Maksud Tersirat Dalam Lirik Lagu Tanya Sama Itu Hud Hud M Nasir
Lagu ini merupakan sebuah lagu yang menceritakan "Rukun Agama". Jika dirujuk di dalam Kitab Hadis Arbain Imam Nawawi, pada hadis kedua, kita akan mengetahui apa itu "Rukun Agama". Rukun agama adalah Iman (Akidah), Islam (Fiqah) dan Ihsan (Tasawwuf). Lagu ini menggarapkan kesemua hal ini dalam satu jalan cerita yang zahirnya kelihatan tidak berkesinambungan antara satu sama lain.
Lirik Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud
Tujuh puluh tiga pintuTujuh puluh tiga jalanYang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu MargasatuaMencari raja si MuraqYang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang AlgojoUuh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burungAtau lihat dari dalam tempurungYang mana satu engkau pilihDalam kalut ada peraturanPeraturan cipta kekalutanDi mana pula kau berdiriDi sini
Uuh... Sang AlgojoUuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir iniUntuk menyatakan kalimah sebenarBerikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang AlgojoUuh... nanti dulu
Tujuh puluh tiga pintuTujuh puluh tiga jalanYang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu MargasatuaMencari raja si MuraqYang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang AlgojoUuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir iniUntuk menyatakan kisah sebenarnyaBerikan ku kesempatan akhir iniLai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Lai lai lai lai lai lai lai lai lailai lai lai lai lai lai lai lai laiLai lai lai lai lai lai lai lai lailai lai lai lai lai lai lai lai laiLai lai lai lai lai lai lai lai lailai lai lai lai lai lai lai lai lailai lai lai lai lai......
73 PINTU, 73 JALAN, YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN. (Marhum hadis, umat Islam berpecah kepada 73 aliran Mazhab Akidah. Yang benar hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
Rasulullah SAW bersabda "Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." (lihat Sunan Abu Daud no 4429). "
RIBU-RIBU MARGASATUA MENCARI RAJA SI MURAQ. YANG SAMPAI HANYA 30. 30.
Rangkap ini diambil daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar yang mengisahkan tentang Margasatua menempuh 7 Gunung Tasawwuf iaitu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Muthmainnah, Radhiyyah, Mardhiyyah dan Kamil. Kitab itu berisi pengalaman kerohanian yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui ungkapan sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpullah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung dipimpin oleh Hud-hud.
Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah.
Lembah pertama adalah lembah keinginan (Ammarrah). Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan (Lawwammah) di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat (Mulhamah), di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan (Mutmainnah), semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan (Radhiyyah), yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam (Mardhiyyah), lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?”
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana (Kamil), di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmuragh, adalah perkataan Parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Tujuh lembah itu adalah simbolik kepada tujuh tingkatan nafsu yang perlu dilepasi manusia sehingga rohnya benar-benar mengenal Allah SWT. Namun kemuncak kepada makrifat itu ialah tidak mengenal. Kerana Zat Allah SWT yang dicari tiada rupa, tiada bentuk, tiada bersudut dan bersegi, tiada tertakluk dalam ruang, tempat dan masa serta tiada tertakluk diluarnya pula. Yakinlah diri bahawa akal tidak dapat mencapai Zat Allah SWT. Akhirnya dia mengenal Allah SWT melalui dirinya sendiri.
Ketahuilah, langkah untuk mengenal Allah SWT ialah mengenal diri terlebih dahulu. Diri kita tidak lain adalah ayat-ayat Allah untuk menunjukkan Dirinya. Pada diri kita DIA menunjukkan sifatNya, asmaNya dan perbuatanNya.
"Dan pada dirimu,mengapakah kamu tidak melihat (tanda dan bukti kebesaranNya) (az-Zariyat:21)
UUH... SANG ALGOJO... UUH... NANTI DULU (Ya Izrael, sebelum mati aku ingin mencari ilmu Fardhu Ain bagi melengkapkan Rukun Agama)
Wahai Allah yang memberi tugas kepada malaikat maut Izrail, tangguhkan kematian kami supaya dapat diketahui adakah benar jalan yang kami lalui ini adalah jalan yang diredhaimu iaitu 1 dari 73 jalan dan mereka yang telah melepasi lembah kehidupan yang 7 sepertimana yang dilepasi 30 mergastua dalam rangkap yang terdahulu.
LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG ATAU LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG YANG MANA SATU ENGKAU PILIH. (Pilihan sama ada nak Terbang" mencari ilmu bagi mendapat pandangan yang luas atau "Terperap malas mengaji hingga terus hidup jahil)
DALAM KALUT ADA PERATURAN PERATURAN CIPTA KEKALUTAN. DIMANA PULA KAU BERDIRI DISINI (Manusia jahil dahulu hidup tak tersusun, maka diwahyukan Hukum-Hakam Syariat Fiqah bagi mengurus kehidupan manusia. Namun kini kita hidup di zaman orang mencipta pergaduhan melalui putar belit ilmu Fiqah hingga isu-isu Khilaf Furuiyyah yang telah diselesaikan ratusan tahun dulu diperdebat semula - dek kerana munculnya golongan La Mazhabiyyah Tolak Mazhab atau Talfiq Mazhab Campur Aduk Mazhab)
BERIKANKU KESEMPATAN AKHIR INI, UNTUK MENYATAKAN KALIMAH SEBENAR BERIKANKU KESEMPATAN INI. LAI LAI LAI LAI LAI LAI LAI... (Panjangkanlah umurku dan berilah peluang untuk mengkaji dan mempelajari adakah selama ini adakah aku sudah mengikuti ajaran yang sebenarnya atau hanya mengikut para munafiqin dan fasiqin yang tidak berpegang kepada peraturan dalam kehidupan)
TANYA SAMA ITU HUD-HUD (Hud-Hud memimpin Margasatua bertemu "Raja Si Muraq". Kenapa Hud-Hud? Kerana Hud-Hud lah yang mampu mengesan kekufuran Ratu Saba'@Balqis hingga menyebabkan akhirnya Nabi Sulaiman Talkinkan Syahadah. Sesungguhnya kemampuan Hud-Hud mengenal Haq dan Batil ini adalah kerana ia sebenarnya Arifbillah (orang yang jujur dan ikhlas dalam mentauhidkan Allah SWT). Maka bertanyalah kepada Arifbillah tentang Makrifah.
LANG MENSILANG, KUI MENSIKUI (Ini merupakan perkataan Cina yang bermaksud "Orang pun bukan, Hantu pun bukan". "Hud-Hud" yang Arifbillah ini menjelaskan bahawa sifat Tuhan itu bukan berjisim seperti manusia dan bukan hanya khayalan seperti hantu. Maka ternafilah iktikad Mujasimmah yang me-Tasybih-kan Tuhan dan iktikad Muktazilah yang Me-Ta'thil-kan Tuhan)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lautan-biru.blogspot.com/2020/07/maksud-lagu-tannya-sama-itu-hud-hud-m.html