Maksud Halal Dan Toyyiban Dalam Islam


Prinsip asas yang dilandaskan oleh Islam berkenaan pemakanan adalah prinsip boleh guna atau harus guna atas setiap benda. Semua yang diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini atau di dalam perut bumi boleh digunakan oleh manusia demi menjamin kelansungan hidup.


Tiada satu pun yang dicegah atau diharamkan kecuali apa yang telah termaktub dalam nas-nas dalam AlQuran dan hadis-hadis sahih yang diperjelaskan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ini adalah seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud, "Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada dibumi untuk kamu."

Makanan adalah untuk menyediakan khasiat, zat atau nutrien yang secukupnya kepada tubuh manusia.

Budaya pemakanan zaman moden sekarang banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Islam amat mengalakkan penjagaan kesihatan dengan pelbagai nas dari sumber Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.

Setiap hari kita akan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik semasa solat atau diluar solat. Ini jelas membuktikan penjagaan kesihatan amat diutamakan dalam Islam.

Faktor pemakanan yang betul dan sihat adalah amat penting untuk mendapat kesihatan yang terbaik.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesihatan yang baik , tetapi faktor pemakanan yang sihat adalah faktor yang utama sebagaimana satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Perut itu tempat penyakit dan berpantang itu adalah penyembuh yang utama."

Maksud berpantang disini adalah pemilihan makanan yang tertentu iaitu makanan yang menyihatkan amat penting untuk mencegah penyakit. Dengan makanan kita akan menguatkan tubuh fizikal dengan penjanaan tenaga dari makanan.

Makanan yang tidak sihat juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit. Manusia makan untuk kelangsungan hidup, bukan hidup untuk makan, tetapi kadangkala tidak kita sedari ramai manusia yang makan untuk 'mati'.

Ini adalah kerana banyak makanan yang kita makan menyebabkan kita mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, strok, obesiti, kanser dan sebagainya.

Faktor pemakanan adalah berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud, "Wahai Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh."

Produk Halal Tidak Semestinya Baik Untuk Kesihatan

Islam amat menekan pemakanan HALAL dan 'TOYYIBAN' iaitu makanan yang halal lagi baik dan apakah maksud 'toyyiban' ini sebenarnya?

Dari aspek sumber makanan hendaklah makanan itu kita beli atau kita perolehi dari sumber yang halal untuk mendapat keberkatan dari Allah. Oleh kerana itu makanan dari sumber duit yang haram, seperti hasil judi atau rasuah dan sebagainya adalah tidak baik dan tidak berkat.

Disamping faktor ini, maksud 'toyyiban' juga bermaksud baik dari sudut menjaga kesihatan. Kerana makanan yang memudaratkan kesihatan akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi rosak dalam jangka masa panjang.

Badan yang sakit dan tidak sihat akan mengganggu kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai muslim dari aspek ibadah dan pekerjaan seharian.

Makanan halal mungkin akan dilihat melalui persijilan halal oleh pihak berkuasa, tetapi tidak semua makanan yang halal itu 'toyyib' dari sudut kesihatan.

Contohnya, makanan ringan (junk food) adalah halal kerana dibuat dari gandum dan bahan-bahan halal, tetapi dari aspek kesihatan makanan ini tidak sihat dan akan memudaratkan kesihatan kerana tidak mengandungi zat-zat cukup dan hanya mempunyai kalori semata-mata.

Gula pasir juga adalah makanan yang HALAL tetapi kajian menunjukkan gula pasir adalah memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan untuk jangka masa panjang. Oleh itu gula pasir tidak boleh kita kategorikan sebagai makanan 'toyyiban'.

Oleh kerana itu makanan yang baik hendaklah kedua-dua aspek ini dipenuhi iaitu makanan halal dan ianya menyihatkan.

Mungkin kerana inilah apabila perkataan 'halal' disebut dalam AlQuran, akan disambung dengan perkataan 'toyyiban', dengan ini jelaslah keperluan kita umat Islam menitik beratkan faktor makanan yang menyihatkan ini dalam pemilihan makanan seharian kita.

Makanan proses yang kaya dengan gula, tepung gandum, lemak 'trans', pengawet, perwarna, perasa tiruan dan garam berlebihan adalah contoh makanan yang tidak sihat. Makanan proses amat sinonim dengan kehidupan kita sekarang.

Restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan, membawa satu budaya yang kurang sihat dalam masyarakat kita hari ini. Makan tersedia dan makanan segera yang diproses seperti mee segera, makanan tin, makanan sejuk beku, pelbagai jenis biskut, kerepek dan sebagainya amat banyak di pasaran.

Semua jenis makanan ini jika terlalu kerap diambil akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit sebagaimana yang telah terbukti dari kajian sains yang telah banyak dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan. Oleh kerana itu meninggalkan makanan seperti ini juga dituntut oleh Islam demi kesihatan yang baik.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik pemakanan yang halal lagi menyihatkan. Makanan Rasulullah adalah makanan segar seperti buah-buahan seperti kurma segar, tembikai, madu, labu, buah tin dan minyak zaitun.

Baginda juga makan roti yang dikisar sendiri dari gandum dan barli yang kaya dengan serat penuh (wholemeal).

Didalam Al-Quran banyak kali disebut 'buah-buahan' dalam banyak surah-surahnya. Makanan syurga juga adalah terdiri dari pelbagai jenis buah-buahan. Kenapa buah-buahan ini selalu di sebut dalam AlQuran? Sudah pasti ada banyak kelebihannya dari sudut kesihatan.

Sekarang dengan ribuan kajian yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan tentang khasiat buah-buahan menjaga kesihatan yang baik, terbuktilah bahawa apa yang dinyatakan oleh Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu lagi.

Satu lagi aspek yang penting dalam soal pemakanan seharian adalah jumlah makanan yang kita makan setiap hari.

Rasulullah tidak melampau dalam jumlah makanan yang dimakan sebagaimana sabdanya dalam satu hadis yang bermaksud:

"Kami adalah kaum yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang."

Islam amat menekankan konsep bersederhana dalam mengambil makanan dan amat mengeji perbuatan membazir dalam pemakanan. Melampau dan berlebih-lebihan semasa makan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan juga masalah obesiti.

Oleh itu, makan secara sederhana amat selari dari aspek kesihatan dan tuntutan Islam.

Sebagai muslim yang sejati, pemakanan yang halal dan toyyiban adalah panduan yang amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan rezeki dari Allah dan mendapat kesihatan yang terbaik. Insyaallah.

#Penulis ialah Dr Norman Mohd Norawi, Pakar Kecantikan (Aesthetic), Anti Penuaan dan Perubatan Regeneratif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Adakah Semua Lemak Tidak Baik Untuk Kesihatan?Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/maksud-halal-dan-toyyiban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Islam Teori Oliver Roy Dan Saranan Al Maududi

Politik Islam Teori Oliver Roy Dan Saranan Al Maududi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 439 hits
LATAR belakang Sebelum ini saya ada menulis mengenai tulisan tulisan Barat tentang kegagalan politik Islam khususnya yang ditulis oleh Oliver Roy dan penulis penulis yang sealiran dengannya 1 Mereka menggambarkan kegagalan itu atas acuan Is...
Siapa Nga Kor Ming Nak Ajar Islam Mengenai Akhlak

Siapa Nga Kor Ming Nak Ajar Islam Mengenai Akhlak

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 316 hits
SAYA nasihatkan umat Islam perlu sentiasa peka dan cerdik di dalam membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku Janganlah mudah tertipu dan terpedaya dengan penggunaan istilah Bahasa Arab yang digunakan oleh Nga Kor Ming Kajila...
Eric Paulsen Ektremis Tak Layak Dalam Kerajaan Daulatkan Islam

Eric Paulsen Ektremis Tak Layak Dalam Kerajaan Daulatkan Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 456 hits
Pengarah Undang Undang Fortify Liberty Eric Paulsen tidak sepatutnya berada di dalam mana mana jawatankuasa kerajaan yang mendaulatkan Islam Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris berkat...
Pkm Parlimen Kuala Terengganu Tempatkan Pegawai Urus Keperluan Masyarakat Bukan Islam

Pkm Parlimen Kuala Terengganu Tempatkan Pegawai Urus Keperluan Masyarakat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 317 hits
Dari kiri Muhammad Khalil Ahmad Amzad Wan Sukairi dan Mohd Soud di hadapan PKM Parlimen Kuala Terengganu Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 15 Jun Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah memperluas organisasi dengan mena...
Tindakan Saifuddin Bikin Mp Pas Heret Umat Islam Nyatakan Bantahan Kepada Kerajaan Pn

Tindakan Saifuddin Bikin Mp Pas Heret Umat Islam Nyatakan Bantahan Kepada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 303 hits
Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengajak umat Islam di Malaysia menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia Menurutnya apa jua motif dan tujuan yang ingin dicap...
Jangan Cakap Banyak Khabib Bagaimana Gusti Dalam Islam

Jangan Cakap Banyak Khabib Bagaimana Gusti Dalam Islam

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 478 hits
SUKANJangan cakap banyak KhabibLONDON Khabib Nurmagomedov akhirnya bersuara selepas musuhnya Conor McGregor mengumumkan persaraan daripada MMA buat kali ketiga McGregor membuatkan peminatnya pening kepala minggu lalu apabila mengumumkan dia...
Lagu Balonku Dianggap Ajak Anak Benci Islam Habib Husein Jangan Nuduh

Lagu Balonku Dianggap Ajak Anak Benci Islam Habib Husein Jangan Nuduh

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 439 hits
Habib Husein Ja far al Hadar angkat bicara terkait beredarnya video ceramah yang menuduh lagu Balonku mengajak anak anak untuk benci Islam Ia pun melayangkan teguran keras kepada mereka yang menyebarkan tuduhan tersebut Melalui akun Twitter...
Beredar Ceramah Ustadz Sebut Lagu Balonku Ajarkan Anak Benci Islam

Beredar Ceramah Ustadz Sebut Lagu Balonku Ajarkan Anak Benci Islam

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 270 hits
Sebuah video berisi potongan ceramah Ustadz Zainal Abidin kembali beredar di linimasa sosial media Ustadz Zainal mengatakan bahwa lagu berjudul Balonku dan Naik Naik ke Puncak Gunung mengajarkan anak anak membenci Islam Potongan isi ceramah...
Tunjukkan Islam Baik

Tunjukkan Islam Baik

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 470 hits
Wan Ji Wan Hussin Saya kadang kala rasa takut tambah gerun apabila dengar ada sebilangan orang agama tertentu yang bermain politik sehingga sanggup menuduh orang yang tidak sealiran politik dengan mereka sebagai ahli neraka Di Malaysia mala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah