4 Masakan Kesukaan Orang Johor Nasi Beringin Dilupa Jangan


Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING

Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar1/2 kg bawang besar/dikisarSedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat2/3 sudu makan cukaSedikit minyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaCara memasak:
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana*3 ulas bawang putih /ditumbuk*1/2 inci halia /ditumbuk kasar*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar*1 sudu teh serbuk jintan manis*1 sudu teh serbuk jintan putih*1 sudu teh serbuk lada hitam1 labu bawang besar /dihiris bulat2 – 3 batang cili hidup/ padi1 batang serai /diketukGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCara memasak :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam200 gm kacang panjang6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu100 gm fucuk | direndam dahulu150 gm soo hoon | direndam dahulu20 ml kicap manis100 gm pes cili keringgaram secukup rasaMinyak untuk menumisBahan dihiris :
200 gm bawang merah100 gm bawang putihCARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)2 sudu makan minyak sapi atau majerin2 batang serai /diketuk5 ulas bawang putih /dicincang1 biji bawang besar /dihiris1.5 sm halia /dihiris2 helai daun pandan / disiat dan disimpul1 batang kayu manis2 biji buah pelaga2 biji bunga cengkih2 kuntum bunga lawang1 sudu makan halbaGaram secukup rasa100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit airCARA MEMASAK :
1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/4-masakan-kesukaan-orang-johor-nasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Erick Soal Penolakan Ahok Di Pertamina Kasih Kesempatan Dia Bekerja Jangan Suudzon

Erick Soal Penolakan Ahok Di Pertamina Kasih Kesempatan Dia Bekerja Jangan Suudzon

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 208 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir memastikan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok menjadi Komisaris Utama Pertamina Meski begitu terdapat penolakan dari Federasi Serikat Pekerja Pertamina Bersatu
Pilkada Asimetris Jangan Lahirkan Demokrasi Hanya Untuk Si Kaya

Pilkada Asimetris Jangan Lahirkan Demokrasi Hanya Untuk Si Kaya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 174 hits
Perludem mengkritik wacana Pilkada Asimetris Pilkada langsung dilakukan berdasarkan indeks demokrasi Hal ini diusulkan oleh Mendagri Tito Karnavian melihat mahalnya biaya Pilkada dan praktik politik uang
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 667 hits
Gambar hiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti meramp...
Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 448 hits
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ianya melibatkan dua insan yang be...
Jokowi Pesan Ke Prabowo Jangan Beli Alutsista Dengan Teknologi Usang

Jokowi Pesan Ke Prabowo Jangan Beli Alutsista Dengan Teknologi Usang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 237 hits
Jokowi meminta agar Prabowo turut melibatkan BUMN dan swasta sehingga bisa mengurangi ketergantungan terhadap impor alutsista
Kalau Rasa Susah Dengan Bayi Jangan Jadi Pengasuh

Kalau Rasa Susah Dengan Bayi Jangan Jadi Pengasuh

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 308 hits
PUTRAJAYA Hancur luluh hati seorang ibu bilamana bayinya yang dihantar ke pengasuh balik dengan lebam lebam di badan semalam Ibu bayi Kushie Wany berkata pada hari pertama dia menghantar anaknya Muhammah Nabil Iman pada pengasuh itu dalam k...
Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 336 hits
Anak ni ko nak dia bijak cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat Iaitu elakkan TENGKING anak Ada beza ye garang tengking marah tegas Baca niGarangSejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personalit...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat