Maktok Masih Kuat Part 2


#nowlistening: hero by family of the year
#mood: nak sarap apa ni?

entry ni bersambung dari entri semalam Maktok masih Kuat - Part 1
petang esok tu maktok balik dengan mokteh dan pokteh. maktok nampak lemah betul. maktok mengaduh lututnya sakit sangat dan tak boleh nak berdiri. tapi sempat lagi mokteh menyuruh maktok tunaikan kewajibannya dulu. atoo mampu pandang dari luar bilik. taktahu nak buat apa sebenarnya. lagi pun atoo dengan mokteh memang kekok. serius awkward. maklong minta buatkan air kopi. tapi masa tu memangnya atoo dah buat air kopi. minum petang untuk diri sendiri. ya, satu teko satu cawan. atoo pergi dapur, tengok pokteh dah pun tuang air kopi dengan cawan yang diambil sendiri kot. yalah. mana ada orang gaji lagi dalam rumah ni ya


sebab rasa awkward mengunung, atoo menapak balik dapatkan maktok dari luar bilik je mampu. tengok-tengok maktok dah tercicir sebelum sampai destinasinya. ya allah. rasa itu datang lagi. mokteh minta tisu sampai cakap. "ingat, ini semua kerana Allah. sebab masa kita nanti kita sendiri taktahu.". Tangan dia laju saja mengelap. atoo terus dapatkan mop, basuh, dan mop ditempat tadi. atoo perhatikan mokteh memakaikan maktok satu persatu baju, pempers, seluar, stokin, sarung kaki, telekung dan maktok menunaikan kewajipannya. bila masa kita nanti kita sendiri tak mampu nak berkata apa sebab semuanya ada cerita yang Dia mahu sampaikan kan. atoo basuh mop dan pergi ke dapur


sampai dapur, mokteh tanya. hidangkan air je? cawan mana? gulps! pergi ambil sndiri la! hahaha. macam berani kan? dalam hati je mampu. terus cepat je atoo ambil dua cawan berserta piring cawan dan letakan atas meja. takut pun ada sebenarnya. hahaha, takot pada manusia nampak. taknak nampak sangat takut, atoo terus pergi usha maktok dalam biliknya. habis maktok solat, atoo tolong bukakan telekung dan baringkan maktok. maktok masih lagi mengadu lututnya sakit sangat. dari air mukanya menahan yang amat. 

taklama lepas tu, ciknoi dan anak-anaknya tiba. fuhh, leganya Allah saja yang tahu masa tu. masa tu mahgrib kalau taksilap. maktok hendak ke bilik air. atoo ni pun buat la macam apa yang mokteh buat tadi. buka seluar, dan pimpin maktok ke bilik air. sampai jamban duduk tu maktok, maktok cakap dia boleh buat sendiri. bunyi menghalau. atoo dengar kot, maktok mendesah sakit kakinya setiap kali melangkah tiba-tiba cakap boleh buat sendiri? perghh..tersentap jugaklah time tu. tiba-tiba rasa sebak semacam. ciknoi datang masuk bilik dan nampak titis-titis. maktok dah tercicir lagi ni ika beritahunya. tajam betul mata ciknoi. sambil dia lap guna tisu, sempat lagi pesan. "ingat semua yang kita buat ni kerana Allah, besar pahalanya ika...". 

tapi kali ni, ciknoi punya cara cucian lain. dah lap dengan tisu, dia simbah kawasan tu dengan air. katanya biar ada air yang mengalir sebagai tanda ada pengaliran then baru mop. okay. noted. dan kerja atoo, capai mop lap semuanya kasi sampai kering. maktok, time tu ciknoi yang uruskan. sebab atoo dah tacing dengan maktok! maghrib tu, barulah mak dengan abah atoo sampai. leganya ya ampun, atoo peluk mak ketat-ketat. mak, abah terus dapatkan maktok. maktok dah pun baring semula. mak bertanyakan maktok kalau lututnya masih sakit ke? dan offer abah urut lutut maktok. maktok mengangguk. serius, pelik. atoo nampak maktok senyum. 

atoo siap tanya mak, abah urut maktok? wahh, impress atoo dengan abah sekejap. tengok gaya mak, emak tersenyum dalam. maktok sukakan cara abah mengurutnya. syok betul muka maktok kena urut ditempat yang sakit tu. alhamdulilah, ya Allah. engkau telah tunjukkan sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga ni. malam tu, atoo tak banyak dengan maktok. usha dari jauh je. rasa tacing tu masih terngiang-ngiang ni maktok. sampai hati maktok kan. tapi jauh dalam sudut hati kecil atoo ni nak juga serve maktok macam mokteh, ciknoi.. takpe kita tunggu. dah nak pukul 10 jugaklah rasanya. atoo nampak maktok pelan-perlahan bangun. its my time


atoo pergi dapatkan maktok. maktok nak pergi bilik air ke? maktok mengangguk. pelan-pelahan aku turunkan kakinya ke lantai. minta dia berdiri. tanggalkan stokin, seluar, pempers. dan pimpin maktok ke bilik air. dan dudukkan ke jamban  duduk. nampak maktok tak marah macam tadi. bila urusannya dah selesai. atoo dapatkannya semula. seperti tadi membantunya dari a sampai z dengan menukarkan bajunya sekali. komfim mesti basah setiap kali maktok ke bilik air. maktok hanya menurut tanpa banyak kata. atoo baringkan maktok. atoo selimutkan maktok. dan maktok, "terima kasihlah ika, terima kasih banyak tolong maktok ni.." 

ya Allah! bahagianya rasaa!! rasa nak menjerit satu dunia ni haa. rasa bangga gila dapat serve maktok buat pertama kalinya tanpa bantuan sesiapa. tapi depan maktok senyum cover baik punya. abah! emak! along serve maktok! kahkahkah. rasa bahagia sangat tu bila maktok sebenarnya tahu kewujudan atoo. eh, chop! feeling dia tu macam finaly maktok approve atoo jadi cucu dia. hahaha. alhamdulillah, ya Allah. secara automatiknya, konfiden atoo terhadap maktok meloncak-locak. mata atoo memang tak lepas dari pandang pintu bilik maktok. pantang maktok nak itu ini kaki atoo dah sampai dulu. nampak konfiden mengatasi kondifen.


atoo pun sempat juga serve maktok dipagi raya tu sekali lagi. siapkan maktok cantik-cantik. tukarkan baju raya. bedakkan muka. pakaikan bedak. dudukkan ke atas krusi roda. tolak ke meja makan. hidang air putih.suakan air kasi maktok minum. ambil nasi dan lauk maktok. kopekkan udang, cerikan daging, ceraikan ayam, dan suapkan maktok. that moment were too precious for me maktok


sebak. bangga. gembira. sedih. semua bercampur dan rasa tu sangat bermakna maktok. rasa plot cerita atoo hampir lengkap sebagai seorang manusia. dan semua ni buat atoo terfikir, hidup kita sebenarnya tak lama. kalau dia berkehendak, maka jadilah tanpa cacat celanya. takda dah perkataan, esoklah, nantilah, kejap lagilah, semua itu tak sempat. beringatlah. mak kata, maktok dah bertambah sihat. dan tak mengadu sakit macam dulu. dah laju jalan dah. alhamdulilah. thank you Allah

atoo masih perlukan maktok


coretan by atooxoxo =)http://aq-islam.blogspot.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aq-islam.blogspot.com/2015/10/maktok-masih-kuat-part-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maktok Masih Kuat Part 1

Maktok Masih Kuat Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 128 hits
nowlistening photograph by ed sheeran mood muka kejung pakai bedak sejukselamat membaca pada awak yang terbaca cebisan rasa ini iya awak lah bila dah sampai mood nak menulis macam macam cerita nak disharekan ya dan pagi ni atoo nak share my...
Maktok Masih Kuat Theend

Maktok Masih Kuat Theend

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 118 hits
nowlistening kau yang satu by nazmiirfan mood sayang tu apa sebenarnya salam selamat pembaca yang sudisambungan dan cerita maktok kali ini atoo tamatkan dengan kenangan bukan maktok sihat lagi alhamdulilah mak jaga maktok sebaik mungkin sem...
Aku Bukan Loser Part 1

Aku Bukan Loser Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 300 hits
1 Mencuba Cuba dan cuba lagi Jahanam tetikus cybercafe ni aku tekan laju laju Kenapa tak dapat Kenapa takde panggilan uitm pun Arghhh Habislah kena bahan dengan Abah Aku dah boleh agak Takpe Lagipun aku bukannya anak harapan Abah Aku dah me...
Celebrity Legs And Feet In Tights Newsbreak Weekend Part One

Celebrity Legs And Feet In Tights Newsbreak Weekend Part One

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 322 hits
It continues tomorrow eveningFeatured Kelsey Kernstine Charissa Thompson and Laura Rutledge
Holiday Part 1

Holiday Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 121 hits
assalamualaikum n salam 1 malaysia baru harini boleh update blog 1 week i apply cuti untuk balik bercuti bersama family dan juga kawan2 ku di kedah cuti kali ni bermakna jugakla untuk i y kitorang g langkawi hihihihi dah lama gak la i ngida...
Kembali Pulang Part 1

Kembali Pulang Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 115 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Finally aku skang dah ada kat kampung halaman aku sendiri chewahhh baru aku berkesempatan nak update blog setelah sekian lama membuzykan diri dengan exam actually semalam dah aku sampai rumah around 10 4...
Kembali Pulang Part 2

Kembali Pulang Part 2

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 120 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Entry nie rentetan dari Even pun sepanjang perjalanan tu kapal terbang bergoyang tapi dengan kemahiran yang ada pada pilot tu ktorang berjaya landing dengan selamat kat Kota Kinabalu Airports Terminal 2 ...
Top 10 Prisoners That Most Humans Fear Part 2

Top 10 Prisoners That Most Humans Fear Part 2

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 207 hits
Claim your SPECIAL OFFER for MagellanTV here https try magellantv com mostamazingtop10 Start your free trial TODAY so you can watch A Shallow Grave and all of MagellanTV s other exclusive true crime content https www magellantv com video a ...
Takut Juga Umno Ni Ya Ingat Kuat Sangat

Takut Juga Umno Ni Ya Ingat Kuat Sangat

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 296 hits
PRN Melaka UMNO masih dalam perundingan elak bertembung tiga penjuruPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur Foto...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm