Maklumat Penyakit Polio Dan Imunisasi Pencegahan


Polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal yang sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut.


Imunisasi polio merupakan vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari gangguan poliomyelitis atau jangkitan polio yang sangat penting untuk mencegah penularan, kerana jika dibiarkan tanpa langkah pencegahan, polio boleh membahayakan dan mengancam nyawa pesakit.

Bagaimana Virus Polio Merebak?

Virus Polio menjangkiti manusia secara fekal-oral, yang mana virus dalam najis individu dijangkiti polio yang tidak dicuci sempurna, akan memasuki tubuh individu lain.

Tanda-tanda Dan Gejala Penyakit Polio

Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala-gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang komplikasi.

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:
KebasMeningitis iaitu keradangan pada selaput otakLumpuhKematian
Adakah Polio Boleh Dirawat?

Tidak. Tetapi polio boleh dicegah melalui imunisasi polio yang lengkap.

Siapa Yang Harus Menerima Imunisasi Polio?

Semua kanak-kanak berumur dibawah 13 tahun harus menerima imunisasi polio tanpa mengira status kewarganegaraan dan status imunisasi lampau.

Bagaimana Cara Pemberian Vaksin Polio?

Jenis vaksin polio yang diberi adalah dalam bentuk 2 titisan terus ke dalam mulut (oral).

Gabungan 2 vaksin polio terkini (bOPV dan mOPV) yang mana 2 dos setiap satu vaksin dengan jarak masa pemberian 2-4 minggu, maka jumlah dos lengkap adalah 4 dos kesemuanya.

Kenapa Imunisasi Polio Secara Oral?

Antibodi terhadap virus polio akan mula terhasil didalam perut dan sistem peredaran darah apabila vaksin ditelan lengkap.

Oleh itu, kanak-kanak yang menerima vaksin polio secara oral akan mendapat perlindungan berganda, iaitu pertahanan imun tubuh terhadap kuman polio didalam perut dan dalam peredaran darah.

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Menerima Imunisasi Polio?
Kanak-kanak dilarang makan dan minum dalam tempoh 30 minit selepas menerima titisan vaksin polio.Perlindungan penuh hanya boleh dicapai dengan 4 dos imunisasi lengkap.Amalkan menggunakan tandas yang mempunyai sistem kumbahan yang sempurna.Amalkan kebersihan dan amalan mencuci tangan dengan sempurna setiap masa, terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum menyentuh makanan dan minuman.Amalkan minum air yang telah dimasak sempurna dari sumber air terawat dan dinginkan, simpan ditempat yang bersih dan selamat.Sekiranya ada reaksi alahan selepas imunisasi, sila segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Harga Vaksin Polio Di Klinik Swasta


Apakah Status Penyakit Polio di Malaysia?

Kes polio terakhir di Malaysia adalah pada tahun 1992. Sejak Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region) telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio.

Walau bagaimanapun, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut, pada 6 Disember 2019, satu (1) kes telah disahkan dijangkiti virus polio.

Adakah Negara Kita Berisiko untuk Mendapat Jangkitan Virus Polio?

Ya. Negara kita berisiko untuk mendapat jangkitan virus polio kerana terdapat negara di dunia ini yang belum bebas dari penyakit polio.

Sekiranya terdapat pengembara yang dijangkiti virus polio dari negara terbabit masuk ke kawasan di negara ini yang ramai ahli masyarakatnya tidak mendapatkan imunisasi polio, maka risiko virus ini merebak adalah tinggi.

Penularan ini akan lebih mudah berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga dan persekitaran kotor.

Siapakah yang Berisiko Mendapat Penyakit Polio?

Individu yang tiada sejarah pelalian polio lengkap adalah berisiko dijangkiti virus polio jika;
Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas mengendalikan kes dijangkiti polio buang air besar termasuk selepas menukar lampinnya.Tidak menggunakan bekalan air bersih.Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ.Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio.Mengendalikan spesimen makmal virus polio.
Apakah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk:
Memastikan anak-anak mendapatkan vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat.Mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP.Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar tandas dan selepas menukar lampin pakai buang serta menjaga kebersihan persekitaran.Menyediakan makanan secara bersih dan selamat, termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Fakta Apa itu Vaksin Dan Hukumnya Dalam Islam14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/penyakit-polio-dan-imunisasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Penyakit Polio

Apa Itu Penyakit Polio

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 2381 hits
Satu kes baru penyakit Polio dikesan di Sabah menjadikan empat kes polio di Sabah
Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 1316 hits
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT Adakah anda sedar bahawa kita mempunyai undang undang khas yang berkaitan mencegah dan mengawal penyakit di Malaysia Nama undang undang ini adalah Mereka yang t...
Terkini Satu Lagi Kes Polio Dicatatkan Di Sabah Kkm

Terkini Satu Lagi Kes Polio Dicatatkan Di Sabah Kkm

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 316 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat satu lagi kes polio di yang melibatkan kanak kanak bukan warganegara berumur tiga tahun di Sandakan Menerusi kenyataan akhbar yang dimuatnaik di laman Twitter KKM juga mengesahkan k...
New Polio Case Found In Sandakan Health Dg

New Polio Case Found In Sandakan Health Dg

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 211 hits
The Health Ministry has detected a new case of polio involving an undocumented three year old boy in Sandakan Sabah The child has never received the polio vaccine since birth The child experienced weakness in his left leg on Jan 18 2020 and...
Belum Reda Dengan Koronavirus Mangsa Virus Polio Pula Meningkat Mangsa Tak Ambil Vaksin Polio Sejak Lahir

Belum Reda Dengan Koronavirus Mangsa Virus Polio Pula Meningkat Mangsa Tak Ambil Vaksin Polio Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 189 hits
Belum lagi reda dengan kes wabak koronavirus kes polio pula mencatatkan peningkatan angka mangsa yang dijangkiti virus tersebut Kes yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut berlaku di Sabah dan mangsa jangkitan polio baru berusia 3 tahun ...
Jangan Benarkan Sesiapa Masuk Rumah Untuk Imunisasi Covid 19 Mkn

Jangan Benarkan Sesiapa Masuk Rumah Untuk Imunisasi Covid 19 Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 455 hits
Sepanjang musim wabak jangkitan Covid 19 ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan terhadap orang ramai untuk kepentingan mereka sendiri Sebagai orang awam bukan sahaja perlu menjaga kebersihan serta menghindari ...
Muhyiddin Tempah Penyakit

Muhyiddin Tempah Penyakit

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 473 hits
BERSATU ditubuhkan dan terbina atas aura Tun Difahamkan Tun telah KEMBALI memegang jawatan Pengerusi BERSATU Bukankah parti tolak PERLETAKAN JAWATAN Tun sebagai Pengerusi JIKA MUHYIDDIN cuba menafikan atau cuba beralasan dia takkan ke mana ...
Tiada Agensi Dilantik Jalan Imunisasi Covid 19 Di Rumah Mkn

Tiada Agensi Dilantik Jalan Imunisasi Covid 19 Di Rumah Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 17 MAC Kerajaan tidak pernah melantik mana mana agensi menjalankan imunisasi Covid 19 dari rumah ke rumah Majlis Keselamatan Negara dalam satu kenyataan menasihatkan semua pihak berhati hati dengan taktik pihak tidak bertanggun...
Rapat Online Soal Corona Banyuwangi Terapkan Protokol Pencegahan

Rapat Online Soal Corona Banyuwangi Terapkan Protokol Pencegahan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 159 hits
sejumlah upaya pencegahan yang telah dilakukan di sejumlah pintu masuk Seperti halnya di Pelabuhan Ketapang yang menjadi akses penghubung jalur laut dari dan ke Pulau Bali
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments