Makanan Tinggi Kalori Punca Kegemukan



Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend di mana setiap hidangan itu ditambah dengan pelbagai bahan atau topping seperti cheese leleh. 
Makanan tinggi kalori seperti ini sememangnya enak, namun ia sangatlah tidak baik untuk kesihatan kita. Ini bahaya menu tinggi kalori jika kerap diambil setiap hari.
Apakah yang dimaksudkan dengan kalori?Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai bahaya makanan tinggi kalori, adalah lebih baik jika kita memahami terlebih dahulu apakah itu kalori

Kalori yang terdapat dalam makanan memberikan tubuh kita tenaga dalam bentuk haba agar badan dapat terus berfungsi

Ini bermakna, kita perlu mengambil sejumlah kalori dalam makanan untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan baik

Namun, tidak semua kalori dalam makanan adalah sama. Anda boleh mendapatkan 150 kalori hanya daripada sebiji gula-gula atau daripada 30 cawan salad segar

Oleh itu, kita perlu mengetahui sumber makanan dan jumlah kalorinya agar kita tidak mengambil kalori secara berlebihan

Bagi setiap jenis makanan, kita akan melihat jumlah atau bilangan kilokalori (kcal) yang dimilikinya

Untuk pengetahuan anda, 1 kilokalori bersamaan dengan 1,000 kalori

Berapakah jumlah kalori harian yang diperlukan oleh manusia?Seorang lelaki dewasa secara puratanya memerlukan sekitar 2,500 kilokalori (kcal) setiap hari untuk mengekalkan berat badan yang sihat

Bagi wanita dewasa pula memerlukan sekitar 2,000 kilokalori setiap hari.
Namun, nilai sebenar pengambilan kalori ini bergantung kepada umur, saiz dan tahap aktiviti fizikal seseorang individu tersebut.

Makanan tinggi kalori stail rakyat MalaysiaRakyat Malaysia sememangnya begitu kreatif dalam mewujudkan pelbagai variasi makanan agar ia sesuai dengan perkembangan semasa

Seperti yang dinyatakan oleh laman Public Health Malaysia, antara menu utama yang sering menjadi pilihan dan kegemaran rakyat di negara ini ialah nasi, mi, ayam, daging dan juga burger

Namun, ia divariasikan dengan penambahan bahan atau ciri khas yang menjadikan hidangan tersebut lebih menarik dan sedap

Antaranya ialah seperti keju leleh, keju creamy atau menggunakan istilah seperti banjir, viral dan cheesy.
Itu tidak termasuk pilihan hidangan dengan pelbagai saiz seperti saiz dulang, besen, jumbo dan lain-lain istilah lagi

Begitu juga dengan minuman viral seperti minuman boba, kopi viral, ataupun teh pekat likat.
Gabungan hal-hal ini menjadikan kalori hidangan dan minuman tersebut meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda.
Sedar atau tidak, faktor-faktor inilah yang menjadikan kita mengambil menu tinggi kalori hampir setiap hari


Bahaya makan makanan tinggi kaloriTerdapat beberapa bahaya jika anda kerap makan makanan tinggi kalori

Ketika anda makan, badan anda menggunakan sebahagian daripada kalori dan dibakar sebagai sumber tenaga. Selebihnya pula akan disimpan sebagai lemak.
Pengambilan lebih banyak kalori daripada yang anda mampu bakar boleh menyebabkan anda menjadi gemuk atau mengalami berat badan berlebihan.
Ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser dan masalah kesihatan kronik yang lain

Selain itu, makan secara berlebihan terutamanya makanan yang tidak sihat dapat mempengaruhi sistem pencernaan anda.
Enzim pencernaan hanya tersedia dalam jumlah yang terhad. Oleh itu, semakin besar jumlah makanan yang anda makan, semakin lama waktu yang diperlukan untuk ia dicerna.
Sekiranya anda makan secara berlebihan, lama-kelamaan proses pencernaan akan menjadi lebih perlahan.
Makanan yang anda makan akan kekal di dalam perut untuk jangka masa yang lebih lama dan cenderung untuk bertukar menjadi lemak

Bukan itu sahaja, menu tinggi kalori juga boleh mempengaruhi kualiti tidur anda.
Jam sirkadian yang mengawal kitaran tidur anda akan menyebabkan tahap hormon tidur dan kelaparan anda mengalami turun naik sepanjang hari.
Makan makanan tinggi kalori juga boleh mengganggu irama ini dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam


Tip untuk elakkan kerap makan makanan tinggi kaloriUntuk mengelakkan anda menjadi semakin gemuk, anda semestinya perlu mengawal pengambilan kalori harian anda

Ini tip yang boleh anda amalkan dalam tabiat pemakanan anda:Elak penambahan topping. Jika anda memesan makanan di restoran, elakkan daripada memesan bahan atau topping tambahan seperti keju, biskut, dan lain-lain lagi. Ini juga terpakai bagi minuman anda.

Elak pertambahan saiz hidangan. Dapatkan saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan tubuh anda sahaja. Cuba elakkan daripada memesan saiz yang besar atau jumbo.

Kawal saiz hidangan. Amalkan pengiraan kalori sebelum anda membeli sesuatu produk makanan. Ini boleh membantu anda mengawal saiz hidangan kelak.

Banyakkan makan makanan berserat. Makanan yang tinggi serat boleh membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

Elakkan gangguan ketika makan. Gangguan seperti menonton televisyen ketika makan boleh membuatkan anda makan lebih lama dan lebih banyak.

Banyakkan minum air kosong untuk mengenyangkan perut anda. Air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.
Jangan ikut trend makanan viralAntara tujuan kewujudan makanan viral ini adalah sebagai salah satu cara pemasaran untuk melariskan makanan atau minuman yang dijual.
Ia sememangnya menarik untuk dilihat, dan sedap apabila dimakan

Namun perlu diingat, anda mungkin mengambil tiga kali ganda nilai kalori daripada yang sepatutnya.
Jika anda tidak berusaha untuk membakar kesemua kalori tersebut, ia berpotensi menjadi simpanan lemak pada tubuh anda. Jaga-jaga ya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/11/makanan-tinggi-kalori-punca-kegemukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Lapor Ujian Kendiri Punca Covid 19 Di Kelantan Masih Tinggi

Tidak Lapor Ujian Kendiri Punca Covid 19 Di Kelantan Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 274 hits
Orang ramai diingatkan supaya segera laporkan keputusan ujian kendiri walaupun negatif KOTA BHARU Tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang longgar dan tidak melaporkan keputusan ujian kendiri menerusi aplikasi MySejahtera ant...
Dengan Menekan Mouse Dapat Membakar Kalori

Dengan Menekan Mouse Dapat Membakar Kalori

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
Ternyata selain berfungsi untuk mengarahkan cursor ke titik atau tulisan atau apa apa yang nampak dimonitor tetikus juga boleh membakar kalori dalam badan Menurut sebuah kajian seperti yang tertulis di Rocket News ternyata hanya dengan mene...
Membakar Kalori Untuk Menurunkan Berat Badan

Membakar Kalori Untuk Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
Hai apa khabar kepada semua pembacaku yang cantik2 dan hensem sekalian hehe btw selamat menjengah ke bulan November korang smoga dengan masuknya bulan November ni semua kita sentiasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan umur yang panjang...
Gagal Cari Calon Isteri Punca Penjawat Awam Serang Isteri Sepupu

Gagal Cari Calon Isteri Punca Penjawat Awam Serang Isteri Sepupu

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Tangkap layar CCTV memaparkan seorang lelaki membawa masuk seorang wanita ke KUALA LUMPUR Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera p...
Kekal Sihat Hanya Makan Buah Beri Biru Yang Mengandungi 80 Kalori Sahaja

Kekal Sihat Hanya Makan Buah Beri Biru Yang Mengandungi 80 Kalori Sahaja

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 251 hits
Beri biru memang bukan buah yang terhasil dari negara Malaysia tapi tak bermakna kita tidak berpeluang makan atau rasa keenakan dan kebaikan buah beri biru Ada berita baik untuk kita semua U S Highbrush Council di Malaysia selama 100 tahun ...
Video Ustaz Ini Dedah Rakaman Didakwa Makhluk Halus Bermata Merah Tinggi Buat Netizen Seriau

Video Ustaz Ini Dedah Rakaman Didakwa Makhluk Halus Bermata Merah Tinggi Buat Netizen Seriau

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 315 hits
Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana mereka ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka
7 Selebriti Wanita K Pop Pendapatan Paling Tinggi Dan Terkaya Tahun 2021

7 Selebriti Wanita K Pop Pendapatan Paling Tinggi Dan Terkaya Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 452 hits
Pernah tak korang terfikir berapa pendapatan ikon Kpop K Pop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia Dilaporkan dari South China Morning Post ...
Adly Buktikan Komitmen Ph Tinggi Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Awam

Adly Buktikan Komitmen Ph Tinggi Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 262 hits
Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap menjadi agenda utama Oleh MALAYSIA DATELINE October 30 2021 Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap ...
Kedah Mahu Runding Dapatkan Peruntukan Lebih Tinggi

Kedah Mahu Runding Dapatkan Peruntukan Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh MOHD RAFIE AZIMI MUHAMMAD SANUSI MD NORALOR SETAR Kerajaan negeri Kedah yakin pintu rundingan akan dibuka Kerajaan Persekutuan berkaitan keperluan negeri ini untuk mendapatkan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada masa depan Ini ber...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My