Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur
Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur
RAMADAN, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia bukan sahaja sinonim dengan menahan lapar dan dahaga sahaja.
Ia juga mempamerkan budaya unik yang diamalkan dari generasi ke generasi dari setiap pelosok dunia.
Kalau di Malaysia, kita ada bubur lambuk yang hakikatnya lebih mendapat sambutan ketika Ramadan
Di Indonesia, tradisinya pula berbeza-beza dan setiap masyarakat ada keunikannya tersendiri
Berikut adalah gambaran bagaimana beberapa tradisi global menyumbang kepada kemeriahan Ramadan di dunia Islam:
Indonesia – Meugang
Setiap kali Ramadan, daging akan disediakan dan dimasak secara tradisional yang kemudiannya diagihkan kepada keluarga, rakan-rakan dan rumah anak yatim tempatan.
Meugang merupakan tradisi penting bagi masyarakat Indonesia. – Gambar media sosial
Meugang merupakan tradisi penting bagi masyarakat Indonesia kerana ia melambangkan kesyukuran atas nikmat yang diterima sepanjang tahun.
Timur Tengah – Mesaharaty
Untungnya orang Timur Tengah kerana tradisi yang dinamakan Mesaharaty ini sebenarnya bermaksud ‘tukang kejut sahur’ yang mana individu ini akan bangun lebih awal dan mengejut orang bangun sahur.
Ia adalah tradisi unik yang telah diamalkan di Arab Saudi, Mesir dan Yaman selama berabad-abad.
Kadang-kadang, mereka akan memukul gendang atau mengetuk pintu dengan kayu.
Mesir – Fanous
Di Mesir, terdapat satu tradisi yang mana penduduk tempatan akan menghiasi rumah mereka dengan fanous, juga dikenali sebagai ‘tanglung’ dalam bahasa Arab.
Kemeriahan tanglung yang tergantung ini lebih terserlah sebaik matahari terbenam dan sesiapa yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih akan terpegun dengan sinaran fanous.
Bangladesh, India & Pakistan – Chaand Raat
Pada malam terakhir Ramadan, yang disebut sebagai “Chaand Raat”, jalan-jalan di Asia Selatan menjadi hidup dengan perayaan dan ini adalah malam sebelum Aidilfitri.
Mengikut tradisi Ramadan di India, Pakistan dan Bangladesh, rakan dan keluarga meraikan Chaand Raat dengan pertukaran pencuci mulut dan hidangan manis.
Chaand Raat merupakan acara pertukaran pencuci mulut dan hidangan manis. – Gambar media sosial
Bosnia Herzegovina – Meriam Yellow Bastion
Penduduk Bosnia-Herzegovina juga tidak ketinggalan untuk berada dalam senarai kerana keunikan tradisi mereka adalah mereka akan menembak meriam sebelum berbuka puasa.
Apa yang istimewanya ialah mereka tidak menggunakan meriam biasa kerana mereka menggunakan meriam di bangunan Yellow Bastion yang dikatakan berusia ratusan tahun.
Penduduk tempatan juga menikmati menonton tradisi ini sambil berkelah, dan deruan meriam sering disambut dengan sorakan!
Nafars – Maghribi
Sama seperti Mesaharaty di Mesir, tradisi Nafars di Maghribi adalah merujuk kepada mereka yang bertanggungjawab membangunkan orang untuk sahur.
Namun kaedahnya sedikit berbeza, mereka memakai pakaian tradisional ‘gandora’, topi, dan selipar, bersiar-siar di kawasan kejiranan sambil membacakan doa yang merdu.-AA
Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet
Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan
Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat
The post Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/18/malaysia-ada-tradisi-bubur-lambuk-negara-lain-ada-tukang-kejut-sahur/