Malay Cultural Village Johor


Hai semua,Haritu Juju dan suami ikut rombongan sekolah Firash ke Zoo Johor dan Malay Cultural Village. Juju memang suka ikut rombongan budak-budak sekolah ni. Maklumlah, dulu masa kecik-kecik tak sempat nak merasa. Menunggu basBuat perangai eh yang tengah tuKalau ikutkan Zoo Johor tu kitorang memang dah pergi dah. Tapi disebabkan nak rasa sendiri pengalaman dekat Malay Cultural Village ni Juju pun follow ajelah. Juju dan suami follow bas dengan kereta. Firash dengan nenek dia je yang naik bas. Memandangkan seat bas sangatlah limited, maka kami pun buat keputusan untuk follow dengan kereta
Bergambar dulu sebelum terjah haiwanNi tempat wajib ambil gambar kalau ke Zoo Johor

Malay Cultural Village, Johor.Okeh, secara jujurnya memang Juju tak tau pun kewujudan tempat ni. Sebab tu Juju nak sangat follow rombongan sekolah dak Firash ni. Hehe. Teringin nak tau apa yang ada dalam tempat ni. So, jom kita tengok sama-sama yek
Pintu masukPada awalnya Juju dah survey dulu harga tiket di laman web rasmi tempat ni. Tapi malangnya Juju tak jumpa pun. Tak dapat nak share dengan korang harga dia. Tapi tak sampai RM50 pun seorang. Lepas tu dia ada pakej yang korang boleh pilih. Macam yang Juju join ni cikgu dah pilihkan pakej A iaitu, roti canai, teh tarik dan batik painting. Semua tu korang boleh buat sendiri tau. Wefie lagiAntara pakej lain yang ada ialah;Pakej BRoti canaiTeh tarikDIY soap
Pakej CRoti canaiTeh tarikDIY soapBatik painting
Pakej DRoti canaiTeh tarikSmall fan
Pakej ERoti canaiTeh tarikDIY soapSmall fan
Setiap pakej ni harga dia berbeza. Jadi terpulanglah dekat korang nak cuba pakej yang mana satu. Masa yang kitorang ambil untuk menghabiskan semua task ni pun agak lama jugalah. Okeh jom tengok peta kawasan tempat ni dulu.
Peta kawasanPenerangan mengenai gongTapi kami tak ikut pun peta tu. Kami habiskan dulu ronda kawasan yang sebelah luar, lepas tu baru buat aktiviti dekat dalam. Pertama sekali anak-anak diajar mengenal gong. Siap dapat pukul gong tu lagi.

Penerangan mengenai pokok kelapaSeterusnya anak-anak diberi penerangan mengenai pokok kelapa. Macam-macam produk yang boleh dihasilkan menggunakan pokok kelapa ni. Dari batang pokok sampailah ke daun dia. Semua boleh guna. Bak kata Tok Dalang dalam cerita Upin Ipin, pokok seribu guna.

Penerangan mengenai pokok kelapa sawitHa kalau nak bercerita pasal pokok kelapa sawit ni memang anak-anak ni kenallah. Maklumlah, semuanya cucu peneroka. Maunya tak kenal dengan pokok sawit ni. Dalam kawasan sekolah pun ada pokok ni tau. Hehehe.

Ada lagi beberapa pokok yang ditunjukkan pada anak-anak. Antaranya pokok koko, nenas, pisang, durian, mangga dan macam-macam lagilah. Yang pokok durian tu ade buah. Tapi buah tipu-tipu punya. Maklumlah, belum musim durian.

Lepas melawat segala jenis pokok dan tumbuhan kami masuk pula ke rumah tradisional melayu. Dalam rumah ni ada ditunjukkan peralatan yang orang dulu-dulu gunakan. Antaranya kelambu, lampu minyak tanah, buaian bayi dan mainan yang dimainkan  oleh orang dulu-dulu.
Mak kate tak baik duduk kat tangga. Sekarang ni tangga pun dah tak de
Lampu minyak tanah
Congkak dan batu seremban
Kelambu
Pakaian tradisionalRumah tradisional melayuLepas melawat rumah tradisional, kami ke tempat mencanting batik. Fuh, Juju pun belum pernah lagi mencanting batik. Ni pengalaman pertama Juju nak warnakan batik Juju sendiri. Yang bestnya, setiap seorang akan diberikan lukisan yang belum diwarnakan. Lepas korang dah warnakan, korang boleh bawa balik. Ha tengoklah puas-puas batik yang korang dah warnakan tu.


Sesi penerangan sebelum mewarna batikLilin untuk melukis
Kain untuk mencantik batik
Okeh, memang tangan takde seniNi yash punyaAyah Yash tunjuk skillLepas dah siap mewarna, kenalah keringkan dulu, jadi sebelum menunggu batik kami ni kering, kami buat aktiviti yang seterusnya iaitu menebar roti canai dan buat teh tarik. Untuk acara tebar roti canai ni, dia panggil mak-mak atau bapak-bapak jelah untuk cuba tebar roti. Ha nampak macam senang, tapi susah jugak ye rupanya.

Untuk teh tarik pula baru libatkan anak-anak. Tapi diorang tidaklah bagi air teh panas tu. Bagi air paip je. Kot salah tarik kang melecur badan budak tu siapa nak bertanggungjawab pulak.

Lepas tu kami dijamu dengan roti canai cicah kuah kari dan teh tarik. Semuanya segera punya tau. Haha. Bolehlah. Produk keluaran Malaysia jugakan.



Lepas makan-makan, kami bergerak ke pentas untuk menyaksikan persembahan kebudayaan pulak. Memang majmuk persembahan yang dipertontonkan. Ada tarian melayu, cina, india dan kadazan. Yang menari sambil lompat celah buluh pun ade tau.






Lepas persembahan kebudayaan tu, kami bergerak pula ke bahagian wayang kulit. Anak-anak berpeluang untuk mainkan sendiri boneka wayang kulit tu. Memang kaku jelahkan. Maklumlah, tak pernah tengok persembahan wayang kulit. Hehe.

Seterusnya kami tengok macammana bijih timah dilebur untuk dijadikan perkakas. Kawasan ni panas sangat. Sebab tu ada cermin pemisah dekat depan dia. Suhu yang diperlukan untuk lebur timah tu mesti tinggi. Kalau tak tinggi sampai besok pun dok keras kejung macam tu.

Dan akhir sekali kami dibawa masuk ke kedai yang menjual barangan cenderahati dan cenderamata. Juju beli jugalah satu set batik painting tu sebab nampak si Firash suka sangat mewarna.

Overall kira menarik jugalah kalau korang nak mempelajari adat-adat melayu dan nak merasai sendiri cemana orang dulu-dulu tidur dalam kelambu berlampukan lampu minyak tanah bolehlah datang ke sini.

Maklumat lanjut boleh ke:
Malay Cultural VillageAlamat: 33A, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Wednesday 9am–3pmThursday 9am–3pmFriday 9am–3pmSaturday 9am–3pmSunday 9am–3pmMonday 9am–3pmTuesday 9am–3pm
Telefon: 07-238 7377
Laman Web: https://www.malaycv.com/Facebook: https://www.facebook.com/tmcvsb/









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2019/12/malay-cultural-village-johor.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Masakan Kesukaan Orang Johor Nasi Beringin Dilupa Jangan

4 Masakan Kesukaan Orang Johor Nasi Beringin Dilupa Jangan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 510 hits
Siapa yang tak suka makan lauk pauk warisan orang lama Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka semua rakyat Malaysia pun boleh jatuh cinta dengan masakan ni Ni min kongsikan 4 sajian dari daging sotong dan tempe Resipi No 4 jangan lupa se...
Kereta Dilaporkan Hilang Kawalan Pengurus Pasukan Johor Tigris Dan Anak Maut Kemalangan

Kereta Dilaporkan Hilang Kawalan Pengurus Pasukan Johor Tigris Dan Anak Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 505 hits
Mersing 23 Nov Pengurus Pasukan Sepak Takraw League Johor Tigris Allahyarham Abdul Manan Ahmad dan anaknya Nur Ainil Jannah Abdul Manan maut dalam kemalangan di Jalan Endau Mersing berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong Turut terkorban ialah ...
Pengurus Pasukan Johor Anak Maut Dalam Kemalangan Dua Kereta Bertembung

Pengurus Pasukan Johor Anak Maut Dalam Kemalangan Dua Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 693 hits
Pengurus pasukan Johor yang beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw League 2019 dan anak perempuannya terkorban dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Mersing Endau berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong petang semalam Mangsa Abdul Mana...
Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019

Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 792 hits
Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019 Tarikh 28 November 2019 1 Disember 2019Masa 10 pagi 10
Makan Seberapa Banyak Yang Kau Boleh Di Qing Palace Pulai Spring Resort Johor

Makan Seberapa Banyak Yang Kau Boleh Di Qing Palace Pulai Spring Resort Johor

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 674 hits
EAT ALL YOU CAN QING PALACE Sedap memuaskan selesa Ha itu pendapat aku setelah selesai menjamu selera menu yang menjadi signature dish dalam Eat All You Can kat Qing Palace ni Tempatnya selesa sebab beraircond dan bila tengok kita habis mak...
Berita Baik Untuk Bangsa Johor Sultan Johor Buka Supermarket Baru 10 Lagi Murah Dari Tempat Lain

Berita Baik Untuk Bangsa Johor Sultan Johor Buka Supermarket Baru 10 Lagi Murah Dari Tempat Lain

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 313 hits
Dulu kalau nak beli barang dapur RM200 tu boleh dapat dua troli Sekarang setengah troli pun belum tentu dapat Berita Baik Untuk Bangsa Johor Sultan Johor Buka Supermarket Baru 10 Lagi Murah Dari Tempat Lain
Selepas Pahang Johor Pula Mahu Laksanakan Cukai Katil Terhadap Pelancong

Selepas Pahang Johor Pula Mahu Laksanakan Cukai Katil Terhadap Pelancong

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 283 hits
https ift tt 2XNgIq3 Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai katil kepada pelancong yang menginap di hotel hotel di negeri ini Exco Pelancongan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Liow Cai Tung berkata pihak...
Kedah Juara Penghidap Kencing Manis Diikuti Perlis Johor

Kedah Juara Penghidap Kencing Manis Diikuti Perlis Johor

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 298 hits
Umum mengetahui jumlah penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia berada di tahap membimbangkan Pasti ramai diantara anda tertanya tanya negeri manakah yang ramai penghidap kencing manis Apa yang mengejutkan negeri Kedah menjuarai ca...
Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 549 hits
Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke 2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan November ini Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang tahun yang ke 2 dan pelbagai aktiviti serta promosi
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp