Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda


Bolehkah saya beri bayi makanan yang mengandungi rempah ratus (pedas atau beraroma) setelah berusia 6 bulan dan ke atas? Persoalan di atas sememangnya lazim diajukan oleh ibu bapa kepada doktor ketika janji temu.

Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Asimilasi budaya membuatkan makanan yang mengandungi rempah ratus lazim dinikmati segenap masyarakat.
Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi yang sedang membesar, kita perlu berwaspada. Ia berikutan makanan yang diberikan perlulah mengikut kesesuaian, menepati citarasa dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berkhasiat.
Jika anda ingin tahu sama ada makanan pedas sesuai untuk diberikan kepada anak ataupun tidak, teruskan membaca artikel ini.

Kenapa bayi perlu makan makanan pejal setelah berusia 6 bulan?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain. Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.
Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.
Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:
Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula. Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink. Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal. Anak anda sudah boleh menerima suapan makanan. Perkembangan ini pasti membuatkan anda teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan termasuklah makanan pedas.
Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat. Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.
Debat berkaitan dengan pemberian makanan pedas kepada bayi
Secara amnya, terdapat dua jenis rempah ratus. Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.
Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma. Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.
Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak. Ya, rasa pedas yang anda alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit.
Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar. Namun, di Asia, lazim bagi ibu bapa untuk memberikan makanan pedas kepada anak mereka semasa awal usia.
Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.
Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung. Tambahan pula, terdapat sesetengah bayi yang sudah pun familiar dengan rasa pedas jika anda sering mengambil makanan pedas ketika menyusu badan.
Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi citarasa bayi.
Jika anda ingin memberikan makanan seperti kari, lada dan sebagainya, tunggu mereka mencapai sekurang-kurangnya usia 1 tahun.
Kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun mudah untuk mendapat tindak balas makanan dan agak sensitif memandangkan mereka hanya biasa dengan makanan asas (bubur dan sebagainya).

Beri tumpuan kepada khasiat makanan untuk perkembangan optimum, bukan makanan pedas sahaja
Makanan merupakan aspek penting bagi kanak-kanak memandangkan ia mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.
Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal. Maka, dalam situasi tersebut, jika anda ingin memberikan makanan yang kebiasaannya anda masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan anda memeriksa tahap kepedasannya.
Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.
Namun, ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak anda tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat.
Konklusi
Makanan pedas boleh diberikan kepada anak yang masih kecil (1 tahun ke atas), namun anda disarankan untuk mengawal tahap kepedasan secara berperingkat. Jika anda bimbang sekiranya si manja tidak dapat menahan makanan pedas atau mereka menunjukkan sebarang simptom (menangis tidak berhenti, cirit birit dan sebagainya), bawa mereka berjumpa dengan doktor.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Jom jadi peserta terawal!
✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex
Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_
The post Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari? Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-boleh-berikan-bayi-makanan-pedas-seperti-kari-ini-penjelasan-lengkap-untuk-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Pedas Nak Bagi Baby Cepat Lahir Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Makan Pedas Nak Bagi Baby Cepat Lahir Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 396 hits
Pelakon Ummi Nazeera selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3 32kg pada 2 jun lalu di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Selangor Berita gembira tersebut disampaikan oleh Ummi dan suami Dr Izzar Anwari semalam melalui ...
Hanya Ibu Yang Boleh Pegang Baby Doktor O G Kongsi 3 Checkpoints Untuk Bayi Discaj Dari Hospital

Hanya Ibu Yang Boleh Pegang Baby Doktor O G Kongsi 3 Checkpoints Untuk Bayi Discaj Dari Hospital

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 222 hits
Gara gara tular kisah bayi yang tertukar selepas dilahirkan di sebuah hospital swasta baru baru ini ramai yang mempersoalkan bagaimana procedure sebenar yang sepatutnya dilakukan oleh pegawai perubatan selepas bayi lahir Mungkin ada yang gu...
Tular Pemuda Yang Meniru Suara Seperti Ini Di Tiktok Tak Sangka Sebabkan Itu Boleh Dapat Beribu Pengikut

Tular Pemuda Yang Meniru Suara Seperti Ini Di Tiktok Tak Sangka Sebabkan Itu Boleh Dapat Beribu Pengikut

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 176 hits
Suara Kim sering menjadi usikan rakan sejak zaman sekolah lagi sehingga dia sudah lali dan tidak kisah mengenainya Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini ada kelebihan dan kekurangan masing masing
Fakta Badan Manusia Tidak Boleh Menghasilkan Vitamin C Sendiri Perlu Dapatkan Dari Makanan Dan Supplement

Fakta Badan Manusia Tidak Boleh Menghasilkan Vitamin C Sendiri Perlu Dapatkan Dari Makanan Dan Supplement

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 294 hits
Kenapa forever memilih betik sebagai kandungan dalam vitamin c forever Kenapa bukan limau Oren Betik sangat tinggi serat Betik lebih tahan berbanding oren yang mudah rosak isinya cuba ambil oren dan betik belah dua letakkan disatu tempat ya...
Ini 15 Freebies Amp Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin Makanan Paling Banyak

Ini 15 Freebies Amp Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin Makanan Paling Banyak

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 298 hits
Semenjak kerajaan Malaysia mengeluarkan vaksin AstraZeneca ramai yang tidak melepaskan peluang membuat pendaftaran untuk mendapatkannya Tambahan pula kes jangkitan Covid 19 masih dalam tahap yang membimbangkan jadi ramai yang cuba sedaya up...
Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi

Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 365 hits
Siapa kita hendak menidakkan takdir Allah Dalam bab rezeki jodoh ajal dan maut semuanya Allah dah tetapkan sejak roh ditiupkan dalam kandungan Kita hanya mampu merancang dan jika sampai masanya kena reda walaupun agak perit untuk diterima M...
Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 582 hits
Hari ini adalah hari lahir cucunda saya Nur Hana Medina yang ke2 tahun Sedih hati melihat gambar mereka tiga beranak menyanyikan Happy Birthday dan memotong kek Ya lah dalam lock down Siapa pun tidak dapat menjangka yang kita berada dalam p...
Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 346 hits
Penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Ernie Zakri tampil menafikan dakwaan mengenai berita yang mengatakan dirinya kini hamil Isteri kepada penyanyi Syamel ini berkata berat badannya kini meningkat selepas mendirikan rumah tan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba