Malaikat Kenal Anda Yang Suka Bersedekah



“Boleh atau tidak memahat nama di langit. Apabila nama terpahat di langit, kita akan dicintai oleh para penghuninya?”
Kenyataan ini seakan mustahil dicapai kerana kita sebagai penghuni bumi tak mampu tinggal di langit. Bahkan langit terus kekal misteri pada manusia.
Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita mendalami agama. Dalam sebuah hadith Rasulullah menyebut kisah si hamba yang dicintai Allah dan makhluk langit. Sabda Rasulullah S.A.W:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا نَادَى جِبْرِيلَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ ثُمَّ يُنَادِي جِبْرِيلُ فِي السَّمَاءِ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ وَيُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي أَهْلِ الْأَرْضِ
Abu Hurayrah berkata Rasulullah bersabda: “Apabila Allah Ta’ala cintakan seorang hamba, Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka hendaklah kamu mencintainya. Maka Jibril cintakan si fulan itu. Kemudian Jibril menyeru malaikat di langit dengan katanya ‘sesungguhnya Allah mencintai si fulan itu, maka hendaklah kamu semua mencintainya. Maka seluruh penghuni langit akan mencintainya. Lalu dijadikan rasa penerimaan (cinta kepada si fulan itu) kepada penghuni bumi.
Sahih al-Bukhari & Muslim
Inilah yang disebut Allah dalam firman-Nya:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا
Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai (termasuk makhluk langit) perasaan kasih sayang
Surah Maryam 19:96
Subhanallah! Jika dikhabarkan ada orang besar lagi hebat bertanya khabar tentang anda, pasti anda tersenyum berasa bangga. Kembang kuncuplah hidung anda. Tidur malam dengan senyum simpul membawa mimpi indah.
Itu baru pertanyaan seorang manusia. Bayangkan bagaimana pula perasaan anda jika Allah dan makhluk langit yang bertanya khabar atau menyebut nama anda!
Rupanya kisah nama manusia di bumi dikenal serta disanjung makhluk langit pernah diceritakan Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ بِفَلَاةٍ مِنْ الْأَرْضِ فَسَمِعَ صَوْتًا فِي سَحَابَةٍ اسْقِ حَدِيقَةَ فُلَانٍ فَتَنَحَّى ذَلِكَ السَّحَابُ فَأَفْرَغَ مَاءَهُ فِي حَرَّةٍ فَإِذَا شَرْجَةٌ مِنْ تِلْكَ الشِّرَاجِ قَدْ اسْتَوْعَبَتْ ذَلِكَ الْمَاءَ كُلَّهُ فَتَتَبَّعَ الْمَاءَ فَإِذَا رَجُلٌ قَائِمٌ فِي حَدِيقَتِهِ يُحَوِّلُ الْمَاءَ بِمِسْحَاتِهِ فَقَالَ لَهُ يَا عَبْدَ اللَّهِ مَا اسْمُكَ قَالَ فُلَانٌ لِلِاسْمِ الَّذِي سَمِعَ فِي السَّحَابَةِ فَقَالَ لَهُ يَا عَبْدَ اللَّهِ لِمَ تَسْأَلُنِي عَنْ اسْمِي فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ صَوْتًا فِي السَّحَابِ الَّذِي هَذَا مَاؤُهُ يَقُولُ اسْقِ حَدِيقَةَ فُلَانٍ لِاسْمِكَ فَمَا تَصْنَعُ فِيهَا قَالَ أَمَّا إِذْ قُلْتَ هَذَا فَإِنِّي أَنْظُرُ إِلَى مَا يَخْرُجُ مِنْهَا فَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثِهِ وَآكُلُ أَنَا وَعِيَالِي ثُلُثًا وَأَرُدُّ فِيهَا ثُلُثَهُ
Abu Hurairah meriwayatkan nabi S.A.W pernah bersabda:
“(Pada suatu hari) ketika seorang lelaki berada di sebuah tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan, “Siramlah air (hujan) kepada kebun si Fulan itu!”
Awan itu pun bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah yang berbatu hitam. Saluran air pada tanah tersebut kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani yang berdiri di kebunnya sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya.
Lelaki itu bertanya;
“Wahai hamba Allah, siapa namamu?”
Petani itu menjawab;
“Nama saya Fulan”
Iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya;
“Wahai hamba Allah, mengapa anda tanyakan nama saya?”
Kata lelaki itu;
“Sebenarnya, sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang baru menurunkan air ini. Suara itu berkata, “Siramilah air pada kebun si Fulan!” menyebut nama Anda. Apa yang Anda buat dengan kebun ini?”
Petani itu berkata;
“Baiklah, kalau Anda katakana begitu. Sebenarnya, saya selalu perhatikan apa yang keluar daripada kebun ini, lalu saya sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya saya makan bersama keluarga saya, dan 1/3 lagi saya kembalikan (untuk modal cucuk tanam)
Sahih Muslim
Berdasarkan hadith di atas, amalan yang disukai malaikat di langit adalah sedekah! Pemilik kebun itu dikenali oleh para malaikat kerana sedekahnya. Dalam dalam hadith lain, orang yang kuat sedekah turut mendapat doa para malaikat. Sabda Rasulullah S.A.W:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Abu Hurairah R.A menyebut bahawa nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan ada akan 2 malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaiat satu lahi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan
Sahih al-Bukhari dan Muslim
Dalam hadith lain turut disebut perkara yang sama:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مَلَكًا بِبَابٍ مِنْ أَبْوَابِ السَّمَاءِ يَقُولُ مَنْ يُقْرِضْ الْيَوْمَ يُجْزَى غَدًا وَمَلَكًا بِبَابٍ آخَرَ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَعَجِّلْ لِمُمْسِكٍ تَلَفًا
Abu Abu Hurairah R.A menyebut bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Di langit ada satu pintu yang padanya ada satu malaikat yang berdoa – sesiapa yang bersedekah pada hari ini akan diberi ganjaran pada hari esok. Begitu juga ada satu malaikat pada pintu langit yang berdoa – Ya Allah berikan kepada orang yang bersedekah gentian dan segerakan kemusnahan kepada orang yang kedekut
Musnad Ahmad
Bahkan dalam bulan Ramadhan, Jibril lebih banyak menemui Rasulullah S.A.W. Berikutan lawatan lebih masa Jibril itu, Rasulullah menjadi seorang yang sangat pemurah bersedekah pada bulan Ramadhan, seolah baginda mahu lebih menggembirakan Jibril yang sangat suka kepada sifat sedekah:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Ertinya: Nabi SAW adalah orang yang paling pemurah (melakukan kebaikan). Baginda jadi tambah pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril datang bertemu dengannya pada setiap malam. Jibril mengulangkaji al-Quran dengan nabi pada bulan Ramadhan. Baginda benar-benar pemurah (pada bulan Ramadhan) seperti angin yang bertiup kencang
Sahih al-Bukhari
Selain dikenal dan dicintai para malaikat, faedah sedekah tak terkira banyaknya. Dalam satu ayat Allah menyebut ia menjadi sesalan sesetengah orang setelah mereka mati kelak sehingga ada yang mahu ditangguhkan mati agar diberi peluang kedua untuk lebih banyak bersedekah:
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku jadi daripada orang yang soleh “
Surah al-Munafiqun 63.10
Dalam firman lain Allah berfirman:
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki“
Surah Saba’ 34:39
Benar sekali firman Allah ini; sedekah pasti berganti! Gantiannya pula sangat luas. Ada pahala, ada syurga, ada limpahan rezeki, ada kesihatan, ada keberkatan hidup, ada nama yang harum pada manusia dan ada pula rasa cinta para malaikat kepada kita.
Apabila kita dicintai para malaikat, hidup kita semakin indah dan berkat kerana doa mereka. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyemarakkan budaya sedekah agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan dikenali oleh para malaikat. Amin!
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Malaikat Kenal Anda Yang Suka Bersedekah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/malaikat-kenal-anda-yang-suka-bersedekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Cara Menghadapi Orang Sombong Dan Suka Pamer

10 Cara Menghadapi Orang Sombong Dan Suka Pamer

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 363 hits
Setiap orang memiliki karakternya sendiri sendiri negatif maupun positif Pun dalam pergaulan kita akan menghadapi berbagai macam karakter tersebut Bisa jadi menguntungkan bahkan tak sering juga merupakan ujian Bisa dikatakan memiliki teman ...
Jangan Suka Ambil Produk Mengarut Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya

Jangan Suka Ambil Produk Mengarut Rosak Buah Pinggang Buruk Padahnya

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 441 hits
Oleh Post emotional sikit Nak kacak nak ringan badan nak buang angin sanggup minum air jenama Ixxxxx Tak sampai sebulan minum dari bacaan buah pinggang bawah 90 datang hospital muntah muntah loya tak larat sebab tak lalu makan Bila periksa ...
Dari Kecik Maszlee Suka Memandai

Dari Kecik Maszlee Suka Memandai

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 321 hits
Orangnya kecil dan pendek saja tapi memang budak pandai dari kecik lagi kata seorang Pak Cik bernama Pak Leman di Simpang Renggam mengenai Menteri Pendidikan Masaalah Dr Maszlee Malek sambung Pak Cik itu dia suka memandai Kami tak heran dia...
Menipu Ikut Suka

Menipu Ikut Suka

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 239 hits
Sewaktu Nik Abduh menipu dulu Hadi Awang beri restu dia menipu kata Nik Abduh Bila menantu Hadi Us Zaharudin Din ayam mahu dedahkan siapakah 5 orang yang dikatakan pemakan dedak Umno Din ayam kata dia dapat restu Hadi pak mertuanya Tiba tib...
Hafidz Roshdi Tak Suka Lepak Lama Lama

Hafidz Roshdi Tak Suka Lepak Lama Lama

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 842 hits
Hafidz Roshdi lebih selesa luangkan masa dengan keluarga Pelakon Hafidz Roshdi mengakui berasa cepat bosan jika lepak terlalu lama di luar rumah bersama kawan kawan Menurut Hafidz 25 perasaan itu mula disedari setelah dia dikurniakan anak p...
Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 369 hits
Bagi penghidap asma selain bergantung kepada ubat ubatan seperti inhaler dan sebagainya menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan Ramai penghidap asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alah...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 426 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin