Tukar Imam Punca Kereta Dr Asri Dibakar



Tukar imam punca kereta Dr Asri dibakar?Posted By: Pentadbiron: May 25, 2019 Print EmailPemecatan 25 imam di Perlis oleh pihak berkuasa agama negeri awal tahun ini menjadi motif jenayah khianat membakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kata polis.Mohd Asri dianggap otak di belakang pemecatan itu walaupun beliau menjelaskan tiada kuasa untuk berbuat demikian, kata polis berdasarkan hasil siasatan kes setakat ini.Semasa 25 imam itu dipecat Januari lalu, Mohd Asri berkata keputusan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kelulusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang secara tidak langsung terletak di bawah Istana Perlis.Katanya ketika itu, hanya dengan titah dan perkenan istana sahaja urusan berkaitan pelantikan dan pemecatan imam boleh dilaksanakan.Siasatan polis menunjukkan suspek membakar kereta mufti pada 22 Mac lalu selepas mereka tidak dapat menjalankan pelan asal iaitu menyimbah asid pada mukanya.Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd memberitahu The Malaysian Insight maklumat motif itu diperoleh daripada lima suspek yang kini ditahan reman.“Suspek menyimpan dendam. Mereka percaya Mohd Asri bertanggungjawab memecat 25 imam dan memindahkan 10 yang lain,” kata Noor Mushar.Awal Januari lalu, tular sepucuk surat pemecatan 25 imam kariah di Perlis sementara 10 yang lain ditukar kariah. Surat JAIPs itu bertarikh 31 Disember 2018 dan tidak menyatakan alasan tindakan.Dalam penjelasannya pada masa itu, Mohd Asri berkata tindakan terhadap imam – yang menurut laporan media berumur antara 60 hingga 88 tahun – bertujuan meremajakan masjid dengan mengangkat anak muda lulusan tahfiz dan yang layak sebagai imam.Katanya, ada antara imam yang dipecat itu bacaan al-Quran mereka tidak sempurna selain ada juga yang mempunyai masalah disiplin tidak mengikut jadual dan arahan tugas.Walaupun polis sudah menahan suspek, Noor Mushar berkata mereka masih mencari dalang utama.Semalam, BH melaporkan polis menahan suspek yang disyaki dalang utama yang dikenali sebagai Zaini. Polis juga masih memburu seorang lagi suspek dikenali dengan nama Mie Tomoi.Polis percaya suspek diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut oleh seseorang atau kumpulan yang berdendam dengan Mohd Asri.Sebelum tangkapan terakhir, seorang suspek ditahan pada Sabtu lepas sementara tiga ditahan pada Selasa.Noor Mushar juga memberitahu polis sudah mengenal pasti lokasi suspek utama yang mahu menyimbah asid ke muka Mohd Asri.“Kita akan buat tangkapan tidak lama lagi. Kita sudah kenal pasti. Dia ada di Perlis,” katanya.Suspek pertama yang ditahan, seorang penganggur berumur 36 tahun, mengaku diupah RM500 oleh seorang individu untuk melakukan jenayah khianat itu.Ketua Jabatan Unit Amal PAS Mohd Nazree Mohd Aris mengesahkan anggotanya antara yang ditahan tetapi mendakwa mereka tidak terlibat dengan jenayah yang disiasat.Nazree mempersoalkan tindakan pengendali akaun Facebook Mufti Perlis yang memuat naik gambar suspek yang ditahan, bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang, semalam.Mohd Asri kemudian memadamkan posting berkenaan dan meminta maaf atas salah faham yang berlaku, yang tidak diniatkan untuk mengaitkan Hadi dengan jenayah yang sedang disiasat oleh polis.Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun menyifatkan permohonan maaf itu tidak memadai sebaliknya menuntut Mohd Asri mendedahkan identiti pengendali akaun Facebook itu dan mengambil tindakan wajar ke atas mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/tukar-imam-punca-kereta-dr-asri-dibakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pecat 25 Imam Kereta Mufti Perlis Dibakar Ini Pembakar Diberkas

Isu Pecat 25 Imam Kereta Mufti Perlis Dibakar Ini Pembakar Diberkas

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 355 hits
Dalam kejadian pada 22 Mac lalu kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat Lelaki bakar kereta Mufti Perlis diberkas Mee Tomoi diburuKANGAR 19 M...
Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal Pegawai Asri Persoal Pas

Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal Pegawai Asri Persoal Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 361 hits
PETALING JAYA Pegawai Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoal peranan Unit Amal PAS selepas pendedahan penglibatan individu yang mempunyai kedudukan penting dalam parti Islam itu dalam perbuatan membakar kereta rasmi mufti tersebut ...
Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 796 hits
Lumrah isteri nak yang terbaik untuk keluarganya Segala persiapan balik raya di kampung dah tersusun rapi dalam kepala isteri Apa yang perlu dibawa banyak mana baju yang perlu dibawa pulang ke kampung semuanya sudah difikirkan awal Jangan k...
Tempah Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Untuk Percutian Lebih Seronok

Tempah Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Untuk Percutian Lebih Seronok

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 468 hits
Kota Kinabalu Sabah negeri yang masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang mungkin anda...
Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 872 hits
Sebelum ini pemandu kereta Honda City S mendedahkan dia dikasari oleh ejen penarik kereta dan mendakwa penarik kereta tersebut lagak tidak ubah seperti penyamun sehingga menyebabkan dia terpaksa menyembur racun seranggan ke arah mereka BACA...
Kereta Sewa Di Kota Kinabalu

Kereta Sewa Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 595 hits
Ingin bercuti dalam suasana yang aman dan cantik bagaikan sedang berada di luar negara tetapi bajet tidak cukup Apakata jika anda ke Kota Kinabalu Sabah Di Kota Kinabalu anda akan merasai pengalaman bagaikan sedang berada di negara yang lai...
Majlis Perkahwinan Unik Apabila Pengantin Perempuan Tiba Dengan Menaiki Kereta Kerbau

Majlis Perkahwinan Unik Apabila Pengantin Perempuan Tiba Dengan Menaiki Kereta Kerbau

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 726 hits
Setiap orang pasti punya majlis perkahwinan idaman Ada orang yang telah merancangnya selama bertahun tahun lamanya Mereka mahu apa yang direncana tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut kehendak dan impian mereka Kata orang perkahwinan...
Video Aku Datang Dengan Kereta Dia Datang Ke Masjid Dengan Berguling

Video Aku Datang Dengan Kereta Dia Datang Ke Masjid Dengan Berguling

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 340 hits
Aku datang dengan kereta dia datang ke masjid dengan berguling Setiap insan sudah ditentukan dengan nasib yang berbeza beza Ada yang dilahirkan serba sempurna anggota fizikalnya malah ada juga yang kurang berupaya Namun sekiranya golongan k...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti