Malam 27 Likur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Malam 27 likur
Malam ini malam 27 Ramadhan! Ya malam ini! Ramadhan kian menghampiri penghujungnya.
Hanya tinggal beberapa malam untuk kita manfaatkan sepenuhnya. Dalam kalangan ulama terdapat yang cenderung menetapkan malam ini iaitu malam ke 27 merupakan malam al-Qadr yang disebut dalam al-quran yang lebih baik daripada 1000 bulan
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud:
“Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27.”
Mengikut Abu Ka’ab katanya:
“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:
“Bahawa Nabi ﷺ telah bersabda bahawa Lailatul qadar berlaku pada malam ke-27.”
Di samping itu, ramai juga yang berpendapat ia berubah dari tahun ke tahun pada malam-malam ganjil sepuluh Ramadan terakhir
Apapun, malam 27 ini dianggap istimewa disebabkan riwayat-riwayat yang berkaitan
Maka, pada hari ini marilah kita simpan tenaga dan berazam bersungguh-sungguh untuk beribadah pada malam nanti
Beriktikaf, bersolat, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir
Janganlah kita sia-sia peluang besar yang Allah beri ini
Jangan kita bazirkan masa kita dengan melakukan urusan yang menjadikan kita tidak berpeluang beribadah pada malam nanti
Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah jua
Biarlah kita korbankan sedikit waktu tidur, demi menggapai ganjaran & keampunanNya
Ramadhan kali ini rezeki untuk kita. Yang akan datang belum tentu jumpa
Jangan lupa banyakkan doa:
"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku)
Jom qiyam malam ni
sumber: quotephotovideo
Terima kasih. Malam 27 likur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://salatulzarida.blogspot.com/2021/05/malam-27-likur.html