Makan Udang Fresh Di Prawn Farm Valley Hulu Langat
Jumaat baru ni k. fiezz & mr hubby bawa mama (MIL k. Fiezz) & adik ipar ke Prawn farm valley di Hulu Langat.. Tau tempat ni pun dari kawan-kawan gamers mr hubby yang rajin Jalan-Jalan Cari Makan merata kat area KL ni... Luar KL pun ada... Haritu masa kawan kawan gamers mr hubby makan kat sini, mr hubby & k.fiezz tak ikut dorang. Cuma mr hubby tau pasal tempat ni dari WhatsApp group dorang..PRAWN Farm Valley Hulu LangatDah kebetulan Cuti Tahun Baru Cina ni mama & adik ipar k.fiezz turun KL, mr hubby suggest makan malam kat sini.. Sebelum nak ke sini, kitaorang booked dulu.. Takut penuh... Harga seorang RM68..Style makan kat sini macam steamboat cuma bezanya kat sini udang-udang fresh boleh pancing sendiri dalam kolam yang disediakan atau kalau tak mau, kena tangkap sendiri udang kat sebelah meja makan kita.. Haha... Eh beza ke pancing ngan tangkap udang.. Cam sama je, kan.. Sama je uolls cuma kat sini kena usaha la citer dia kalau nak makan udang fresh... Nak pancing, ada la disediakan peralatan dia.. Kalau nak tangkap.. Guna penyepit je.. Kalau terer guna tangan.. Haha.. Kelas ko guna tangan je tangkap udang... Mak mertua k.fiezz la terer.. K. Fiezz tolong tangkap gambar & tolong makan je.. Haha..Halal Kah?Masa sampai kat sini, kitaorang cam cuak gak.. Halal ke restoran ni.. Nak kata tak halal, kawan-kawan gamers mr hubby baru je makan kat sini.. Tapi bila tengok dari luar restoran cam restoran cina je.. Masuk dalam lagi laaa.. Cam restoran cina.. Tapi no worry.. Halal.. Ramai je orang Islam makan kat sini.. Masa kitaorang ke sini, nampak ramai orang Islam yang makan kat sini.. Lagi menambah yakin, mr hubby bayar guna Kad Bank Islam.. Kata mr hubby, bank Islam akan reject kalau pembayaran kat restoran/kedai yang tak halal.. So guna bank Islam ritu, tak ada sebarang masalah pun.. Lagi lagi lagi nak tambah yakin.. Tukang masak dia orang Islam.. Masa nak tambah nasi goreng kat bahagian makanan, nampak pekerja Islam dia yang buat.. So tunggu apa lagi... Kita makan je la.. Hehe
Besar restoran dia...
Nak pancing udang.. Hah, sila la pancing sendiri kat kolam ni.. Lepas pancing, terus masak... Memang layannn la. . Untuk memancing - RM30 / sejam & RM68 / 3 jam
Antara bahan-bahan basah fresh yang disediakan kat sini
Pilih jangan tak pilih uolls...
Ayam/daging/sotong pelbagai jenis rencah ada.. Pilih je la ikut selera memasing..
Fishcake/hotdog & etc... Wajib la ada kan ni kat mana2 kedai steamboatMaggie, Yee mee, mihun.. Pilih pilih... Tukang jaga api merangkap chefYg ni udang fresh baru lepas tangkap..
Kita BAKOR. Hehe..BBQ la ..
Kekenyangan..
Ni kalau nak tangkap udang fresh.. Sebelah meja kita je.. Rugi kalau tak tangkap.. Rasa udang dia manisss... Lain betul rasa dari udang yg besa kita beli kat pasar tu.. Total bil.. Kat sini steamboat yang nak kuah Tom Yam & Sup dan BBQ harga lain.. So kena tambah RM30...
Saja test size badan lepas makan.. Fliphair sikit.. Average..
Eh.. Kat sini selain dari yang k.fiezz share ni.. Ada lagi menu lain.. Aiskrim (2 jenis), masa k.fiezz ke sini dorang bagi 2 perasa - Vanilla & keladi.. Air kosong & air manis.. Kira berbaloi la sangat dengan rega yg dibayar tu.. Idak la rasa rugi ke apa...
Kot2 lepas makan rasa nak terkucil, terberry ke apa.. Toilet pun ada...k.fiezz dah test sendiri guna Mr T kat sini, lulus.. Haha.. Penting ni weii.. Kang tetiba lepas makan perut buat hal.. Jenuh nak tahan sampai balik rumah. .
Overall makan kat sini, puas hati & berbaloi dengan harga dia.. Hehe.. Paling untung bawa la orang kuat makan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2019/02/Makan-udang-fresh-di-prawn-farm-valley-hulu-langat.html