Maksud Sebenar Job Hugging Trend Baru Di Tempat Kerja


Maksud Sebenar “Job Hugging”, Trend Baru Di Tempat Kerja
Dalam dunia kerjaya, kita sering dengar istilah job hopping, iaitu sikap pekerja yang suka lompat kerja untuk mencari tawaran gaji atau peluang lebih baik.
Tetapi kini, muncul pula satu fenomena baharu yang bertentangan, dikenali sebagai job hugging.
Jika job hopping bermaksud cepat berpindah kerja, job hugging pula merujuk kepada pekerja yang ‘berpaut kuat’ pada kerja sedia ada dan enggan mencari peluang lain.
Menariknya, kebanyakan pekerja tidak berbuat demikian kerana setia atau puas hati. Sebaliknya, lebih kepada faktor ketidaktentuan ekonomi, kos sara hidup yang semakin tinggi serta ketakutan kehilangan pekerjaan.
Fenomena ini mula dikenal pasti oleh pakar perunding kerjaya di firma global Korn Ferry yang melihat semakin ramai pekerja memilih untuk kekal di zon selesa walaupun ada peluang lain di luar sana.
Apa itu job hugging dan kenapa ia berlaku? Ringkasnya, job hugging menggambarkan kecenderungan pekerja untuk berpegang erat pada kerja sekarang demi rasa ‘selamat’. Bagi majoriti pekerja, keselamatan lebih penting daripada peluang.
Fenomena ini semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dipercayai akibat:
1. Ekonomi tidak menentu – inflasi, kos sara hidup tinggi dan peluang kerja yang semakin perlahan membuatkan orang lebih berhati-hati.
2. Ketakutan terhadap pengangguran – ramai bimbang tidak mampu mencari kerja baharu jika berhenti.
3. Ancaman teknologi & AI – pekerja risau akan diganti mesin, jadi mereka lebih rela kekal pada kerja yang ada.
4. Manfaat pekerjaan – sesetengah pekerja selesa dengan gaji tetap, faedah kesihatan serta kerja fleksibel yang mereka nikmati sekarang.
Kajian antarabangsa juga menunjukkan kadar pekerja yang rela berhenti (quit rate) menurun ke sekitar 2 peratus sahaja, terendah sejak beberapa tahun lalu.
Risiko jangka panjang job hugging Walaupun nampak selamat, job hugging mempunyai kesan sampingan yang ramai tidak sedar.
Antara yang paling ketara ialah pendapatan yang statik kerana sejarah menunjukkan pekerja yang bertukar kerja biasanya memperoleh kenaikan gaji lebih tinggi berbanding yang kekal.
Duduk terlalu lama di satu tempat boleh menyebabkan pekerja ketinggalan dari segi kewangan.
Selain itu, kecenderungan terlalu selesa juga menjadikan seseorang kurang berminat mengambil cabaran baharu atau menambah kemahiran.
Keadaan ini akhirnya melemahkan nilai pasaran diri apabila majikan mencari pekerja yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Jika terlalu lama berpaut pada satu jawatan, prestasi juga boleh terjejas. Pekerja mungkin lebih fokus pada soal keselamatan berbanding perkembangan, lalu prestasi dan inovasi menjadi semakin merosot.
Dalam jangka masa panjang, majikan mungkin beranggapan pekerja sebegini tidak lagi memenuhi standard yang ditetapkan.
Lebih membimbangkan, trend ini turut memberi kesan kepada pasaran kerja secara menyeluruh. Apabila pekerja berpengalaman enggan bergerak, graduan baharu pula sukar mencari kerja kerana kurangnya kekosongan yang ditinggalkan.
Kena bijak kalau nak job hugging? Di sisi lain, job hugging tidak semestinya membawa kesan negatif jika dilakukan dengan bijak. Pakar kerjaya menasihatkan pekerja untuk menggunakan peluang ini sebagai masa membangunkan diri.
Misalnya, walaupun kekal di syarikat sama, seseorang boleh mengambil kursus, sijil atau latihan baharu untuk meningkatkan kemahiran.
Selain itu, pekerja juga boleh mencari peluang di dalam organisasi seperti memohon kenaikan pangkat, mencuba bidang lain atau menyertai projek baharu.
Sementara itu, membina rangkaian profesional juga amat penting kerana ia membantu membuka pintu apabila peluang baharu datang.
Pendek kata, kalau mahu job hugging, biarlah ia menjadi strategi sementara dan bukan perangkap jangka panjang.
Job hugging sebenarnya mencerminkan realiti semasa, di mana pekerja lebih cenderung kekal di zon selesa kerana takut kepada ketidaktentuan ekonomi.
Tetapi jika terlalu lama berpaut tanpa strategi, ia boleh merugikan kerjaya, gaji dan perkembangan diri.
Oleh itu, jika anda sedang berada dalam fasa job hugging, pastikan anda tetap melabur pada diri, kemahiran dan rangkaian.
BACA: Tip Interview: 3 Kesilapan Terbesar Dalam Resume Calon Temu Duga
Sumber: Forbes, CNBC (1) (2)
The post Maksud Sebenar “Job Hugging”, Trend Baru Di Tempat Kerja appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/maksud-sebenar-job-hugging-trend-baru-di-tempat-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Kerja Tempat Lain La Gaya Macam Orang Kerja Besaq Lam Kerajaan Tapi Otak Kiok

Cari Kerja Tempat Lain La Gaya Macam Orang Kerja Besaq Lam Kerajaan Tapi Otak Kiok

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3233 hits
Iswardy MorniLaju netizen buat kerja Di beri salah tak diberi salah Baik berhenti kerja jela Kay Gaji tu pun di bayar oleh pembayar cukai yang Maha Kaya tu dari puak puak tu kan Sikap rasis ni sebenarnya dari latar belakang dan kemandulan u...
11 Rahasia Etika Profesi Paling Penting Agar Bos Dan Karyawan Dihormati Di Tempat Kerja

11 Rahasia Etika Profesi Paling Penting Agar Bos Dan Karyawan Dihormati Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3759 hits
Rahasia etika profesi adalah kunci agar karyawan maupun bos dihormati di tempat kerja Dari komunikasi integritas hingga cara berpakaian semua detail kecil ikut menentukan profesionalitas seseorang
Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1229 hits
Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta Lelaki bergelar Ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghe...
Ke Hadapan Menteri Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat Dan Penjawat Awam Tinggal Jauh Raripada Tempat Kerja

Ke Hadapan Menteri Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat Dan Penjawat Awam Tinggal Jauh Raripada Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 708 hits
Views 2 Yang naik motorsikal isi minyak 1 tanki penuh dalam perjalanan pergi dan isi 1 tangki penuh dalam perjalanan pulang kerja Jadi 2 kali isi sehari untuk kerja sahaja Jika pulang dari kerja anak minta nak kertas lukisan jam 10 malam ke...
Tak Dapat Hantar Ke Rumah Baru Tapi Mommy Dah Siapkan Bunga Cantik Cantik

Tak Dapat Hantar Ke Rumah Baru Tapi Mommy Dah Siapkan Bunga Cantik Cantik

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2401 hits
Detik seorang ibu merakam video ketika menyiapkan anaknya penuh kasih dan senyuman tidak pernah disangka menjadi kenangan terakhir yang abadi dalam ingatan Dalam sebuah video TikTok berdurasi 27 saat Amelia Kartika Mappatata terpancar rasa ...
Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 5600 hits
PRESTON dan Shahelmey bersama yang lain selepas majlis pelancaran rasmi Sabah FC meterai kerjasama bersejarah dengan adidas KOTA KINABALU Sabah FC melakar sejarah tersendiri apabila menjalin kerjasama rasmi bersama jenama sukan terkemuka du...
Ini Baru Menteri Sme Subject Matter Expert

Ini Baru Menteri Sme Subject Matter Expert

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1492 hits
Bila menteri seorang programmer Bayangkan bila level menteri boleh ssh ke linux console dan buat sendiri Bash Script dan recompile balik kernel Linux ikut selera dia sendiri Jom baca kisah menteri China ni saya dah tentu suka sebab mereka l...
Bengkel Pelarasan Peraturan Baru Penchak Silat Olahraga Tahun 2025 Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching

Bengkel Pelarasan Peraturan Baru Penchak Silat Olahraga Tahun 2025 Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3390 hits
24 Ogos 2025 Ahad Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching dengan kerjasama Biro Teknikal dan Kejurulatihan Rumpun Silat Sarawak telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Peraturan Baru Penchak Silat Olahraga Tahun 2025 di Pusat Latihan Sukan Rumpu...
Roti Sunshine Baru

Roti Sunshine Baru

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1924 hits
Hari tu ternampak lori roti Sunshine ni kat luar stesen minyak Lepas tu terus masuk cari Perut tengah lapar Dalam kereta juga MY buka makan Sekarang ambil Mijan balik sekolah pergi balik ambil masa 45 minit ye Walaupun dekat tapi jauh sebab...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Good Morning

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika