Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit



Sejak kewujudan Picnic House by Nak Cikit dan zaman viralnya, belum pernah teringin nak jejak makan di sini. Kali pertama singgah beli mix grill platter untuk makan malam. Tapi bukan makan di situ, bungkus bawa balik


Mix grill platterDalam mix grill platter tu ada lamb grill, chicken grill, jumbo sausage grill, fries dan coleslaw. Untuk hidangan ni kami tak boleh nak telan lamb grill tu sebab bau yang kurang enak. 
Mungkin sebab kami ni bukan pemakan daging kambing, itu yang tak biasa dengan bauan tu. Saja je nak cuba sebenarnya. Tapi tekak tak boleh terima. Yang lain-lainnya OK dan habis di makan

Nasi gepuk godangLepas tu cuba pula beli nasi ayam gepuk godang. Nasi dengan ayam gepuk saiz godang (besar), sayur kobis, tempe goreng, tauhu goreng dan juga sambal geprek. Sambal dia padu, pedas! Berapi mulut, berpeluh makan. Sodap tekau kata orang Nismilan. Cap A

Ayamnya saiz besar, garing di luar lembut di dalam. Berbaloi beli nasi gepuk godang tu. Kenyang betul. Orang Nismilan cakap, bontuih!" Selayaknya satu set nasi tu dikongsikan berdua. Dah beberapa kami order nasi gepuk godang ni di sini. Bungkus juga, tak dine in. 
Menu-menu tu tak dapat saya potretkan sebab masa tu malas bukan main-main. Tahu nak makan terus je. Camera tak dapat makan

Baru-baru ni pernah makan dengan keluarga di Picnic House ni. Kami sampai jam 10.00 malam. Kedai tutup jam 11.00 malam. Lambat dapat makanan. Disuruhnya kita tapau. Ehhhh...macam tu pulak. Lepas tu dia cakap kalau nak makan sini boleh je. Lain pula ayatnya. Mungkin penat lah tu. Tak apa, kami maafkan

Minuman air botol mineral pun lambat. Bila dah sibuk dan orang ramai, sistem pun jadi huru hara. Kita pun sabar je lah. Tak nikmat nak makan bila kena makan laju-laju sebab kedai nak tutup. Jam 10.40 macam tu baru dapat makanan kot

Masa tu saya order creamy carbonara with chicken grilled. Sedap boleh tahan. Lepas tu repeat order by Grabfood dan encik suami order salted egg buttermilk pasta with crispy chicken. Pun sedap

Haritu balik dari Kuala Lumpur, singgah sini nak beli makanan untuk makan malam. Walaupun pernah mengalami pengalaman tak best masa dine in, singgah jugalah. Tak ada idea dah nak beli makanan di mana. Alang-alang dah limpas sini, singgah lah berhenti kejap

Masa kami sampai tak ramai orang . Ada lah 4 biji kereta di luar. Baru lepas hujan, mungkin orang belum nak keluar makan kot. Kali ni lah baru dapat memotretkan suasana di sini

Welcome Board Picnic House by Nak Cikit
Konsep Picnic House ni macam Brewhaus yang pernah kami jejak. Perusahaan dijalankan di sebuah rumah banglo, Taman England



Ada banyak ruangan makan yang disediakan di sini. Ada outdoor, indoor, di dalam bilik kalau nak privacy, ada di beranda, ada juga tempat duduk bersila di bahagian bawah. Disediakan juga permainan untuk hilangkan bosan. 
Seperti namanya, konsep santai picnic gitu. Untuk bungkus makanan, kami duduk di luar sahaja. Buat pesanan di kaunter. Kalau makan disini boleh scan QR Code di belakang penanda meja kucing tu


Potretkan lampu yang menarik ni. Sekali zoom, nohhhh rokiah. Bersawang dan dipenuhi serangga


Creamy carbonara with grilled chickenInilah dia rupa creamy carbonara with grilled chicken. Kali ketiga saya makan menu ni. Creamy sos carbonara dia. Dalam gambar tak nampak sos yang banyak sebab terperangkap di bawah tu. Padahal banyak je. Accesories dia agak kurang sikit tapi okaylah padan dengan harga tu

Chicken grilled juicy dan lembut. Terasa perapan ayam tu. Sos blackpepper pula sedap yang biasa-biasa. Tak luar biasa sangat. Kalau extra black pepper sedap lagi kot


Salted egg buttermilk pasta with crispy chickenMenu ni kami suka. Ulang membeli lagi. Sos salted egg buttermilk dia tak muak sebab ada rasa pedas sikit. Banyak juga sos dia, sama seperti gambar di atas sos dia terperangkap di bawah. 
Crispy chicken dia sangat crispy walaupun bungkus bawa balik. Biasanya kalau bergoreng ni cepat soggy kan. lagi-lagi bila baru lepas dimasak dan dibungkus. Tapi yang ni masih rangup lagi


Haruslah kami order lagi makanan di sini. Itu antara makanan sedap yang pernah kami cuba di sini. Masa tak ramai orang, cepat sikitlah servisnya. Mungkin kena datang masa tak ramai orang kot

Lokasi Picnic House By Nak Cikit403, Jalan Sikamat, Taman England, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/05/picnic-house-by-nak-cikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Nak Mula Makan Panduan Permulaan Makanan Pejal Yang Selamat Sihat

Bila Nak Mula Makan Panduan Permulaan Makanan Pejal Yang Selamat Sihat

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 168 hits
Memulakan makanan pejal adalah satu detik penting dalam perkembangan bayi Ia bukan sahaja berkaitan dengan keperluan nutrisi yang meningkat tetapi juga merupakan langkah awal dalam pembentukan tabiat makan sihat sepanjang hayat Namun persoa...
Ibu Baru Lepas Bersalin Czer Jangan Ambil Makanan Ni Kalau Nak Sembuh Cepat

Ibu Baru Lepas Bersalin Czer Jangan Ambil Makanan Ni Kalau Nak Sembuh Cepat

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 129 hits
Bersalin melalui kaedah pembedahan berbeza dengan bersalin normal Luka dalamannya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh Luaran nampak sembuh tapi dalamnya belum tentu lagi Selain menjaga luka pemakanan juga penting bagi memastikan luka...
Elisya Sandha Dapat Layanan Five Star Masa Berpantang Sheila Rusly Masak Makanan Sedap Sedap

Elisya Sandha Dapat Layanan Five Star Masa Berpantang Sheila Rusly Masak Makanan Sedap Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 151 hits
Elisya Sandha dapat layanan Five Star masa berpantang Sheila Rusly masak makanan sedap sedap Perkongsian video pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly yang menyediakan hidangan berpantang buat menantunya Elisya Sandha mencuri perhatian r...
Amanah Johor Gesa Umno Nyata Pendirian Nak Kerjasama Atau Tidak

Amanah Johor Gesa Umno Nyata Pendirian Nak Kerjasama Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 142 hits
Malaysiakini nbsp Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad mendesak Umno negeri menyatakan pendirian sama ada akan bertanding secara tiga penjuru atau dua penjuru melalui gabungan kerajaan perpaduan pada pilihan raya negeri akan data...
Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 209 hits
Seorang wanita yang kini sedang hamil meluahkan rasa sedih apabila diminta mentuanya sendiri untuk beri 8216 sedekah 8217 anak dalam kandungan kepada kakak iparnya kerana masih tidak mempunyai anak Difahamkan kakak iparnya itu sedang mencub...
Tak Tahu Nak Buat Apa

Tak Tahu Nak Buat Apa

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 206 hits
Kadang kadang masuk je pukul 3 petang otak macam kena pause Tak tahu nak buat apa semua rasa slow Jadi ni 3 benda ringkas yang saya selalu buat bila rasa blur 1 Tengok balik to do list pagi tadiKadang kita lupa apa kita plan Buka balik sena...
Hukum Liwat Dalam Islam Kita Nak Ikut Siapa

Hukum Liwat Dalam Islam Kita Nak Ikut Siapa

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 145 hits
Dalam Islam liwat atau hubungan seksual antara laki laki dianggap sebagai perbuatan yang sangat terlarang dan dinyatakan sebagai dosa besar Dalam Al Qur an dan Hadis ada beberapa ayat dan riwayat yang menegaskan larangan tersebut Hukum Liwa...
Untuk Apa Pemilihan Diadakan Hanya Sebab Nak Naikkan Dua Tiga Bakat Baharu

Untuk Apa Pemilihan Diadakan Hanya Sebab Nak Naikkan Dua Tiga Bakat Baharu

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 123 hits
Jelajah Kita KEADILAN menghimpunkan calon calon untuk berkempen secara neutral tanpa memihak mana mana kem sama ada Nurul Izzah atau Rafizi KOTA BHARU 17 Mei Suasana aman damai di dalam KEADILAN bertukar menjadi porak peranda ketika ini ber...
Mesti Kena Jeling Kalau Bawa Keluar Kotak Ni Nak Pakai Lipstik

Mesti Kena Jeling Kalau Bawa Keluar Kotak Ni Nak Pakai Lipstik

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 136 hits
MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seron...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert