Maksud Suami Dayus Dalam Islam


Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS." (Riwayat Ahmad & An-Nasaie)


Dalam sebuah hadis lain pula yang maksudnya, “Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si DAYUS yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (Riwayat Ahmad)

Malah banyak lagi hadis yang membawa makna hampir sama dengan dua hadis di atas. Oleh itu, secara ringkasnya, apa dan siapa lelaki dayus?

MAKSUD DAYUS

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak," lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? Berkata Nabi, "iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)." - (Riwayat At-Tabrani)

Dari hadis di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan tidak ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain.

PENJELASAN ULAMA TENTANG LELAKI DAYUS

Berikut adalah beberapa tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus:

Ertinya, "Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya). Imam Al-‘Aini pula berkata: "Cemburu lawannya dayus."

Berkata pula An-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram."

Menurut Imam Az-Zahabi, “Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya."

Imam Ibn Qayyim pula menyatakan, “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.”

DAYUS ADALAH DOSA BESAR

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:

Maksudnya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya).

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

CEMBURU DITUNTUT ISLAM DAN JANGAN MARAH

Terdapat segelintir isteri yang sering menyalahkan suami kerana terlalu cemburu.

Benar ‘cemburu buta’ itu memang menyusahkan, tetapi dalam hal ehwal rumahtangga, apabila suami bertanya kepada isteri itu dan ini, adalah dinasihatkan agar isteri janganlah cepat melenting atau memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian.

Jangan juga rasa kecil hati lantas membuat kesimpulan bahawa suami sudah tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan.

Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak)." ( Riwayat Ahmad)

Memang amat beruntung, malangnya di akhir zaman ini tidak mudah memperolehi isteri yang solehah. Ia adalah sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya, kita dapat melihat ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' dan memahami.Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini.

Yang penting, ‘Dayus’ ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya.

Namun, jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'Dayus' ke atas dirinya.

Wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangi dan jagalah diri dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid." (Riwayat Ahmad)

SUAMI MINTA IZIN DARI ISTERI

Sementara itu, seorang suami yang meminta izin dari isteri sebelum melakukan sesuatu perkara bukanlah sifat seorang lelaki dayus.

Ia sebaliknya sebagai menghormati keberadaan isteri yang juga merupakan pasangan hidup suami.

Contohnya, suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motor baru itu bukanlah dayus.

Itu tandanya suami yang menghormati keberadaan isteri di sisi.

Di Malaysia, perkongsian penyanyi Shuib untuk memiliki sebuah motosikal idaman selepas meminta keizinan daripada isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima kecaman netizen, namun ramai yang tersalah guna istilah dayus ini, jadi bila salah guna istilah, membawa kepada fahaman yang salah.

Nabi SAW sendiri pernah lumba lari dengan isterinya Aisyah dan Aisyah menang.

Sebenarnya boleh je Nabi menang, tetapi Baginda hanya nak mewujudkan suasana romantik.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
7 Perkara Yang Suami Rahsiakan Dari IsteriPunca Isteri Hilang Hormat Pada Suami
sumber: jakimsabah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/maksud-suami-dayus-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Izin Beli Motor Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus

Minta Izin Beli Motor Siti Sarah Kesal Suami Dituduh Dayus

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 475 hits
Menerusi Instaram Shuib Sepahtu berkongsikan kepada peminatnya impiannya untuk memiliki motosikal idaman jenama Honda Y15ZR akhirnya tercapai selepas mendapat keizinan daripada isterinya The post appeared first on
Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

Diceraikan Suami Selepas Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 352 hits
TUMPAT Tertarik dengan kisah Nabi Muhammad diceritakan oleh guru agama ketika dalam kelas pendidikan Islam ketika di bangku sekolah menyebabkan Ong Po Swan 42 memilih agama Islam Kini menggunakan nama Nur Amalina Ong wanita itu berkata
Ph Lebih Sudu Daripada Kuah Menangi Hati Bukan Islam

Ph Lebih Sudu Daripada Kuah Menangi Hati Bukan Islam

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 361 hits
BANGI 1 Syawal 1440H Rabu Setahun pemerintahan Pakatan Harapan menyaksikan segala kerisauan umat Islam berkenaan ancaman terhadap Islam dan Melayu menjadi realiti kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Muhammad Farid Hussin Menerus
Dukung Tni Dan Polri Ormas Islam Berbagi Opor Dan Ketupat Sayur Di Monas

Dukung Tni Dan Polri Ormas Islam Berbagi Opor Dan Ketupat Sayur Di Monas

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 281 hits
Wakapolres Metro Jakarta Pusat AKBP Arie Ardian Rishadi mengatakan pemberian makanan yang berguna ini untuk meningkatkan semangat anggota yang tengah bertugas
Cerita Idul Fitri Dari Sikka Ntt Kala Umat Islam Sholat Id Di Depan Gereja

Cerita Idul Fitri Dari Sikka Ntt Kala Umat Islam Sholat Id Di Depan Gereja

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 313 hits
Ribuan umat Muslim di Kota Maumere Kabupaten Sikka Flores Nusa Tenggara Timur menunaikan shalat Idul Fitri di depan gereja GMIT Kalvari Maumere Rabu pagi Pantauan Kompas com ribuan umat muslim anak anak hingga orang dewasa mulai mendatangi ...
Ingat Nasib Umat Islam Pada1syawal

Ingat Nasib Umat Islam Pada1syawal

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 283 hits
YB Senator Dato Haji Husain bin Awang Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu merangkap Ahli Dewan Negara KUALA TERENGGANU Detik 1 Syawal disambut dengan gembira di tanah air namun di luar sana masih ada umat Islam yang ditindas dizalimi dan menya...
Saya Tidak Menyesal Wanita Ini Pendam Hasrat 10 Tahun Untuk Memeluk Islam

Saya Tidak Menyesal Wanita Ini Pendam Hasrat 10 Tahun Untuk Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 306 hits
WALAUPUN diceraikan suami selepas mengambil keputusan memeluk Islam namun saya tidak menyesali tindakan itu kerana ketenangan yang diperoleh luar biasa kata Nur Amalina Ong Abdullah 42 Nur Amalina atau nama sebenarnya Ong Po Swan berkata su...
Eratkan Hubungan Sesama Islam Pada Hari Raya Sultan Mizan

Eratkan Hubungan Sesama Islam Pada Hari Raya Sultan Mizan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA TERENGGANU 1 Syawal 1440H Rabu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak menyambut hari raya dengan keseronokan semata mata tetapi hendaklah menyambut hari kebesaran ini mengikut lunas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt