Makanan Sebenar Vs Makanan Tambahan Yang Mana Lagi Bagus


Makanan Sihat yang Patut Diambil

Makanan Sebenar vs Makanan Tambahan | Malaysia kaya dengan pelbagai sumber makanan. Sumber makanan harian seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, daging ayam, daging lembu, ikan, susu dan macam-macam lagi makanan, mudah didapati di negara kita. Harganya juga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Gambar paulctijerina
Bila senang dapat pelbagai sumber makanan dengan harga yang amat berpatutan, maknanya kita tidak boleh bagi alasan untuk tidak mengamalkan diet seimbang. Di Malaysia ini.. sudah cukup bekalan makanan. Kenapa mahu ambil makanan tambahan lagi

Sekarang ini, iklan makanan tambahan di media sosial semakin berleluasa. Ada yang kata boleh bagi tenaga lebih, ada yang kata ia sebagai pengganti makanan sebenar dan ada yang kata.. ambil makanan tambahan untuk elak penyakit. Lebih hebat lagi ada yang claim produk makanan tambahan mereka boleh mengubati penyakit. Penyakit kronik pula tu.

Kalau sesuatu produk makanan tambahan itu tidak overclaim, boleh je nak ambil jika fungsi yang diberitahu pada label akan dapat hasilnya. Contohnya, produk minuman yang mengenyangkan.. fungsinya memang itu saja, untuk mengenyangkan. Kalau disebut boleh sembuhkan penyakit, itu sudah menyalahi yang sepatutnya.

Tapi Doktor Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang, memberitahu di Facebooknya berulang kali, jika sihat tidak perlu ambil makanan tambahan. Melainkan mereka yang benar-benar memerlukan makanan tambahan seperti vitamin dan lain-lain, itupun diambil mengikut saranan doktor yang merawat. Jika sesuatu produk yang dijual itu mereka overclaim seperti mengatakan bahawa pelbagai penyakit dapat dirawat dengan produk tersebut, itu adalah produk sampah yang hanya menipu duit pengguna.




Mai ada terbaca status seorang pengguna Facebook yang berkongsi tentang makanan hariannya. Dalam statusnya, dia berkongsi yang dia mengurangkan pengambilan makanan sebenar dan menggantikannya dengan makanan tambahan seperti minuman shake, pil multivitamin dan lain-lain lagi. Alasannya, untuk sihat. Mai sendiri baca pun terkejut sebab terlalu sedikit makanan sebenar yang diambil.

Sebenarnya, sangat rugi kalau tak ambil makanan sebenar. Makanan sebenar ini yang kita makan setiap hari seperti nasi, sayur, buah dan lain-lain lagi yang nampak keadaan sebenar di depan mata kita. Nutrisi yang ada dalam makanan sebenar juga banyak. Badan juga jadi bertenaga.

Sumber gambar cookinglight.com
Antara alasan yang biasa Mai dengar, ambil makanan tambahan sebab tidak makan sayur dan buah. Jadi, untuk menggantikannya mereka mengambil pil multivitamin yang berada di pasaran. Yang menjual produk pun satu, claim produk tu terlebih hebat daripada ubat di hospital. Sampai kata ubatan moden ini agenda BigPharma. Hahaha macam-macam betul lah...

HOT: Sarapan Pagi yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan

Untung kepada mereka yang ambil makanan sebenar ni. Sihat dapat, rasa makanan sedap-sedap pun dapat. Harga makanan mentah pun tidaklah mahal. Mudah, beli ikut kemampuan masing-masing. Masak makanan sendiri lebih jimat berganda dan tahu sukatan garam dan gula dalam sesuatu masakan.

Saranan doktor, ambil makanan sebenar dengan portion suku-suku separuh yang mengandungi karbohidrat suku pinggan, lauk suku pinggan dan sayur serta buah separuh pinggan. Lengkap hidangan kan? Dengan izin Allah, portion suku-suku separuh lah yang membantu Mai berjaya mengurangkan berat. Alhamdulillah, dah dapat berat badan ideal dan masih kekal sampai sekarang.



Kalau anda bukan penggemar sayur atau buah, cuba belajar untuk makan. Tak rugi pun, malah dapat pula khasiat dan zat yang diperlukan badan. Harga juga murah dan mudah didapati. Di pasar basah, pasar pagi, pasar malam, pasar raya... eh semua tempatlah senang jumpa hehe.

Bagi Mai, nak makan apa pun makanlah. Asalkan makanan yang diambil tidak melebihi kalori yang diperlukan seharian oleh tubuh masing-masing. Biar berpadanan dengan apa yang kita buat atau kerja setiap hari. Pilih makanan yang sihat, lagi bagus.

Ate, moh le kite ubah gaye hidup. Daripada ambil makanan yang tidak sepatutnya dan membazir duit, lebih baik makan makanan sebenar yang sihat serta mudah didapati dan jauh lebih murah harganya. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang hanya mahu mengaut keuntungan peribadi semata-mata, sampai nasihat doktor pun tidak diendahkan. Bersenam juga jangan lupa buat ya. Senang je nak sihat sebenarnya kan 😉




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2019/10/makanan-sebenar-vs-makanan-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memilih Makanan Tambahan Atau Supplement Untuk Penglihatan

Memilih Makanan Tambahan Atau Supplement Untuk Penglihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum dan salam ceria Makanan tambahan untuk kesihatan mata dapat membantu kita dalam mendapatkan nutrien penting yang diperlukan sehari hari Walaubagaimanapun pengambilan makanan tambahan untuk mata setiap hari tidak bermakna kit...
Sumber Pendpatan Sebenar Ebit Lew Didedahkan Selepas Ramai Tanya Mana Dtg Duit Banyak2 Beri Bantuan

Sumber Pendpatan Sebenar Ebit Lew Didedahkan Selepas Ramai Tanya Mana Dtg Duit Banyak2 Beri Bantuan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 140 hits
Kisah dan cerita cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja kerja kebajikan tidak dapat disangkal lagi Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan This is a content summary only Visit my website...
Sederet Makanan Viral Indonesia Yang Kini Mulai Terlupakan Dulu Kamu Pernah Coba Yang Mana

Sederet Makanan Viral Indonesia Yang Kini Mulai Terlupakan Dulu Kamu Pernah Coba Yang Mana

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 226 hits
Dari mulai Dalgona sampai pie susu telfon Mana makanan viral yang paling enak tapi kini mulai terlupakan
Memilih Makanan Tambahan Atau Supplement Untuk Penglihatan

Memilih Makanan Tambahan Atau Supplement Untuk Penglihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum dan salam ceria Makanan tambahan untuk kesihatan mata dapat membantu kita dalam mendapatkan nutrien penting yang diperlukan sehari hari Walaubagaimanapun pengambilan makanan tambahan untuk mata setiap hari tidak bermakna kit...
Adakah Makanan Tambahan Anda Terjamin Berkualiti Atau Sekadar Hebat Menipu

Adakah Makanan Tambahan Anda Terjamin Berkualiti Atau Sekadar Hebat Menipu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 145 hits
Produk yang jenis makanan kesihatan ni ternyata memang hebat konfidenkan orang masa saya warded dulu pon pernah sorang promoter ni datang ceritakan kebaikan produk dia mujur la saya jenis tak berduit kalau tak memang 90 saya akan beli Dah l...
Oat Versus Nestum Yang Mana Pilihan Anda

Oat Versus Nestum Yang Mana Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
Ini adalah nestum dewasaIni adalah nestum bayiDan ini adalah oatsKita selalau mendengar nama nestum dan oats ni tapi apakah sebenarnya perbezaan dua benda alah ni ya Jadi nita nak jelaskan bahawa oats adalah bijirin yang kasar diproses deng...
Tazkirah Kenapa Allah Jadikan Kita Semua Dan Kita Semua Hendak Ke Mana

Tazkirah Kenapa Allah Jadikan Kita Semua Dan Kita Semua Hendak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 199 hits
Tazkirah Kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana Bismillah pembuka bicara Allah Swt telah berfirman dalam Al Quran iaitu Kalamullah yg dibukukan Auzubillahiminasysyaitonirrojim Bermaksud Dengan nama Allah yang Maha Pem...
Informasi Asb Pinjaman Asb Atau Simpan Sendiri Mana Pilihan Kita

Informasi Asb Pinjaman Asb Atau Simpan Sendiri Mana Pilihan Kita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 208 hits
Akhir tahun 2013 ni ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB Maklumlah PNB baru sahaja mengeluarkan kadar dividen 2013 ...
Puisi Pilihan Gegar Di Mana Mana Oleh Yakub Uton Guru Desa

Puisi Pilihan Gegar Di Mana Mana Oleh Yakub Uton Guru Desa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 198 hits
mage courtesy of Phil Bird Published on 03 February 2017 at FreeDigitalPhotos net GEGAR DI MANA MANA Gegar di mana mana ada gegar di lautan samudera ada gegar di hutan belantara ada gegar di gunung ganang ada gegar di taman perumahan ada ge...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi