Makna 30 September Pada Asia Tenggara




Perayaan Hari Malaysia pada 16 September lalu tidaklah semeriah yang diharapkan kerana jerebu mula melanda negara, melibatkan Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Walaupun terdapat titik panas di Sarawak tetapi jerebu itu kebanyakannya berpunca dari Kalimantan dan Sumatera, Indonesia
Maka rakyat Malaysia berasa tidak senang kepada Indonesia. Sementara Jakarta juga bersikap defensif dengan menyatakan ada syarikat milik rakyat Malaysia yang turut disyaki menjadi punca pada kebakaran hutan
Selepas tarikh 16 September itu, berakhirlah sambutan Bulan Kemerdekaan di Malaysia yang dikira bermula dari 17 Ogos tetapi seringkali ia diserlahkan mulai 1 Ogos. Dari tarikh itu, Jalur Gemilang dikibar, acara sambutan diadakan dan kisah sejarah negara diungkapkan baik melalui media konvensional mahupun dalam dunia maya. Selepas tarikh itu cakap-cakap mengenai sejarah negara dihentikan tetapi akan diulang semula pada Bulan Kemerdekaan tahun depan
Tetapi ada satu tarikh bersejarah yang berlaku di Indonesia pada 30 September 1964 yang memberi kesan besar pada bukan saja Malaysia dan Singapura tetapi juga seluruh Asia Tenggara, benua Asia, malah dunia
Tarikh itu ialah apa yang dinamakan Indonesia ketika pemerintahan Presiden Suharto sebagai Peristiwa Gerakan 30 September/Parti Komunis Indonesia (PKI) atau Gestapu G30S/PKI
Bermula pada tarikh itu, pergolakan yang hebat berlaku di Indonesia, PKI bukan saja disingkirkan daripada arus perdana politik, tetapi juga diharamkan dan beribu-ribu ahli, penyokong dan simpatisannya dibunuh dan ditahan, antaranya ke Pulau Buru termasuk sasterawan terkenal Pramoedya Ananta Toer
Maka jatuhlah tata politik Presiden Sukarno di Indonesia, dan digantikan dengan apa yang dinamakan sebagai Orde Baru pimpinan Suharto. Kesan pergolakan itu sampai ke Malaysia dan Singapura. Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia ditamatkan. Hubungan bukan saja pulih tetapi menjadi lebih kuat ketika Tun Razak menjadi perdana menteri. Perkembangan politik akibat peristiwa G30S/PKI juga membawa kepada penubuhan Asean dengan hubungan baik Malaysia dan Indonesia sebagai tulang belakangnya
Melihat kembali Bulan Kemerdekaan, kemuncaknya ialah Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.. Sememangnya banyak peristiwa politik bersejarah berlaku pada Malaysia. Tetapi hakikatnya ia bermula dari 22 Julai yang mana Sarawak menyambut Hari Kemerdekaannya daripada British
Ini diikuti dengan 9 Ogos iaitu hari pemisahan Singapura daripada Malaysia. Ia disambut sebagai Hari Kebangsaan republik itu. Malaysia tentunya tidak menyambut tarikh itu. Tetapi pada 9 Ogos 1965, bukan saja Singapura membentuk jati dirinya tetapi juga Malaysia yang ditinggalkannya. Bentuk Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September sudah ditukar secara berbeza apabila Singapura keluar. Ini kerana ketika Malaysia ditubuhkan, tonggak kenegaraan ini berupa pasangan Malaya-Singapura. Tetapi selepas Singapura keluar, negara ini berorientasikan Kuala Lumpur
Tarikh yang bermakna selanjutnya ialah 17 Ogos. Secara rasmi ia tiada kaitan dengan Malaysia kerana ia merupakan Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan Indonesia. Cumanya tarikh itu dikira bermula Bulan Kemerdekaan kerana hendak sampai pada penghujungnya iaitu 16 September
Namun begitu, tarikh 17 Ogos 1945 itu pernah mempunyai erti besar pada sebahagian penduduk Malaya. Ini kerana ada pemuda Malaya yang turut menyertai Revolusi Indonesia untuk menentang Belanda seperti yang pernah diceritakan dalam cerpen Sasterawan Negara, Keris Mas
Lagipun ketika Jepun di ambang menyerah kalah, satu usaha dari para pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) berjumpa Sukarno untuk merundingkan perisytiharan kemerdekaan Malaya bersama Indonesia pada 1945
Walaupun KMM gagal mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos bersama indonesia, parti politik Melayu pertama di Malaya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) memperjuangkan penyatuan gagasan Melayu Raya yang bermaksud penggabungan Malaya dan Indonesia dengan slogan Malaya-Indonesia Satu
Seperti yang diceritakan Ahmad Boestamam dalam memoirnya, aktivis PKMM merayakan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Pertama Indonesia dengan mengadakan perarakan pada 17 Ogos 1946 yang membawa kepada penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API), pertubuhan yang pertama diharamkan oleh British apabila Darurat diisytiharkan
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Indonesia di bawah Sukarno adalah antara negara paling awal mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tarikh 31 Ogos adalah juga Hari Kemerdekaan Singapura dan Sabah pada 1963 yang pada mulanya tarikh bagi penubuhan Malaysia. Tetapi penangguhan dibuat kerana menunggu keputusan referendum
Ketika itu Indonesia membantah penubuhan Malaysia. Apabila ia diisytiharkan pada 16 September 1963, Sukarno melancarkan dasar Ganyang Malaysia. Pada masa itu, pemerintahan Sukarno didokong oleh gagasan Nasakom iaitu gabungan nasionalis, agama dan komunis yang terdiri daripada Parti Nasional Indonesia (PNI), Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) dan PKI
Gabungan Nasakom ini tumbang dengan berlaku peristiwa Gestapu G30S/PKI. Apa yang berlaku pada malam itu adalah penuh kontroversi. Naratif yang dikemukakan oleh Orde Baru ialah sekumpulan tentera dalam kalangan penyokong komunis cuba merampas kuasa dengan membunuh jeneral tetapi ia dapat dipatahkan. Akibat itu PKI dipersalahkan dan keseluruhan pendokong komunis di seluruh negara diburu, dibunuh dan ditangkap bukan saja oleh tentera tetapi orang ramai terutamanya di kalangan kumpulan Islam
Kejatuhan komunisme mengubah landskap geopolitik Asia Tenggara. Indonesia di bawah Suharto menjadi pro-Barat. Jakarta menamatkan Konfrontasi dan memulihkan hubungannya dengan Malaysia
Rasional penubuhan Malaysia untuk menyelamatkan Singapura, Sarawak dan Sabah daripada jatuh kepada komunis sudah tidak relevan. Dengan tamatnya konfrontasi, adalah mudah bagi Malaysia menumpaskan gerila Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) dan Partu Komunis Kalimantan Utara (PKKU) kerana kedua-dua pertubuhan itu juga sudah tidak relevan
Tetapi usaha mempertahankan kestabilan Asia Tenggara dilakukan dengan penubuhan Asean dengan Indonesia dan Singapura turut menjadi anggota pertubuhan serantau yang sebelum£ ini terdori daripada Malaya, Thailand dan Filipina. Asean juga ditubuhkan pada Ogos iaitu 8 Ogos 1967
Tetapi hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Indonesia berlaku selepas Tun Razak menjadi perdana menteri dengan rancangan untuk mengukuhkan kedudukan orang Melayu selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memperbanyakkan sekolah menengah kebangsaan dan penggunaan bahasa Melayu untuk pendidikan sains menuntut pengambilan banyak tenaga pengajar dari Indonesia
Tun Razak dan Suharto turut menjayakan program pelaksanaan penggunaan ejaan yang seragam bagi bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia supaya bahasa Melayu dapat dimajukan sebagai bahasa Asia Tenggara yang digunakan dengan luas dan mengikut kemajuan zaman
Asean kemudiannya menjadi benteng kepada kemaraan komunis di Indochina. Kini akhirnya Asean turut mencakupi Vietnam dan Laos yang masih berada dalam pemerintahan komunis tetapi sudah merupakan sebahagian daripada sistem politik dan ekonomi arus perdana dunia. Semua bermula dengan peristiwa berdarah yang berlaku pada malam 30 September 1965 itu. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/z2Rm1NtEtpg/makna-30-september-pada-asia-tenggara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyakit Polio Wujud Kembali Di Asia Tenggara

Penyakit Polio Wujud Kembali Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 776 hits
Setelah 19 tahun negara negara Asia Tenggara disahkan bebas polio oleh World Health Organization saintis Filipina mengumumkan kewujudan kembali penyakit ini di negara tersebut Seorang kanak kanak berusia 3 tahun dari Lanao del Sur telah dis...
Kuala Lumpur Tersenarai Top 5 Bandar Terkaya Di Asia Tenggara

Kuala Lumpur Tersenarai Top 5 Bandar Terkaya Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 260 hits
Kuala Lumpur yang merupakan sebuah bandar metropolitan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara mempunyai kepadatan sehingga kira kira 1 73 juta penduduk Menjadi bandar terbesar di Malaysia tidak dapat disangkal lagi kepesatan ekonomi ...
Gelaran Business Matching Pengusaha Se Asia Tenggara Incar Komitmen Rp 1 4 Triliun

Gelaran Business Matching Pengusaha Se Asia Tenggara Incar Komitmen Rp 1 4 Triliun

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 181 hits
Jaringan Pengusaha Nasional bersama Young Entrepreneur Network Development akan menggelar kegiatan business matching bagi pengusaha se kawasan Asia Tenggara di Hotel JW Marriott Jakarta Nilai komitmen ditarget bisa mencapai USD 100 juta ata...
Tetapkan Misi Untuk 2025 Grab Manfaatkan Teknologi Demi Kebaikan Di Asia Tenggara

Tetapkan Misi Untuk 2025 Grab Manfaatkan Teknologi Demi Kebaikan Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 186 hits
Grab for Good memiliki tujuan memberdayakan lebih banyak masyarakat Asia Tenggara untuk menciptakan dunia masa depan
Grabfood Sebut Kuasai Pangsa Pasar Di Asia Tenggara

Grabfood Sebut Kuasai Pangsa Pasar Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 207 hits
GrabFood berdasarkan penelitian pasar oleh Kantar mengklaim sebagai platform pengiriman makanan paling sering digunakan di enam negara Asia Tenggara Layanan milik Grab ini beroperasi di Indonesia Singapura Malaysia Filipina Thailand dan Vie...
Buda Terlepas Mr Asia

Buda Terlepas Mr Asia

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 232 hits
ATLET bina badan negara Buda Anchah terpaksa akur dengan apabila tewas dalam dua acara disertainya pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2019 yang berlangsung di Batam Indonesia hari ini Walaupun cemerlang mara ke final atlet berpe...
Ini Pm Tak Malu Di Pbb Ekonomi M Sia Tercorot Asia

Ini Pm Tak Malu Di Pbb Ekonomi M Sia Tercorot Asia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 231 hits
Mahathir bentang pencapaian kerajaan BN di PBBMahathir dengan bangga di NEW YORK mengatakan Malaysia berjaya meningkatkan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan selama bertahun tahun selain berjaya mengurus dan mengekalkan sumbernya iaitu deng...
4 Peserta Malaysia Bakal Berentap Di Golden Memories Asia

4 Peserta Malaysia Bakal Berentap Di Golden Memories Asia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 394 hits
Setelah berjaya menggelar program pencarian bakat D Academy Asia buat julung kalinya pihak Indosiar membuat satu program pencarian bakat bertingkat asia yang diberi nama Golden Memories Asia Golden Memories Asia merupakan satu program penca...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024