Malam Pertama Kehilangan Anak Isteri Angkat Bantal Dan Riba Suami Tolonglah Jaga Hati Isteri Peluk Saat Mereka Berduka


Siapapun akan terkesan dengan kehilangan, apa lagi kehilangan anak sulung yang sememangnya dinantikan sejak sekian lama. Hati ibu perlu jadi lebih kuat dan kental untuk teruskan hidup. Pun begitu kekuatan tak datang sendiri, suami harus menyokong kuat emosi ibu.
Perkongsian seorang suami, Muhammad Hassan atau bergelar Cik Matt di facebooknya ini buat kita rasa sebak dan menitiskan air mata. Bila kehilangan macam ni, suami kena mainkan peranan lebih. Jaga hati isteri kita.
Petang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan, mesti dia akan menangis.
Ini anak sulung kami. Komplikasi jantung, paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk, tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan, puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24 jam selepas pembedahan.

1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat, macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit, demam, lapar, tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat, anak dapat susu, anak kenyang, anak tak nangis, anak tidur dengan selesa.
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak, sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.

 
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah, dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Sentiasa Jaga Hati Isteri
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih, sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu, saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.

Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa, masa untuk kita.
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita, mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Gambar hiasan Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.

-EncikMatt-
The post Malam Pertama Kehilangan Anak, Isteri Angkat Bantal Dan Riba, Suami Tolonglah Jaga Hati Isteri, Peluk Saat Mereka Berduka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/malam-pertama-kehilangan-anak-isteri-angkat-bantal-dan-riba-suami-tolonglah-jaga-hati-isteri-peluk-saat-mereka-berduka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Ni Isteri Orang Anak 3 Dugaan 10 Malam Terakhir Puasa Isteri Chef Fikree Luah Rasa Untuk Suami

Kali Ni Isteri Orang Anak 3 Dugaan 10 Malam Terakhir Puasa Isteri Chef Fikree Luah Rasa Untuk Suami

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 747 hits
Kali Ni Isteri Orang Anak 3 Dugaan 10 Malam Terakhir Puasa Isteri Chef Fikree Luah Rasa Untuk Suami Isteri kepada chef Fikree Zuriehan Ben Yahya telah meluahkan rasa sedih terhadap suaminya yang didakwa berlaku curang kepadanya Menerusi aka...
Menteri Pppa Ingatkan Pria Jaga Wanita Dan Anak Dari Kekerasan Saat Mudik

Menteri Pppa Ingatkan Pria Jaga Wanita Dan Anak Dari Kekerasan Saat Mudik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 310 hits
Kalau mereka melihat kekerasan terjadi pada perempuan mereka harus melindungi Jangan sampai terjadi maupun itu fisik psikis seksual emosional atau apapun itu terhadap perempuan dan anak tukas Yohana di Ruang VIP Stasiun Senen Jakarta Sabtu
Mari Lawan Aku Mu Nak Viral Sangat Kan Isteri Sepak Kepala Suami Depan Anak Tuntut Cerai

Mari Lawan Aku Mu Nak Viral Sangat Kan Isteri Sepak Kepala Suami Depan Anak Tuntut Cerai

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 512 hits
Lawan Hooo Hoo Lawanlah Mari Mu nak viral sangat kan Haa mari lawan aku Lawan Oh aku ambik video tak nak lawan aku Lawanlah Aku ambik video mengucap pulak mu ingat Allah pulak mu Hebak lakonan mu hebak Mana surat cerai aku Duit pun tak bagi...
Apa Nasib Isteri Yang Kehilangan Suami Dalam Nahas Mh370

Apa Nasib Isteri Yang Kehilangan Suami Dalam Nahas Mh370

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 315 hits
Hari ini 8 Mac 2019 Genap 5 tahun tragedi MH370 Kisah kehilangan pesawat sebesar pada 8 Mac 2014 ini kekal sebagai misteri dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Alfatihah Ada yang menimbulkan persoalan ...
Isteri Ambil Ibu Susuan Bagi Anak Tanpa Pengetahuan Suami

Isteri Ambil Ibu Susuan Bagi Anak Tanpa Pengetahuan Suami

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 335 hits
Soalan Apakah hukum seorang isteri mengambil ibu susuan bagi anak tanpa pengetahuan dan persetujuan suami Jawapan Penyusuan anak merupakan tanggungjawab yang wajib digalas dan diberi perhatian oleh kedua dua ibu dan bapa Tiada khilaf dalam ...
Isteri Nangis Bila Sedar Itu Hanya Bantal Perginya Anak Syurga Selepas 1 Tahun 4 Bulan

Isteri Nangis Bila Sedar Itu Hanya Bantal Perginya Anak Syurga Selepas 1 Tahun 4 Bulan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 634 hits
Isteri sebagai ibu akan lebih terasa kehilangan si kecil Dia yang mengandung dan melahirkan apatah lagi bila si kecil selepas lahirnya ditatang bagai minyak yang penuh Sokongan suami amat diperlukan untuk isteri saat menghadapi kehilangan S...
Suami Lemah Lembut Dengan Isteri Tanda Rahmat Dalam Keluarga Anak Pun Rasa Disayangi

Suami Lemah Lembut Dengan Isteri Tanda Rahmat Dalam Keluarga Anak Pun Rasa Disayangi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 468 hits
Suami isteri dua watak utama dalam sebuah keluarga Apabila kedua duanya mempunyai hubungan yang baik kebahagiaan pasti akan terpancar Suami sebagai ketua keluarga mempunyai kesan yang besar kepada keluarga Layanannya kepada isteri secara ti...
Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 794 hits
Lumrah isteri nak yang terbaik untuk keluarganya Segala persiapan balik raya di kampung dah tersusun rapi dalam kepala isteri Apa yang perlu dibawa banyak mana baju yang perlu dibawa pulang ke kampung semuanya sudah difikirkan awal Jangan k...
Bagaimana Nak Jaga Hati Suami Anda

Bagaimana Nak Jaga Hati Suami Anda

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 387 hits
Sebenarnya untuk menelaah sama ada teman lelaki atau suami anda berada dalam keadaan marah atau tidak ia agak sukar Apatah lagi lelaki suka berdiam diri berbanding wanita yang lebih gemar meluahkan perasaan dan membebel Realitinya hati lela...
Negeri Sembilan Tandem Paragliding Free Flight In Pedas

Minum Cuka Epal Boleh Kurus Fakta Atau Mitos

Kesilapan Gaya Buat Korang Nampak Lebih Tua Apa Tu

Kays Steak Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu

Kunci Kejayaan Adakah Mindset Lebih Penting Daripada Kemahiran

Volkswagen Presents A Teaser With Their Cheapest Electric Vehicle

The Opposite Of Love Isn T Hate It S Indifference

Islamofobia Dap Bersikap Provokatif Ajak Bertempur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Masak Bening Kentang Dan Suhun

Pengertian Nisfu Sya Ban Dan Dalilnya

Khasiat Pokok Letup Letup Pokok Ulat Bulu

Https Affiliate Al Ulum My Register Referral Mudahkaya

Cops Confirm Report On Dead Cats Found In Jelutong Trash Bin

Overplaying Palestine Issue Won T Backfire On Anwar Say Analysts