Malaysia Antara Negara Terawal Guna Kit Ujian Rapid Antigen Muhyiddin Yassin




Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang terawal menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan Covid-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas dan kit berkenaan dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard yang diperlukan dan kemudiannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.
Muhyidin berkata demikian sebagai respons kepada surat terbuka kepada beliau yang dihantar oleh sekumpulan pakar kesihatan pada 7 Januari lepas dan kumpulan itu antaranya menggesa supaya saringan ditingkatkan dengan menggunakan RTK-Ag dan bukannya kaedah Tindak Balas Rantai Polimer (PCR) untuk membantu mengurangkan penularan Covid-19. 


“Sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan Covid-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu. Saringan RTK-Ag digunakan sebagai ujian penentu di Sabah sejak 5 Oktober tahun lepas. 




KKM telah menyediakan lima pusat ujian RTK-Ag di Sabah bagi meningkatkan keupayaan ujian RTK-Ag. Sehingga 14 Januari lepas, sejumlah 365,740 saringan RTK-Ag telah dilaksanakan dengan kadar positif 3.75 peratus yang membantu KKM dalam mengurus penularan wabak itu di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi. 




Beliau menambah KKM juga berupaya mengenal pasti kes positif lebih awal, mengasingkan dan merawat mereka serta mempercepatkan aktiviti pengesanan kontak bagi mengurangkan penularan penyakit itu di dalam komuniti.  


Sementara itu bagi mengurus penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing, beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk melaksanakan saringan secara besar-besaran menggunakan kaedah RTK-Ag yang membolehkan pengesanan awal kes positif Covid-19.  


“Setakat 13 Januari, sebanyak 146,083 saringan RTK-Ag sudah dilaksanakan untuk pekerja asing di bawah Program Saringan Perkeso dengan kadar positif 2.0 peratus dan pengasingan seterusnya,” katanya. 


Berkenaan makmal diagnostik, Muhyiddin berkata keupayaannya telah ditingkatkan kepada purata 60,000 ujian sehari dengan penyertaan makmal swasta di bawah pemantauan ketat oleh KKM, menggunakan kedua-dua kaedah, iaitu Tindak Balas Rantai Polimer (PCR) dan RTK-Ag. 


Makmal berkenaan juga secara rutin menjalankan ujian untuk mengenal pasti varian baharu strain Covid-19 di Malaysia lantas membolehkan KKM menambah baik lagi pengurusan strateginya.


“KKM juga sedang menyelidik kaedah saringan alternatif sebagai contoh ujian air liur dan kaedah-kaedah baharu yang ada di dalam pasaran,” katanya.  


Perdana menteri memberi jaminan keputusan untuk memindahkan sementara pesakit Covid-19 ke hospital swasta juga akan mengurangkan tekanan kerja petugas di hospital kerajaan yang menggalas bebanan tugas yang berat.  


Buat permulaan, Menteri Kewangan, Ketua Pengarah Kesihatan dan lain-lain pegawai kanan kerajaan telah mengadakan satu perbincangan dengan pengurusan kanan hospital swasta yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memulakan inisiatif pemindahan pesakit itu. 


“Semalam (kelmarin), Ketua Pengarah Kesihatan mengadakan perbincangan dengan pengurusan kanan lain-lain hospital swasta menerusi panggilan video dan disertai hampir 400 peserta untuk memulakan inisiatif itu. Saya rasa terharu dengan sokongan segera yang diterima daripada hospital swasta,” katanya. — Bernama 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/malaysia-antara-negara-terawal-guna-kit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Wajibkan Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Rapid Antigen

Singapura Wajibkan Pemandu Lori Kargo Jalani Ujian Rapid Antigen

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 219 hits
SINGAPURA akan mewajibkan kesemua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu nbsp untuk menjalani nbsp Ujian Rapid Antigen di pusat pemeriksaan Tuas nbsp dan Woodlands bermula 9 pagi esok Menurut Kementerian Perdagangan ...
Rakyat Malaysia Dah Mula Muak Dengan Gelagat Muhyiddin

Rakyat Malaysia Dah Mula Muak Dengan Gelagat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 288 hits
BOB KELANANG Rata rata orang ramai mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 Lebih men...
Negara Brunei Darussalam 260 Hari Tanpa K3s Baru C0v1d 19 Ini Antara Langkah Yang Diambil

Negara Brunei Darussalam 260 Hari Tanpa K3s Baru C0v1d 19 Ini Antara Langkah Yang Diambil

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 372 hits
KES C0v1d 19 di negara kita menunjukkan peningkatan sehingga telah mencecah angka 4 000 kes sehari
Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

Malaysia Negara Pertama Di Luar China Sertai Kajian Vaksin Dari Beijing

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 335 hits
Kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 yang akan bermula 21 Jan ini ialah kajian klinikal pertama dilakukan di Malaysia KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid 19 akan bermula 21 Jan ini...
Kit Siang Special Parliament Sitting Not To Test Muhyiddin S Confidence

Kit Siang Special Parliament Sitting Not To Test Muhyiddin S Confidence

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 220 hits
DAP veteran Lim Kit Siang said there will not be attempts to initiate a no confidence vote against Prime Minister Muhyiddin Yassin if the Yang di Pertuan Agong consents to a special Parliament sitting during the current state of emergency H...
Adakah Akan Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Muhyiddin Yassin Tidak Meletak Jawatan Esok

Adakah Akan Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Muhyiddin Yassin Tidak Meletak Jawatan Esok

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 208 hits
Kita tahu Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah mengumumkan penarikan sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Dewan Rakyat hari ini mempunyai 220 kerusi maka majoriti mudahnya adalah 111 kerusi Dibuktik...
Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 270 hits
Anwar IbrahimRakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati ialah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru baru ...
2 Rakyat Malaysia Termasuk Kanak Kanak Antara 42 Kes Import Di Singapura

2 Rakyat Malaysia Termasuk Kanak Kanak Antara 42 Kes Import Di Singapura

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 472 hits
SINGAPURA Dua rakyat Malaysia termasuk seorang kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tiba dari Austria adalah antara 42 kes import COVID 19 yang dilaporkan di Singapura hari ini Klik untuk baca artikel penuh Sumber The post 2 ra...
Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 319 hits
KOH KOH KOH jilaker tol la Lihatlah pimpinan negara luar mereka menjadi contoh untuk rakyat di mana merekalah orang yang pertama mengambil vaksin untuk meyakinkan rakyat negara mereka TAPI di Malaysia tak ada seorang pun pimpinan kerajaan t...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin