Maklumat Tentang Bendera Malaysia


Maklumat Tentang Bendera Malaysia | Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanahair. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah


Kenali Bendera Malaysia Jalur Gemilang
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. 
Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)


Warna Merah pada Jalur Gemilang melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Warna Putih pada Jalur Gemilang melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.

Warna Biru pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Warna Kuning pada Jalur Gemilang melambangkan kedaulatan raja berpelembagaan.
Sejarah Bendera Malaysia
Pada 29 November 1949, Majlis Raja Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. 
Dalam pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. 
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. 
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. 
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950. 
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. 
Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali sebagai Bendera Malaysia. Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut. 
Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang. 
Sumber : Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)
Pengertian Di Sebalik Nama Jalur Gemilang
Tahukah anda maksud di sebalik nama Jalur Gemilang. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawap dan prihatin, kita perlulah mengambai tahu maksud nama Jalur Gemilang

Jalur membawa maksud Bendera Malaysia yamg mempunyai 14 jalur Merah dan Putih. Lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan juga negara.

Gemilang membawa maksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Ianya melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia serta kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang dan jelas

Soalan Tentang Bendera Malaysia 
Apakah nama Bendera Malaysia?- Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang

Apakah warna Bendera Malaysia?- Bendera Malaysia mempunyai empat warna iaitu merah, biru, putih dan kuning

Terdapat berapa jalur pada Bendera Malaysia?- Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur

Apakah warna bulan dan bintang pada bendera Malaysia?- Warna bulan dan bintang pada Bendera Malaysia ialah warna kuning

Maksud warna biru pada Bendera Malaysia?- Maksud warna biru pada Bendera Malasia ialah perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Apakah maksud warna merah pada Bendera Malaysia?- Maksud warna merah pada Bendera Malaysia ialah keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan. 
Apakah maksud warna kuning pada Bendera Malaysia?- Maksud warna kuning pada Bendera Malaysia ialah kedaulatan raja berpelembagaan

Apakah maksud warna putih pada Bendera Malaysia?Maksud warna putih pada Bendera Malaysia ialah kesucian, keikhlasan dan kesungguhan

Apakah maksud bintang pecah 14 pada Bendera Malaysia?- Maksud bintang pada Bendera Malaysia ialahperpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. 
Apakah maksud anak bulan pada Bendera Malaysia?- Maksud anak bulan pada Bendera Malaysia ialah agama islam sebagai agama rasmi negara

Siapakah pencipta Bendera Malaysia?- Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah, seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya di Johor dalam satu pertandingan yang diadakan pada tahun 1949.

Bilakah nama baru Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang diumumkan?- Nama baru Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang diumumkan pada 31 Ogos 1997 bersempena hari kemerdekaan negara ke 40

Siapakah yang mengumumkan nama baru Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang?- Nama baru Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. 
Bilakah Jalur Gemilang mula-mula dikibarkan kepada masyarakat di Tanah Melayu? 
- Jalur Gemilang mula-mula dikibarkan kepada masyarakat di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Di manakah Jalur Gemilang dikibarkan semasa pengistiharan kemerdekaan? - Jalur Gemilang dikibarkan di Stadium Merdeka semasa pengistiharan kemerdekaan. 
Ok itu saja perkongsian KakYa kalini sempena bukan kemerdekaan Malaysia. Semoga memberi manfaat buat kita semua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/08/maklumat-tentang-bendera-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 590 hits
Sejauh mana pengetahuan anda tentang Malaysia dan kemerdekaan Malaysia yang mendatang ini Jom uji sendiri dengan jawab kuiz di bawah Antara soalan yang dikemukakan untuk anda menjawab Terdapat 25 soalan kesemuanya di akhir kuiz boleh nilai ...
Makna Di Sebalik Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia

Makna Di Sebalik Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 1368 hits
Makna Di Sebalik Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia Bendera Malaysia telah diperkenalkan pada Tahun 1950 Pada tahun Tahun 1997 naman Bendera Malaysia telah ditukar kepada Jalur Gemilang bersempena Hari Kemerdekaan yang ke 40 Tahukah an...
Sejarah Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Sejarah Bendera Malaysia Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 1365 hits
Salam semua Video ini merupakan aktiviti perjumpaan mingguan secara dalam talian bagi Kelab Rukun Negara sekolah saya Kuiz juga disertakan menggunakan Google Form Kuiz Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini video ini boleh digunakan...
Tiada Maklumat Warga Malaysia Jadi Pejuang Daesh Di Afghanistan

Tiada Maklumat Warga Malaysia Jadi Pejuang Daesh Di Afghanistan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 140 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Polis Diraja Malaysia mengesahkan tidak mempunyai maklumat mengenai penglibatan warga Malaysia dengan aktiviti pejuang Daesh di Afghanistan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ...
Bikin Video Tiktok Tentang Kemerdekaan Olivia Jensen Dikritik Karena Lempar Bendera Merah Putih

Bikin Video Tiktok Tentang Kemerdekaan Olivia Jensen Dikritik Karena Lempar Bendera Merah Putih

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 227 hits
Merupakan identitas bangsa dan negara cara Olivia memperlakukan Sang Merah Putih tentu saja menuai banyak kecaman dari publik
Shorts Keluarga Malaysia Adakah Abah 2 0

Shorts Keluarga Malaysia Adakah Abah 2 0

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 180 hits
WACANA SINAR 283 24 OGOS 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 283 bertajuk Keluarga Malaysia penawar luka rakyat bersama Ketua Pemuda DAP Howard Lee UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3gu3EjQ Muzik www bensound com Sin
Rasa Sama Kat Korea Maryam Ryzal Durian Kimchi Approve Cu Malaysia

Rasa Sama Kat Korea Maryam Ryzal Durian Kimchi Approve Cu Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 466 hits
Bila tengok k drama automatik rasa jealous dengan kedai serbaneka kat sana Macam macam pilihan snek makanan dan minuman yang ditawarkan Malah nak masak mi segera pun ada mesin khas Daebak Tapi korang tau tak kat Malaysia sekarang pun dah ad...
Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 289 hits
Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid 19 golongan anti vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan un...
Senarai 10 Muzium Di Malaysia Yang Anda Boleh Lawati

Senarai 10 Muzium Di Malaysia Yang Anda Boleh Lawati

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRindu nak melancong dan melawat tempat tempat menarik Jangan risau in shaa Allah masanya akan tiba untuk kita semua boleh merentas negeri dan melancong semula Sementara itu anda bolehlah melakukan senarai ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago