Maladi Utusan Mengapa Cari Dr Mahathir



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Daripada mengutuk Dr Mahathir kepada merayu bantuanPADA mulanya saya tidak mahu mengulas cadangan meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, campur tangan menyelamatkan syarikat Utusan Melayu.
Bagi saya, cadangan itu tidak masuk akal dan tidak kena tempatnya. Saya katakan begitu kerana, pertama Utusan adalah harta keramat milik parti keramat Umno dan kedua, Umno menggunakan Utusan untuk membelasah Dr Mahathir kaw kaw ketika beliau berusaha membebaskan Malaysia daripada kleptokrat, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Ketiga, adalah dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjamin kebebasan media. Jadi memohon campur tangan Perdana Menteri dalam isu dalaman Utusan adalah bertentangan dengan dasar tersebut.
Bagaimanapun, saya tergerak untuk mengulas sedikit setelah menerima pesanan WhatsApp (bukan wassap atau wasap) daripada seorang “anak buah” yang mewakili Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan.
Saya membalas: “Umno, Najib dan sidang pengarang Utusan wajib ambil tanggungjawab. Mereka yang menyebabkan maladi Utusan hari ini. Utusan hentam Tun kaw kaw.”
Ini adalah amalan zaman Najib dan Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila media massa arus perdana terpaksa akur kepada “wahyu” dari Putrajaya.
Sidang pengarang Utusan dan sesetengah wartawannya bukan sekadar membenarkan akhbar ikonik itu diperalatkan malah dengan sukarela menerima arahan dari luar.
Sekarang ada pemimpin NUJ Utusan yang memberitahu saya bahawa "kerja-kerja penulisan politik adalah atas tindakan bos-bos pengarang dan mereka ini menerima imbuhan dan bayaran khas."

Kalau itulah keadaannya maka lagilah tidak wajar mengharapkan Dr Mahathir campur tangan menyelamatkan Utusan. 
Dari dulu hingga kini Utusan adalah milik Umno. Malah daripada apa yang saya dengar, Umno tidak mahu jual Utusan macam ia jual sahamnya dalam Media Prima Berhad.
Jadi kalau Umno tidak mahu jual, macam mana Dr Mahathir atau mana-mana pihak juga hendak campur tangan membantu Utusan?
Jawabnya Umno tidak mahu campur tangan luar. Ini diperkukuhkan oleh tindakan parti itu memberi bantuan modal RM1.6 juta kepada Utusan bulan lalu.
Tidak Mahu Utusan Mati

Saya tahu Dr Mahathir tidak mahu Utusan terkubur. Tetapi selagi Umno berkeras mengekalkan kawalannya ke atas Utusan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun.
Jadi soal kakitangan bawahan Utusan bersedia untuk bekerjasama dengan “bos pengarang baru” jika Dr Mahathir sedia membantu, tidak timbul.Kita pun tidak mengharapkan apa-apa daripada media massa selain bagi mereka bersikap adil, profesional dan berkecuali.
Dr Mahathir tentulah tidak mahu Utusan mati kerana untuk sekian lama Utusan Melayu (jawi) dan Utusan Malaysia adalah akhbar bahasa Melayu pilihan beliau. Bagi bahasa Inggeris beliau membaca New Straits Times.

Kalau tidak silap saya hanya bermula zaman Abdullah beliau berhenti memberi keutamaan kepada Utusan dan NST kerana dua akhbar itu dan akhbar-akhbar lain juga digunakan secara terang-terangan untuk membunuh legasi beliau dan memburuk-burukkan beliau.

Saya pun mempunyai sentimen yang sama. Saya tidak mahu Utusan terkubur. Sejak kecil saya membaca Utusan Melayu dan kemudian Utusan Malaysia. Malah saya kerap menulis dalam Utusan Malaysia hatta ketika menjadi pengarang NST.
Mungkin banyak orang, termasuk pengamal media, tidak tahu bahawa pada zaman pentadbiran pertama Dr Mahathir lah jualan akhbar mencapai angka tertinggi.
Pada penghujung pentadbiran beliau tahun 2003, pengedaran Utusan Malaysia mengatasi 320,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia lebih setengah juta.
Jadi saya tidak nampak logiknya membabitkan Dr Mahathir dalam sebarang usaha menyelamatkan Utusan. Hanya Umno boleh menentukan hidup atau mati Utusan.
Atau boleh jadi juga Umno sebenarnya sudah hilang pegangan dan kawalan ke atas Utusan tetapi tidak mengakuinya dengan berpura-pura seolah-olah ia masih memiliki kumpulan media itu.

Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/09/maladi-utusan-mengapa-cari-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir To Stay On 3 More Years Not Confident His Successor Would Do Well

Mahathir To Stay On 3 More Years Not Confident His Successor Would Do Well

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 338 hits
Dr Mahathir Mohamad today said he would step down as prime minister before the next general election I promise I would step down before the next election and give way to another candidate So I may have at the most three years perhaps the pr...
Mahathir Condemns Israel As A Rogue State

Mahathir Condemns Israel As A Rogue State

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 262 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said Malaysia cannot accept the blatant seizure of Palestine land by Israel for their settlements as well as the occupation of Jerusalem by Israel He highlighted the dire situation of the Palestinians who ...
Mahathir Has No Choice But To Appoint Anwar The Acting Pm

Mahathir Has No Choice But To Appoint Anwar The Acting Pm

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 286 hits
To serve the nation we sometimes need to do what we do not like And in this case like it or not Mahathir may need to eat humble pie and appoint Anwar the Acting Prime Minister in case he does not come home from the hospital THE CORRIDORS OF...
Mahathir A Serial Liar

Mahathir A Serial Liar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 317 hits
KTemoc Konsiders When Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad meets his Indian counterpart Narendra Modi in Russia on Sept 5 ahead of a 3 day Eastern Economic Summit everyone was wondering if Mr Modi will raise the issue of Zakir Naik the...
Mahathir Defends Palm Oil In Un Address

Mahathir Defends Palm Oil In Un Address

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 437 hits
Mahathir Mohamad has highlighted Malaysia s objection over attempts to ban the import of palm oil at the United Nations saying it is a classic case of the denial of free trade Speaking at the General Debate of the 74th Session of the UN Gen...
Prepare For Climate Change Not War Mahathir

Prepare For Climate Change Not War Mahathir

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 289 hits
Dr Mahathir Mohamad said the international community instead of preparing for war should be paying attention to the climate changes and accompanying natural disasters We should be preparing to combat climate change to bring back the normal ...
Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 353 hits
REAKSIApa orang bilang Anwar tetap memayungi Mahathir APABILA Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi tahu wartawan di New York yang beliau akan jadi PM paling lama pun tiga tahun ramailah yang resah gelisah ada yang membuat tangkap layar la...
Saya Mungkin Ada Lagi Tiga Tahun Paling Lama Kata Mahathir

Saya Mungkin Ada Lagi Tiga Tahun Paling Lama Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 399 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan banyak perkara Bercakap pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York semalam Dr Mahathir menegaskan beliau akan melepaskan jawatannya sebagai pe...
Siapa Yang Bohong Mahathir Atau Zeti

Siapa Yang Bohong Mahathir Atau Zeti

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 423 hits
Siapa yang rakyat percaya Mahathir atau Zeti Bulan Ogos 29 8 19 Dr Mahathir dakwa TIDAK di maklumkan oleh Zeti Aziz akan lantikan Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif PNB yang baharu Bulan September 25 9 19 Zeti berkata bahawa...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month