Oleh Nor Miswary Ramli(Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ, Subang Jaya)Selepas tulisan saya mencadangkan Pakatan Harapan (PH) melancarkan semula gabungan ini dengan memperbaharui semula tekad, telah timbul pula persoalan yang lain; apakah cukup hanya sekadar melancarkan semula – sekadar membuat penjenamaan baharu — namun kita masih kekal dengan watak politik dan agenda yang sama kalaupun terdapat beberapa perubahan kecil yang diperindah dan ditokok-tambah hanya untuk sedap didengar tetapi langsung tidak benar-benar memberi kesan kepada rakyat?Memadaikah untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan hanya menyalin kulit baju sahaja sedangkan kita sebenarnya tidak mengubah apa-apa pun?Sebelum itu, harus juga saya sebutkan di sini bahawa ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja dan bukannya pendirian parti DAP yang saya sertai.Saya cuma ingin berkongsi pandangan yang dipungut dan dibentuk-bentuk dengan sebegini rupa bagi menyampaikan hasrat mereka yang terlantar bertaburan di sekeliling saya kesan daripada beberapa siri pengkhianatan yang berlaku dalam negara. Tidak lain, tulisan ini niatnya hanya untuk mencapai kebaikan bersama.PH perlu agenda lebih besarSetelah apa yang berlaku dari satu negeri ke satu negeri, kemudian di peringkat Persekutuan, dari rakaman audio bahagian satu dan dua, sehinggalah kepada rakaman audio mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam mendedahkan siapa yang gelojoh dan siapa yang gopoh.Adakah rakyat hanya sekadar layak menonton, duduk mencangkung melangut dengan mulut ternganga menunggu disuap dan dipaksa telan semuanya mentah-mentah? Menunggu untuk dicatur-catur sesedap rasa pemimpin? Adakah hanya setakat itu sahaja hak rakyat yang boleh kita banggakan? Rakyat perlu tahu yang mereka ada hak yang jauh lebih besar daripada itu.Melancarkan semula PH bukan sekadar cadangan seronok-seronok. Ia mesti datang dengan keberanian dan bersifat perubahan yang radikal. Masa untuk sekadar tukar baju sedangkan isinya masih sama seperti sesetengah parti politik, sudah tamat (sepatutnya telah lama tamat). Struktur PH berbeza dengan struktur kepimpinan parti komponenDari kesemua parti komponen PH – PKR, DAP dan Amanah – mereka mempunyai pemimpin pelapis yang mesti diketengahkan dan diletakkan di barisan hadapan. Letakkan mereka ini di hadapan sekarang. Hari ini juga. Tidak perlulah saya menyebut satu demi satu siapa mereka ini. Pembaca lebih mengetahuinya berbanding saya. Malah kepimpinan parti masing-masing lebih mengetahuinya berbanding saya.Namun, perlu diingatkan di sini yang cadangan ini tidaklah sampai merombak struktur kepimpinan dalam parti komponen masing-masing. Tidak. Ia cuma bersifat perubahan kecil di dalam struktur kepimpinan PH sahaja, kalaupun tidak seratus peratus. Struktur kepimpinan di dalam parti komponen masing-masing kekal seperti sedia kala.Analoginya begini. Ada pemain bolasepak negeri yang bermain untuk pasukan kebangsaan. Ada yang tidak. Dalam pasukan negeri, mereka ini boleh jadi hanya duduk di bangku simpanan sahaja, tetapi masih boleh dibariskan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan atas|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |