Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Rajin Rajinlah Ibu Sediakan Untuk Anak


Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.
Kredit foto: Pexels 1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.
Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.
Kredit foto: Freepik 4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak.
Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif.  Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Kredit foto: Pexels 6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.
Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.
Kredit foto (top image): Pexels
The post Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak, Rajin-rajinlah Ibu Sediakan Untuk Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makanan-baik-untuk-perkembangan-otak-rajin-rajinlah-ibu-sediakan-untuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Dengan Bapa Elok Sahaja Baik

Anak Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Dengan Bapa Elok Sahaja Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 305 hits
Anak selalunya kuat meragam bila bersama ibunya Memang rata rata ramai ibu ibu mengalami masalah ini Anak akan menjadi lebih baik bila bersama bapanya elok sahaja duduk diam Bukan sedikit ibu ibu yang terpaksa melalui situasi ini Anak anak ...
Belajar Cepat Ingat Otak Jadi Fokus Doktor Sarankan Anak Ambil Makanan Ni

Belajar Cepat Ingat Otak Jadi Fokus Doktor Sarankan Anak Ambil Makanan Ni

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 257 hits
Mak ayah mana yang tak mahu anak jadi bijak kan Selain memperbanyakkan latihan harian beberapa jenis makanan ini disarankan untuk anak ambil dalam diet harian mereka Makanan apa Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan lapan jenis makanan ini...
Nak Susukan Anak Tapi Tak Boleh Ibu Jangan Down Ada Sebab Lain Perlu Tahu

Nak Susukan Anak Tapi Tak Boleh Ibu Jangan Down Ada Sebab Lain Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 251 hits
Rezeki kita berbeza beza Ada ibu yang punya rezeki menyusukan anak hingga dua tahun namun ada pula separuh jalan Tak mengapa ibu jangan down Banyak faktor kegagalan penyusuan ini Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyus...
Kronologi Ibu Dan Anak Meninggal Dunia Tertimpa Truk Tambang Di Parung Panjang

Kronologi Ibu Dan Anak Meninggal Dunia Tertimpa Truk Tambang Di Parung Panjang

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 200 hits
Ibu dan anak itu meninggal dunia usai tertimpa truk atau angkutan khusus tambang yang melintasi desa tersebut
Pesan Ketua Kpk Sementara Ke Anak Buah Giat Di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik

Pesan Ketua Kpk Sementara Ke Anak Buah Giat Di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 145 hits
Pesan Ketua KPK Sementara ke Anak Buah Giat di Lapangan Hold Saja Kita Sedang Tidak Baik
Cinta Tidak Direstui Anak Perempuan Di Jember Tega Bunuh Ibu

Cinta Tidak Direstui Anak Perempuan Di Jember Tega Bunuh Ibu

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 275 hits
Kasus penemuan mayat di saluran irigasi persawahan Jember mengungkap fakta memilukan
Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 178 hits
Cabaran dalam mendidik dan membesarkan tidak semudah ABC Dalam usaha mendidik anak banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan disiplin sekali gus membina sahsiah diri yang kukuh Agar mampu mempersiapkan anak menjadi insan cemerlang dan ...
Tambah Saffron Dalam Air Untuk Bekal Air Anak Suplement Semulajadi Bagus Untuk Otak

Tambah Saffron Dalam Air Untuk Bekal Air Anak Suplement Semulajadi Bagus Untuk Otak

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 262 hits
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah Selain kismis kurma dan kekacang antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak ad...
Ibu Hamil Teringin Sangat Durian Pakar Otak Kongsi Jenis Durian Sesuai Boleh Ambil

Ibu Hamil Teringin Sangat Durian Pakar Otak Kongsi Jenis Durian Sesuai Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 145 hits
Ketika hamil ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik Disebabkan itulah ibu perlu mengambil jenis makanan yang segar dan berkhasiat ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks