Makanan Penuh Ulat Muka Isteri Berwajah Anjing Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku
Perkongsian bermanfaat oleh lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hassan ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi hanya untuk memberi kesedaran buat pasangan isteri di luar sana seandainya mengalami masalah rumah tangga yang sama
Dulu penyanyang dan sentiasa hargai isteri dan anak-anak
Ini berlaku kepada rakan saya sendiri, kesan sihir yang beliau hadapi sekarang. Beliau adalah pensyarah di sebuah universiti,dikurniakan 3 cahaya mata. Dulu beliau seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dan sentiasa menghargai isteri dan anak-anak
Senang cerita beliau ini langsung tiada ciri ciri ‘suamiku dajjal’. Nak jentik telinga isteri jauh sekali apatah lagi mahu menengking isteri dan anak-anak
Terpaksa jauh dari isteri, tertekan pihak isteri memilih untuk berpisah
Namun awal Januari lalu, beliau terpaksa buat keputusan untuk berjauhan dengan isteri seketika. Lagi beliau sedih dapat pula tekanan dari pihak isteri supaya memilih untuk berpisah. Namun jika ini yang terbaik maka beliau akur demi kebaikan isteri
Makanan penuh ulat, muka isteri berwajah anjing
Puncanya adalah sihir. Pernah suatu hari isteri mesej ajak makan tengah hari di rumah bersama. Isteri masak sedap-sedap, tapi balik rumah nak makan tengok dalam lauk penuh dengan ulat. Tengok muka isteri nampak tua, bau busuk
Paling saya terkejut beliau cerita (sambil menangis teresak esak) beliau nampak muka isteri berwajah anjing
Nampak isteri bersetubuh dengan lelaki lain, kerap pukul isteri
Pernah nampak isteri sedang ‘bersama’ lelaki lain dalam bilik, sedangkan isteri sedang tidur bersama anak. Sampai satu tahap, datang bisikan supaya dia memukul si isteri. Dari situlah bermulanya beliau kerap memukul isteri sehingga ditahan ke lokap
Bila jauh rindu, bila dekat benci…
Apabila berjauhan perasaan rindu membuak buak, namun apabila balik ke rumah tengok wajah isteri terus datang perasaan benci. Kejadian ini berlaku bermula pada tahun 2014. Beliau kerap bermimpi perkara pelik dan sering nampak kelibat di ruang tamu
Dia memutuskan untuk menjalani pelbagai rawatan, ubatan, malahan solat hajat juga dilakukan hampir pada setiap malam. Akhirnya Allah zahirkan dalam mimpi dengan jelas wajah orang yang telah menyihir dia dan juga isteri
Bagaimana sihir ini dilakukan
Semasa upacara merenjis tepung tawar pada hari pertama perkahwinan dia dan gambar perkahwinan tersebut digunakan untuk upacara sihir
Ustaz rawatan Islam memaklumkan kepadanya bahawa jin yang penyihir tersebut gunakan adalah terlalu kuat sehingga telah menjadikan badannya sebagai perumah. Badan akan jadi panas apabila terdengar azan dan ayat-ayat Al Quran
Doktor sahkan ada hyperthyroidism
Apa yang menyedihkan lagi adalah setelah melihat laporan ujian darah dari hospital, dia disahkan menghidapi hyperthyroidism. Dari sudut perubatan sains, apa yang berlaku terhadapnya ada kaitan dengan masalah kesihatan. Namun saya tidak menafikan masalah sihir tersebut yang menyebabkannya perlu untuk menjalani rawatan bagi kedua kedua masalah ini
Maka celakalah bagi mereka yang bersekongkol dengan syaitan untuk merosakkan keluarga bahagia ini. Terimalah azab yang pedih dari Allah bagi mereka yang mengamalkan ilmu sihir
Pesanan khas
Sahabat, jangan sesekali lupa untuk mengamalkan surah Al Baqarah 285-286 setiap hari. Elakkan daripada memuat naik gambar penuh bersama pasangan atau memaparkan kecantikan di mana-mana laman sosial bagi mengelakkan diri terkena ‘penyakit ain’
Akhir sekali, jangan terima apa-apa pemberian barangan yang pelik baik dari orang yang kita kenali mahupun tidak. Semoga bermanfaat
Sumber : FB Muhammad Hassan via ohmymedia
from Sehinggit Media News https://ift.tt/32umJJH
via IFTTT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/10/makanan-penuh-ulat-muka-isteri-berwajah.html