Makanan Yang Boleh Elakkan Mengantuk
Makanan Yang Boleh Elakkan Mengantuk! | Haishhh,,, petang-petang macam ni, dok dalam bilik berhawa dingin dengan suasana suram da hujan renyai-renyai di luar, membuatkan mata kuyu dan terasa seolah-olah tilam dan bantal memanggil-manggil...
Terbayang-bayang selimut tebal di rumah kan... haha... dah... cukup! jangan dok bayangkan ok... Sini aku nak kongsi beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh elakkan mengantuk... Lepas ni, standby makanan ni kat tempat kerja, tak pun buh je dalam beg tangan atau beg sandang...
sumber: google images
Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya.
Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang anda sering rasa mengantuk.
Ini MF kongsikan makanan dan minuman yang boleh ambil sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk
Makanan pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi anda yang tidak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuat kita tetap segar
Air putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan anda akan merasa kesegarannya
Epal dan tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah se seluruh tubuh. Selain megandungi vitamin, buah-buahan ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan
Asam atau makanan masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C. Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan anda berasa segar
Coklat hitam
Pilih coklat hitam untuk menghilangkan rasa mengantuk. Coklat hitam boleh meningkatkan semangat kerana coklat meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Namun, awas! Hindari coklat yang tinggi pemanis tambahan
Sumber: Karangkraf
Normally makanan asam menjadi pilihan... Asam jeruk buah atau jeruk kering jadi pilihan... slurrppp... sedapnya kalau pekena jeruk Pak Ali deh... Menarik jeruk Pak Ali tu kan...
Sedikit petua untuk kesihatan perut anda: Lepas makan jeruk atau buah masam seperti buah pelam, jangan terus minum air... nanti tak pasal-pasal berulang alik ke "bilik menung"...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2014/06/makanan-yang-boleh-elakkan-mengantuk.html