Makanan Sedap Tetapi Tikus Maharajalela


 Danisyah Dalily
Di sekitar daerah Petaling, beberapa kedai makan didapati bersikap sambil lewa dan cuai dalam mengekalkan tahap kebersihan.

Keadaan kedai makan yang kelihatan tidak terurus dan kotor di sekitar ibu negara ketika pemeriksaan MalaysiaNow. Ketika tumpuan banyak diberikan terhadap usaha membendung Covid-19 sejak dua tahun lalu, masalah lain masih berterusan termasuk isu kesihatan yang melibatkan kebersihan restoran dan kedai makan.
Di sekitar daerah Petaling sahaja, beberapa kedai makan dilihat cuai dan bersikap sambil lewa dalam langkah-langkah mengekalkan tahap kebersihan, di mana ia boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pelanggan.
Pemeriksaan MalaysiaNow mendapati beberapa kedai makan berada dalam keadaan tidak bersih di sekitar Subang, Puchong dan Shah Alam, di mana beberapa premis dikelilingi sampah-sarap dan saluran longkang tersumbat dengan sisa makanan.
Di beberapa kedai makan tepi jalan di Subang, kulat ditemui tumbuh di singki dan kawasan dapurnya.
Fatimatul Zahra, 24, menetap di Subang Jaya sejak kecil dan sering makan bersama rakan-rakannya di restoran sekitar kawasan kejiranan SS15.
Ketika bercakap kepada MalaysiaNow, dia menceritakan pengalamannya melihat seekor tikus bersaiz besar seperti seekor kucing di luar sebuah restoran baru-baru ini.
Katanya, ia merupakan satu “perkara yang biasa” yang dilihatnya di sekitar bandar tempat tinggalnya, bahkan sudah terbiasa dengan perkara sedemikian.
“Selagi tikus ada di luar dan tidak mendekati saya, saya okay,” katanya.
“Tambahan pula makanannya sedap dan saya tidak pernah mengalami keracunan makanan waktu makan di sana, jadi saya rasa tidak mengapa.”
Dia berkata orang ramai masih makan di restoran atau gerai makan walaupun keadaannya tidak bersih kerana makanannya sedap dan suasana di premis itu juga sesuai untuk bergaul dengan rakan-rakan.
“Sama juga macam kedai mamak yang kotor,” katanya.
“Tidak kira banyak berapa kali masuk berita, orang masih pergi ke sana kerana ia adalah tempat terbaik untuk bersosial.”
Suasana bahagian dapur kedai makan tepi jalan di SS19 dilihat perlu dibersihkan dari sisa makanan dan lekatan minyak yang tebal.Rajaselvam, yang tinggal di USJ 18 dan kerap ke restoran di sekitar USJ dan Shah Alam turut bersetuju.
Bagaimanapun, katanya tidak semua kedai makan mempunyai masalah kebersihan.
“Tidak semua restoran di Petaling kotor. Saya boleh kata ada beberapa restoran boleh dianggap sebagai ‘kurang bersih’,” katanya.
“Namun walaupun beberapa tempat tersebut tidak begitu bersih, orang masih pergi ke sana untuk melepak.”
Kadang-kadang, katanya, orang ramai sanggup bersabar dengan keadaan yang tidak bersih semata-mata untuk tidak ketinggalan dengan trend terkini.
Rajaselvam memberi contoh trend teh boba yang yang menyaksikan kedai-kedai menjual minuman popular Taiwan itu dibuka sekitar SS15 seperti cendawan selepas hujan.
“Bukan satu hal yang luar biasa untuk lihat orang ramai berkerumun di gerai tersebut, walaupun tikus lalu-lalang di kaki mereka.”
Awal tahun ini, jabatan kesihatan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menangkap dan meracun 161 tikus di lorong belakang Jalan SS15/4D.
Ahli Majlis MBSJ Ken Chia turut memuat naik gambar tikus yang berjaya ditangkap di akaun Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai terhadap program “pemusnahan tikus” tersebut.
Usaha sedemikian dijalankan sejak 2013, namun masalah tikus masih tidak kunjung reda.
Fatimatul berkata, pembiakan mendadak tikus mungkin disebabkan oleh pengurusan sisa makanan yang tidak betul di lorong belakang restoran dan sisa minyak dari restoran sehingga menyebabkan longkang tersumbat.
Perkara ini terus menjadi isu walaupun pengusaha restoran diwajibkan memasang perangkap minyak di dapur mereka.
Bagaimanapun, Rajaselvam berkata, akhirnya perkara ini terpulang kepada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan di tempat awam.
“Apabila bercakap tentang kebersihan, semua orang perlu mengambil bahagian dan menyedari akibat jangka panjang jika hal ini terus berlarutan,” kata Rajaselvam.
“Tanpa peraturan ketat dan kerjasama daripada semua pihak, kedai makan yang kotor akan terus menjadi masalah dan boleh menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/makanan-sedap-tetapi-tikus-maharajalela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kacang Pistachio Sedap Tapi

Kacang Pistachio Sedap Tapi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 169 hits
Balik rumah dari kampung terasa nak makan kudap kudapan kekacang Macam dah lama tak makan kacang pistachio rasa masin masin tu Macam sedap je kalau dapat di saat saat teringin Alang alang keluar nak beli kacang tapau sekali makan malam Keba...
Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang Super Simple Sedap

Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang Super Simple Sedap

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 304 hits
Pernah cuba menu Nasi Ayam Claypot Bagi yang teringin nak rasa resipi dari saudari Rozmaliza Omar ni antara yang mudah Bahan bahannya sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan Menurut empunya resipi jika suka rasa pedas boleh dimakan ber...
Aiskrim Love Rose Cantik Rupa Sedap Rasa

Aiskrim Love Rose Cantik Rupa Sedap Rasa

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 213 hits
Aiskrim Love Rose Siapa dah rasa K fiezz baru je try Minggu lepas k fiezz teman mr hubby nak gunting rambut Kedai gunting tu dekat je dengan Speedmart K fiezz cuci mata lah kat situ sementara tunggu mr hubby gunting rambut Nak tunggu dalam ...
Aiskrim Mangga Homemade Lemak Berkrim Mudah Sedap

Aiskrim Mangga Homemade Lemak Berkrim Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 243 hits
Sebut pasal buah mangga ni memang sedap dapat makan yang masak kuning tu Fuhh dengan rasa manisnya makan sejuk sejuk memang asyik Tapi kalau nak jadikan hidangan pencuci mulut pun sesuai juga dengan buah mangga ni Resipi aiskrim mangga home...
Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap Bakar Guna Loyang Muffin Oven Je

Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap Bakar Guna Loyang Muffin Oven Je

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 347 hits
Bagi penggemar sajian kuih tradisional resipi Kuih Bingka Kelapa atau dalam dialek Kelantan dipanggil Beko Nyor perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ini adalah antara resipi yang anda perlu cuba Sangat mudah cara penyediaannya malah rasan...
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra Sangat Sedap Comfirm Makan Bertambah

Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra Sangat Sedap Comfirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 249 hits
Kari Ikan tentunya menjadi kegemaran ramai Melayu India Cina dan juga kaum lain turut menggemarinya Menerusi perkongsian saudari Hasifah Che Mat beliau memanjangkan resipi yang dicuba dari perkongsian saudari LiLy Wahab yang asalnya diperol...
Sedap Nama Baby Tasha Raqib Kongsi Nama Anak Kedua Comel Macam Abang

Sedap Nama Baby Tasha Raqib Kongsi Nama Anak Kedua Comel Macam Abang

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 281 hits
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki keduanya pada 15 November lalu pasangan selebriti Tasha Manshahar dan penyampai radio Raqib Majib mengumumkan nama indah buat anak kedua mereka Pada hari ketujuh kelahirannya Tasha dan Raqib juga turut...
Cara Buat Resipi Yong Tau Foo Versi Diet Sihat Tapi Sedap Macam Pasar Malam

Cara Buat Resipi Yong Tau Foo Versi Diet Sihat Tapi Sedap Macam Pasar Malam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 276 hits
Sebut sahaja Yong Tau Foo terbayang kesedapan kuahnya dan dicelup panas panas dalam air mendidih di pasar malam Memang buat kita terliur Tak berkesempatan mencuba menu Yong Tau Foo pasar malam apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah ve...
Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Paling Simple Tapi Sedap

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Paling Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 480 hits
Sambal Ikan Bilis memang sedap Selain dinikmati bersama Nasi lemak ia juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau Memang kena dengan selera orang Malaysia Namun ramai yang kadang kala susah nak jumpa Sa...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ukraine Memerlukan Jaminan Keselamatan As Untuk Menghalang Putin

Str Login Masalah Lazim Dan Cara Mengatasinya

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung