Isteri Ambil Ibu Susuan Bagi Anak Tanpa Pengetahuan Suami



Soalan:
Apakah hukum seorang isteri mengambil ibu susuan bagi anak tanpa pengetahuan dan persetujuan suami?

Jawapan:
Penyusuan anak merupakan tanggungjawab yang wajib digalas dan diberi perhatian oleh kedua-dua ibu dan bapa. Tiada khilaf dalam kalangan para fuqaha’ bahawa penyusuan anak adalah wajib selagi anak itu masih berada dalam umur susuan (dua tahun) dan memerlukannya. Menurut ulama mazhab Syafi’e dan Hanbali, menjadi kewajipan ke atas bapa untuk menyediakan penyusuan anaknya, dan tidak menjadi kewajipan ke atas ibu untuk menyusukan sendiri anaknya, serta suami tidak boleh memaksa isterinya untuk berbuat demikian. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/239)

Jelas daripada petikan di atas, kedua-dua ibu dan bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan penyusuan terhadap anak. Firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).” [Surah al-Baqarah (233)]


Dalam ayat di atas, Allah SWT memberi keringanan kepada suami dan isteri untuk menghentikan penyusuan kepada anak berdasarkan konsep عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا, yang bermaksud “persetujuan setelah perundingan”. Maka dapat difahami disini bahawa urusan yang melibatkan kebajikan seorang anak mestilah memerlukan persetujuan bersama dan perbincangan dua hala antara suami dan isteri.

Begitu juga dengan firman Allah SWT pada tempat yang lain:

فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
“...jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.” [Surah al-Talaq (6)]

Allah SWT meminta kedua-dua lelaki dan wanita yang telah bercerai untuk berunding sesama mereka dengan cara yang baik berkenaan penyusuan anak. Maka adalah terlebih aula untuk suami dan isteri yang masih bersama untuk berbincang bersama.

Kesimpulan

Jelas melalui ayat-ayat al-Quran di atas dan pandangan para ulama bahawa urusan penyusuan anak perlu dibincangkan secara bersama antara suami dan isteri, dan keputusan untuk mengambil ibu susuan secara unilateral (sebelah pihak) tidak menepati maqasid perkahwinan itu sendiri, yang amat mementingkan konsep musyawarah (perbincangan) dan toleransi antara suami dan isteri, lebih-lebih lagi pada hal yang melibatkan kebajikan anak.

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa adalah haram bagi seorang isteri untuk mengambil ibu susuan bagi anaknya tanpa keizinan dan pengetahuan suami. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/isteri-ambil-ibu-susuan-bagi-anak-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami 30 Minit Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami 30 Minit Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 355 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Letih Macam Mana Pun Kerja Suami Takkan Sama Penatnya Isteri Urus Anak Rumahtangga

Letih Macam Mana Pun Kerja Suami Takkan Sama Penatnya Isteri Urus Anak Rumahtangga

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 686 hits
Letihnya tidak dapat digambarkan dengan kata kata Saat anak masih kecil memerlukan perhatian rumah tangga dan suami perlu diuruskan Maafkanlah sikap isteri yang mungkin bersikap kasar tanpa sengaja Tidak kira isteri suri rumah atau isteri y...
Ibu Dan Anak Di Bengkalis Kompak Curi Sapi Milik Tetangga

Ibu Dan Anak Di Bengkalis Kompak Curi Sapi Milik Tetangga

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 402 hits
RD ibu rumah tangga dan anaknya inisial DW kompak mencuri seekor sapi ternak milik tetangganya Aksi kedua warga Jalan Gajah Mada Kilometer 13 Sebanga Kelurahan Talang Mandi Kecamatan Mandau Kabupaten Bengkalis Riau itu tepergok warga Satu o...
Suami Kelar Leher Isteri Bayinya Berusia 7 Bulan

Suami Kelar Leher Isteri Bayinya Berusia 7 Bulan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 526 hits
The ReporterSeorang lelaki yang hilang kesabaran tergamak mengelar leher isteri dan anak perempuannya berusia tujuh bulan sehingga mati Dalam kejadian yang berlaku pada jam dua petang 3 Mei Jumaat lalu di Myanmar pasangan terbabit sebelum i...
Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 399 hits
Bila tiba bulan Ramadan ramai individu mengambil kesempatan untuk berniaga bagi menjana pendapatan sampingan yang perlu dibelanjakan menjelang Aidilfitri nanti Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 440 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Suami Tolonglah Bantu Isteri Uruskan Bayi Baru Lahir Di Wad Jangan Cakap Tak Pandai

Suami Tolonglah Bantu Isteri Uruskan Bayi Baru Lahir Di Wad Jangan Cakap Tak Pandai

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 762 hits
Suami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima cahaya mata Walaupun isteri yang mengandung dan melahirkan namun proses kehamilan dan kelahiran perlu diambil tahu oleh para suami Tiada istilah suami tidak bersedia atau taku...
Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat

Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 671 hits
Jutawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menerusi akaun instagramnya semalam memberitahu bahawa isterinya Datin Seri Shahida sedang hamil bayi kembar namun dia meminta doa ramai agar kandungan isterinya selamat Aliff Syukri memuatnaik sebua...
Dah Berbaik Semula Baba Dan Mami Buat Video Bersama Anak Hubungan Sharnaaz Isteri Pulih Menjelang Puasa

Dah Berbaik Semula Baba Dan Mami Buat Video Bersama Anak Hubungan Sharnaaz Isteri Pulih Menjelang Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 423 hits
Dah Berbaik semula Baba Dan Mami Buat video bersama anak hubungan Sharnaaz isteri pulih menjelang puasa Hubungan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri Noor Nabila Mohd Noor kini semakin pulih apabila dikhabarkan hubungan mereka aga...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik