Makin Ramai Orang Muda Sakit Jantung


Zaman sekarang berbeza dengan dulu, orang zaman dulu kuat-kuat, jarang sakit, imuniti juga bagus. Terutama orang kampung. Berbeza dengan orang yang berkerjaya dan tinggal di bandar.
Sering kita dengar akhir-akhir ni orang muda sekitar umur 30an, 40an dan 20an pun ada meninggal tiba-tiba kerana kena serangan jantung. Ada yang pergi ketika tidur, ketika main bola, badminton, dll. 
Dengan kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar ni makin membuatkan manusia semakin pendek umur. Nauzubillah, moga umur kita semua panjang. 
Badan gemuk atau obese bukan lagi syarat kena serangan jantung usia muda. Ashraf Sinclair yang selalu bersenam dan fit kena serangan ketika usia muda, Faizal Yusof pelakon yang popular dengan drama Adamaya dulu meninggal ketika usia 33 tahun. Masih ingat pelakon Hani Mohsin? Kena serangan jantung ketika usianya 40 tahun. Semua mereka yang disebut ni antara orang yang dikenali dan berbadan kurus je.
Rakan se-universiti saya pun ada yang meninggal akibat serangan jantung ketika usia 20an. 
Penting untuk kita tahu tanda-tanda atau simptom awal sebelum berlakunya serangan jantung. Pemeriksaan awal menyelamatkan nyawa.
Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung
Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda
Faktor Serangan Jantung Usia Muda
Kalau dah bukan sebab obese atau gemuk, punca utama bagi golongan muda kena serangan jantung adalah stress.
Ini adalah artikel dari Sinar Harian yang ditulis hasil dari rujukan dari Dr Zubaidi yang tidak asing lagi : 
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,”
Bahkan menurut Dr Zubaidi, beliau sendiri pernah berdepan dengan beberapa pesakit kronik yang disebabkan oleh stres.
“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.
“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.
Mengulas lanjut Dr Zubaidi berkata, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, seseorang pesakit akan berdepan dengan kesannya.
“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.
“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.
Jom amalkan membaca doa menghilangkan stress. Moga stress ni sentiasa jauh dari diri dan keluarga kita
Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.
Nauzubillah min zalik. Moga artikel bermanfaat. 
Jauhi stress, kurangkan stress keluarga diri dan masyarakat bahagia. 
Dalam kalangan guru juga ramai yang stress dengan kerja perkeranian dan data yang makin bertambah disamping kerja hakiki mengajar.
Apapun pekerjaan dan jawatan kita, buat kerja elok-elok. Penat bekerja pada siang hari, waktu malam rehat dan tidurlah awal....
Selamat tahun baru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/12/makin-ramai-orang-muda-sakit-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Mengalirkan Air Sungai Muda Ke Kedah Semula

Akibat Mengalirkan Air Sungai Muda Ke Kedah Semula

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 245 hits
Untung la MB Kedah tak payah buat kolam renang Dah mendapat dah kah
Jutawan Muda

Jutawan Muda

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 240 hits
Hebat Armada Perak terus jadi Jutawan Muda setelah MB Peja beri 746 ekar tanah kepada syarikatnya
Bapa Muda Naik Hantu Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

Bapa Muda Naik Hantu Mengamuk Dan Menikam Anaknya Yang Berusia 20 Bulan

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 382 hits
loading Subang Jaya Bayi perempuan berusia 20 bulan parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini petang hari ini
Penang Welcomes Kedah Assurance On Ulu Muda Water Catchment Area

Penang Welcomes Kedah Assurance On Ulu Muda Water Catchment Area

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 256 hits
The Penang government welcomes the Environment and Water Minister Tuan Ibrahim Tuan Man s response pertaining to the Kedah government s assurance that it will not explore the Ulu Muda water catchment area Chief Minister Chow Kon Yeow said t...
Ha Ha Ha Walaun Dan Walauntit Sudah Sedia Sekat Air Sungai Muda

Ha Ha Ha Walaun Dan Walauntit Sudah Sedia Sekat Air Sungai Muda

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 318 hits
Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda seloroh MB KedahMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh mengatakan bahawa dia boleh meminta orang kampung menyekat air dari Sungai Muda di negeri itu sekiranya kerajaan P...
Bayi Menangis Macam Sakit Sakit Tak Semestinya Rawatan Alternatif Cara Ni Boleh Tenangkan

Bayi Menangis Macam Sakit Sakit Tak Semestinya Rawatan Alternatif Cara Ni Boleh Tenangkan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 407 hits
Selalunya ibu bapa akan tanya bagaimana nak redakan bayi kuat menangis Ini kerana bila anak jenis kuat menangis apa yang terfikir adalah anak mesti terkena gangguan luar Sampaikan ada ibu bapa yang sanggup pergi berubat jauh semata mata nak...
Tak Tahu Pun Diri Hamil Hanya Sedar 30 Minit Sebelum Bersalin Lepas Sakit Perut

Tak Tahu Pun Diri Hamil Hanya Sedar 30 Minit Sebelum Bersalin Lepas Sakit Perut

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 615 hits
Rezeki yang tak disangka Itu pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu apabila dia mengandung tanpa disedarinya hinggalah saat nak bersalin pada usia kandungan dah 9 bulan Menurut seorang ibu muda dari Cleveland Amerika Syarikat pengalaman h...
Heboh Santri Menolong Anjing Sakit Ini Penjelasannya Mengutip Dari Ulama Dan Hadits Shahih

Heboh Santri Menolong Anjing Sakit Ini Penjelasannya Mengutip Dari Ulama Dan Hadits Shahih

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 302 hits
Sekedar cerita smoga tidak ada lagi yang menuduh saya Libral Kafir bahkan sampe dituduh menghina Agama Islam dll Walaupun saya sendiri sebenarya tidak masalah dengan lebel label itu Saya udah kenyang juga dengan tuduhan macam itu Sabtu Sepe...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar