Malaysia Bakal Buka Empat Pintu Sempadan Baharu


Oleh UtusanTV HAMZAH Zainudin (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Datasonic Berhad, Wan Zalizan Wan Jusoh (kiri baju putih) semasa lawatan kerja ke CIQ Desaru Coast, Johor, hari ini. MALAYSIA akan membuka empat pintu sempadan antarabangsa baharu menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun hadapan.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang akhbar selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Johor, hari ini.
Menurut Hamzah, empat pintu sempadan itu membabitkan Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast; Telok Melano dan Baleh di Sarawak serta Lembah Silika di Terengganu.
Hamzah berkata, pembukaan empat pintu sempadan antarabangsa itu bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong, malah mampu melonjakkan ekonomi di kawasan berkenaan.
“Bagi Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, ia sudah bersedia untuk dibuka sepenuhnya dengan tinjauan hari ini mendapati semua agensi juga bersedia ditempatkan di kemudahan ini.
“Kita hanya tunggu pengumuman pembukaan sempadan sahaja bagi terminal ini beroperasi dan kita jangkakan menjelang Tahun Baharu Cina ia sudah boleh dibuka,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Hamzah memaklumkan, Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast turut dilengkapi sistem e-gate automatik imigresen dua arah pertama di Malaysia.

Kata beliau, sistem e-gate generasi baharu itu menawarkan pintu buaian berganda dengan ciri keselamatan menjadikan pemeriksaan imigresen lebih pantas ketika waktu puncak.
“Bagi pintu sempadan antarabangsa di Telok Melano dan Baleh (laluan darat) serta Lembah Silika, Terengganu (pintu masuk laut) pula, ia masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap tahun depan,” jelas beliau.
Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam menyaksikan sektor pertahanan dan ketenteraman awam terus diutamakan selepas kerajaan meluluskan empat pintu masuk imigresen baharu.
Antara pintu masuk baharu yang diumumkan antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano.
Dilengkapi sepenuhnya dengan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta kemudahan maritim, Terminal Feri Desaru Coast akan melancarkan perjalanan antarabangsa ke Malaysia dengan akses terus dari Singapura, kepulauan Riau di Batam dan Kepulauan Bintan.
Terminal Feri Desaru Coast akan memulakan operasinya dengan Terminal Feri Tanah Merah, Singapura, pada 60 hingga 90 hari selepas pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Ia mampu memproses kemasukan 300 penumpang pada setiap waktu ketibaan dengan jangkaan kira-kira 102,000 kemasukan penumpang setahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/malaysia-bakal-buka-empat-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Thailand Buka Pintu Untuk Pelancong Warganegara Malaysia Tak Perlu Kuarantin

Hiburan Thailand Buka Pintu Untuk Pelancong Warganegara Malaysia Tak Perlu Kuarantin

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 243 hits
Negara Thailand telah membuka sempadan negaranya bermula semalam selepas 19 bulan dan telah menerima ribuan pelancong dari negara serta wilayah yang berisiko rendah ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementLapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kin...
Terkini Keluarga Malaysia Diingatkan Sambut Deepavali Dalam Norma Baharu

Terkini Keluarga Malaysia Diingatkan Sambut Deepavali Dalam Norma Baharu

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 284 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia yang beragama Hindu agar menyambut perayaan Deepavali hari ini dengan menerapkan amalan norma baharu SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani ...
Ph Masih Buka Pintu Kepada Norhizam Walau Ditentang Dap

Ph Masih Buka Pintu Kepada Norhizam Walau Ditentang Dap

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 196 hits
PH masih buka pintu kepada Norhizam walau ditentang DAP Pakatan Harapan Melaka masih membuka pintu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee untuk menyertai parti komponennya walaupun ditentang beberapa p...
Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

Malaysia Bakal Menjadi Hab Pengeluaran Vaksin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran PPVN dan MGVI hari ini KAJANG Malaysia akan mengeluarkan vaksin sendiri dan bakal menjadi hab pengeluar vaksin pada masa hadapan menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan ...
Empat Kluster Baharu Dikenal Pasti

Empat Kluster Baharu Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 156 hits
Oleh SITI A ISYAH SUKAIMI Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Empat kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan lain dilaporkan di Selangor Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Ia me...
Jaehyun Nct Bakal Bintangi Dalam Drama Baharu

Jaehyun Nct Bakal Bintangi Dalam Drama Baharu

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 240 hits
Jae hyun dari kumpulan NCT telah memilih projek lakonan seterusnya Pada 2 November wakil industri melaporkan bahawa Jae hyun akan membintangi drama pembuatan semula filem 2001 Bungee Jumping of Their Own Sebagai tindak balas kepada laporan ...
Dpim Akan Bantah Jika Parti Baharu Guna Nama Bangsa Malaysia Shahir

Dpim Akan Bantah Jika Parti Baharu Guna Nama Bangsa Malaysia Shahir

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 266 hits
Shahir Adnan KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Ikatan Malaysia akan membuat bantahan secara formal kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan sekiranya benar desas desus mengatakan sebuah parti baharu mahu menggunakan ideologi Bangsa Malaysia Ini kerana i...
Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 327 hits
Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata partinya tidak mahu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sorong PETALING JAYA Bersatu enggan bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sor...
Zuraida Bakal Ketuai Parti Bangsa Malaysia

Zuraida Bakal Ketuai Parti Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 180 hits
Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin bakal mengetuai sebuah parti baharu yang dikenali Parti Bangsa Malaysia Menurut sumber parti berkenaan sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden