Makmum Menyangka Imam Terkurang Rakaat



Soalan:
Pernah terjadi di surau saya selepas solat fardhu Isyak ketika orang ramai mula nak bangun untuk buat solat tarawih ada orang yang mengatakan bahawa solat imam tidak sah kerana imam buat 3 rakaat bukan 4 rakaat. Apabila ditanya kepada imam, dia yakin yang dia buat 4 rakaat. Hampir separuh jemaah surau yakin yang imam tadi buat 4 rakaat. Cuma ada yang tidak berpuas hati mengatakan imam buat 3 rakaat bukan 4 sehinggakan mereka marah-marah dan membentak. Perkara ini menimbulkan kekacauan di dalam kalangan jemaah surau. Adakah imam perlu mengulangi semula solatnya? Apa pandangan ustaz berkenaan isu ini?

Jawapan:
Pada asasnya, makmum wajib untuk mengikut imam di dalam setiap pergerakan ketika solat berjemaah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sabda Nabi SAW:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ
“Imam (di dalam solat) itu dijadikan untuk diikuti. Jangan kalian bercanggahan dengan imam. Apabila dia rukuk maka rukuklah. Apabila dia menyebut سمع الله لمن حمده (Allah Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya) maka katakanlah ربنا لك الحمد (Tuhan kami bagi Engkau segala pujian). Apabila dia sujud maka bersujudlah. Apabila dia solat secara duduk maka solatlah kalian semua secara duduk.” [Riwayat Al-Bukhari (722) & Muslim (962)]

Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyebut bahawa makmum wajib untuk mengikut imam ketika takbir, qiyam,rukuk, sujud dan lain-lain. Makmum perlu mengangkat takbir sejurus selepas imam melakukannya. Jika makmum melakukan apa-apa pergerakan solat sebelum imam selesai maka tidak sah solatnya. (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim, 4/131).

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, imam tidak perlu untuk mengulangi solatnya jika dia meyakini dia telah menyempurnakan rakaat. Ini ditambah lagi dengan pengakuan dari sebahagian besar jemaah yang mengatakan bahawa imam telah menyempurnakan rakaatnya dengan sempurna tanpa ada pengurangan. Perkara ini berdasarkan kepada kefahaman daripada peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah R.A. Beliau berkata:

صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ أَوْ الْعَصْرَ فَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَقَصَتْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَحَقٌّ مَا يَقُولُ قَالُوا نَعَمْ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أُخْرَيَيْنِ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ
Nabi SAW pernah solat zohor atau asar bersama kami. Kemudian Baginda memberi salam. Lantas Zul Yadaini (yang mempunya dua tangan yang panjang)[1] berkata: “Wahai Rasulullah, adakah solat telah berkurang (rakaatnya)?” Maka Nabi SAW berkata kepada para sahabat Baginda: “Adakah benar apa yang dikatakan oleh Zul Yadain?” Para sahabat menjawab: “Ya, benar.” Lalu Rasulullah menyambung dua rakaat yang berbaki kemudian sujud dua kali. [Riwayat Al-Bukhari (1151)]


Daripada hadis ini, dapat kita fahami jika ramai yang bersetuju bahawa imam terkurang rakaatnya dan imam meyakini bahawa memang dia meninggalkan rakaat maka wajib bagi imam untuk menyempurnakan rakaat yang berbaki dan kemudian melakukan sujud sahwi. Adapun jika imam sudah meyakini bahawa dia telah melakukan rakaat dengan sempurna tanpa ada pengurangan dan jumlah yang syak terhadap solatnya itu sedikit maka imam perlu beramal dengan apa yang dia diyakini. (Rujuk Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam Al-Syafi’i, 2/388)

Ini dikuatkan lagi dengan pernyataan daripada Imam Al-Nawawi. Beliau berkata jika imam bangun dan dia meyakini bahawa ketika itu adalah rakaat yang keempat sedangkan ada yang menyangka bahawa imam terlebih rakaat dan dia menegur imam. Maka pada ketika itu imam tidak perlu untuk mengikut kata mereka. Dia beramal dengan apa yang dia yakini. (Rujuk Raudhah Al-Tolibin Wa ‘Umdah Al-Muftin, 1/308).

Abu Al-Fath Muhammad Al-Aqfahsi menyatakan bahawa jika imam sudah meyakini bahawa dia telah menyempurnakan rakaat, makmum tidak boleh menganggunya. Dia boleh bertasbih untuk menegur namun tidak wajib bagi imam untuk mengikutnya. Ini kerana imam telah meyakini apa yang telah dia lakukan. Maka makmum yang syak itu apabila imam memberi salam dia perlu mufaraqah dan bangun menyempurnakan rakaat yang dirasakan kurang. (Rujuk Al-Qaul Al-Tamm Fi Ahkam Al-Ma’mum Wa Al-Imam, hlm 80)

Bagi makmum yang syak terhadap jumlah rakaat yang telah dilakukan oleh imam dan syaknya itu berterusan sehinggalah imam selesai solat. Dalam keadaan dia tidak mufaraqah dan menambah rakaat, maka tidak sah solatnya dan dia perlu mengulangi semula solatnya.

Kesimpulannya, imam tidak perlu mengulangi solat jika dia telah meyakini jumlah rakaat yang telah dilakukan. Ditambah pula dengan pangkuan sebahagian besar jemaah yang mengatakan bahawa imam telah menyempurnakan jumlah rakaat. Bagi makmum yang syak, jika dia berterusan syak sehingga imam selesai solat dalam keadaan dia tidak mufaraqah dan menambah rakaat maka solatnya tidak sah. Dia perlu mengulangi semula solatnya. Wallahu’alam.

Nota: [1] Nama sebenar beliau Al-Khirbaq Al-Sulami (Rujuk Irsyad Al-Sari Li Syarh Sohih Al-Bukhari , 2/365)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/makmum-menyangka-imam-terkurang-rakaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pecat 25 Imam Kereta Mufti Perlis Dibakar Ini Pembakar Diberkas

Isu Pecat 25 Imam Kereta Mufti Perlis Dibakar Ini Pembakar Diberkas

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 342 hits
Dalam kejadian pada 22 Mac lalu kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat Lelaki bakar kereta Mufti Perlis diberkas Mee Tomoi diburuKANGAR 19 M...
Rekapitulasi Nasional Kpu Malam Ini Rampung Polisi Sterilkan Jalan Imam Bonjol

Rekapitulasi Nasional Kpu Malam Ini Rampung Polisi Sterilkan Jalan Imam Bonjol

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 135 hits
Maluku menjadi Provinsi terakhir yang dibacakan dalam rapat pleno hasil rekapitulasi nasional malam ini di KPU Bersamaan dengan itu Jalan Imam Bonjol di kedua arahnya berangsur disterilkan oleh aparat keamanan
Tukar Imam Punca Kereta Dr Asri Dibakar

Tukar Imam Punca Kereta Dr Asri Dibakar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 362 hits
Tukar imam punca kereta Dr Asri dibakar Posted By on May 25 2019Pemecatan 25 imam di Perlis oleh pihak berkuasa agama negeri awal tahun ini menjadi motif jenayah khianat membakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata polis Moh...
Pesanan Imam Syafi I Untuk Di Jadikan Pegangan

Pesanan Imam Syafi I Untuk Di Jadikan Pegangan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 300 hits
Bila kamu tak tahan penatnya belajar maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah kalau Allah saja ia tinggalkan apalagi kamu Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah hendaklah ia selalu ber...
Mencari Kurta Plus Size Untuk Hari Raya Di Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Mencari Kurta Plus Size Untuk Hari Raya Di Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1186 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Situasi yang orang bersaiz comel macam Maha ini adalah nak mencari baju bila beli belah Tak kira kat mana mana kedai semua tak ada saiz yang besar ...
Pemuda Dipenjara Akibat Tikam Imam Di Masjid

Pemuda Dipenjara Akibat Tikam Imam Di Masjid

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 387 hits
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 41 bulan oleh Mahkamah Majistret Besut Terengganu pada Khamis kerana menikam imam Keputusan itu dibuat oleh Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat selepas tertuduh Muhammad Khairil Nawi 24 men...
Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 312 hits
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan 4 rakaat di dalam hadith ini Daripada Nu aim bin Hammar RA bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT firman Allah SWT Wahai anak Adam Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu N...
Lelaki Tikam Imam Dipenjara 41 Bulan

Lelaki Tikam Imam Dipenjara 41 Bulan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 315 hits
Lelaki tikam imam dipenjara 41 bulanMahkamah Majistret Besut hari ini menjatuhkan hukuman penjara 41 bulan terhadap seorang lelaki yang menikam imam di Masjid Kampung Apal baru baru ini Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat...
Penganggur Tikam Imam Baca Al Quran Di Penjara 41 Bulan

Penganggur Tikam Imam Baca Al Quran Di Penjara 41 Bulan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 345 hits
BESUT Perbuatan gila seorang penganggur yang tergamak menikam seorang imam hanya kerana tidurnya diganggu bacaan al Quran mangsa pada Ahad lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lima bulan atau 41 bulan oleh Mahkamah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching