mahu melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pakej rangsangan ekonomi bagi meng...
Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 570 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menipu rakyat Malaysia dan tidak bercakap benar tentang hutang dan perbelanjaan negeri Kelantan Sebenarnya ada cerita disebalik isu ini yang melibatkan sejarah dan Perjanjian Persekutuan
Pesakit Kanak Kanak Warga China Bebas Jangkitan Coronavirus Kes Pertama Pulih Di Malaysia

Pesakit Kanak Kanak Warga China Bebas Jangkitan Coronavirus Kes Pertama Pulih Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 366 hits
29 Januari yang lalu seorang kanak kanak warga China berumur 4 tahun datang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya Dengan penularan wabak virus coronavirus ketika itu dia juga turut disahkan positif menghidap virus tersebut Namun dia kini ...
Koronavirus 74 Kontak Rapat Rakyat Malaysia Pertama Yang Dijangkiti Dikenal Pasti

Koronavirus 74 Kontak Rapat Rakyat Malaysia Pertama Yang Dijangkiti Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 322 hits
PUTRAJAYA 5 Feb Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti novel koronavirus 2019 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata daripada jumlah itu 35...
China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 307 hits
MALAYSIAKINI Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah Malah Kementerian Perta...
Jangan Pertaruh Nyawa Rakyat Kerana Tahun Melawat Malaysia

Jangan Pertaruh Nyawa Rakyat Kerana Tahun Melawat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 370 hits
Noraini AhmadKUALA LUMPUR Wanita UMNO mendesak kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan untuk segera menghalang kemasukan pelancong China khususnya dari Wuhan bagi membendung penularan wabak koronavirus Kerajaan seharusnya lebih prihatin dan...
Terkini Akhirnya Kerajaan Gantung Kemasukan Rakyat China Ke Malaysia

Terkini Akhirnya Kerajaan Gantung Kemasukan Rakyat China Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 454 hits
Selepas mengikuti perkembangan wabak virus corona dengan rapat akhirnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan akhbar untuk menggantung sementara waktu kemasukan rakyat China dari Wilayah Wuhan Hubei dan semua kawas...
Doakan Keselamatan Kami Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia

Doakan Keselamatan Kami Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 478 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan empat kes novel koronavirus telah dikesan di Malaysia setakat hari ini Seperti sedia maklum Hospital Sungai Buloh menjadi tempat rawatan untuk prosedur dan pemeriksaan sepatutnya di mana menjadi ma...
Tak Sangka Keadaan Saloma Link Jadi Begini Selepas Dibuka Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah

Tak Sangka Keadaan Saloma Link Jadi Begini Selepas Dibuka Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 449 hits
Sepertimana yang korang tahu Saloma Link adalah tarikan baru di Kuala Lumpur Malaysia Korang dah pergi belum Kalau korang nak tahu jejantas ikonik tu sudah dibuka pada 6 Februari yang lalu tau Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah mentalit...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suara Keamanan Profesor Lin Xiang Xiong

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Nila Seputih Biru

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Buasir Otak Tv Buah Apa Yang Susah Be Like

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette