Makan Tengahari Kat Warung Makan Pokok Getah Kuala Kangsar Yang Pernah Viral Ni


Kedai makan ni pernah viral dulu,kan. Kenapa viral? Sebab kedudukan kedai yang dikelilingi pokok getah.  Jadi best lah bila makan kat sini. Makan sambil tengok pokok-pokok hijau keliling.Kat mana ni, k.fiezz?Lokasi kedai makan ni dalam daerah terletaknya kampung sis. hehe. Orang Perak sebut Kola kangsor..Orang Kay Ell sebut Kuala Kangsar. hehe. Kedai makan ni viral sebab lokasi dia dalam kawasan pokok getah. Faktor tambahan yang menyebabkan warung ni yang jadi tarikan orang ramai untuk menyinggah makan kat sini. Apa nama kedai ni?Warung Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar. Ataupun dikenali dengan warung makan pokok getah Kuala Kangsar.
APA YANG MENARIK LAGI KAT WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG
Tarikan utama dia lokasi dalam kawasan pokok getah dan redup. Makan sambil menjamu mata dengan pemandangan yang jarang-jarang dapat di bandar macam KL. 
Faktor pelbagai jenis pilihan makanan di bawah satu bumbung pun menarik juga. Ada menu Malaysia, western, Korea/Jepun. Pilih lah ikut selera masing-masing. Masa k.fiezz & family ke sini time makan tengahari, ada menu berlauk (nasi putih) dan lauk-pauk cuma pilhan tak banyak. Mungkin sebab ada pilihan menu yang lain, jadi tauke kedai buat sikit saja lauk untuk yang nak makan nasi berlauk. Menu pilihan untuk nasi berlauk masa kitaorang ke sini, asam pedas + ulam-ulaman + sambal belacan. Tue saja. 
Jadi kitaorang order menu lain. 

Pemandangan sekitar kawasan warung selera Kampung Bendang Panjang. Masa ni tenghari benornya tapi nampak redup je kawasan sekeliing sebab terlindung dengan pokok-pokok getah.



Dari bahagian dalam kedai. Depan tu, stall untuk menu pencuci mulut. Salah satunya wafer.


Kedai ni kat tepi jalan je tapi bila lalu tak nampak bahagian dalam yang pelanggan duduk ni. Dari jalanraya nampak bahagian depan kedai saja yang bertutup penuh. Masa kitaorang lalu ingatkan tutup sebab dari arah depan kedai tak nampak bahagian dalam yang ada kerusi meja tempat pelanggan duduk. Bila dah terlepas, baru k.fiezz nampak kedai buka rupanya sebab tengok ada pelanggan. Mak & abah k.fiezz cakap nak tahu kedai ni buka ke tutup, tengok kereta yang parking tepi jalan. Kalau banyak kereta, kedai buka...Kebetulan masa kitaorang lalu tak ada kereta kat sekitar tepi jalan area kedai ni sebab masuk kat dalam parking ada lagi yang kosong. Tempat parking jangan risau ada ruang cuma kalau dah penuh kena parking kat luar. 
Jadi kalau ke sini, korang kena perhatikan sikit. Mata kena tajam. Pandang bahagian dalam yang tersorok sikit dari arah jalan raya. Kalau nampak ada pelanggan duduk kat dalam kedai maksudnya kedai buka lah tu..

Apa yang kitaorang makan masa ke warung makan pokok getah Kuala Kangsar ni


Tengok dalam menu ada Sizzling Yee Mee. Yeaaa, my favourite. Harus lah order..
Yang ni nak letak telur & cendawan kena tambah RM..hehe..


Wafer coklat pilihan anak buah k.fiezz.


Nasi Goreng Pattaya jadi pilihan mak & abah.


Ni menu pilihan adik k.fiezz. Set Mega tak silap nama dia. RM15.
Ada Oden macam kat family mart, Udon & Ramen..


Favurite mr hubby, mee rebus.

Air...lupa pula k.fiezz nak ambil gambar. haha. Sebab air sampai lepas makanan dah dapat. Dah makan khusyuk lah menjamu selera. Perut pula lapar..Memang win..hehe.

Air yang kitaorang  order - ABC, Chocolate, Kopi Ais, Air Suam & Ais kosong.. Abah k.fiezz order air kopi ais tapi tertinggal. Kitaorang semua dah dapat air, abah tak dapat. Panggil balik staff, beritahu satu lagi air tak dapat. Tak tunggu lama, kopi ais abah sampai ke meja. Time bayar baru tahu kopi ais abah tak ada dalam list order. Tapi tak apa, small the matter. Order kemudian, cepat je sampai. So okey le tu..Servis tip top..

Overall makanan kat sini boleh tahan. Just nice orang putih cakap. Boleh lalu kat tekak. Setiap menu-menu yang kitaorang order ni ada rasa. Idak lah plain rasa dia. Jadi okey lah menu-menu kat sini. Selain yang kitaorang order ni, ada lagi menu-menu lain tapi kitaorang ke sini time makan tengahari, jadi order menu berat kecuali anak buah k.fiezz yang order wafer. Biasalah budak, bukan macam kita ni time makan tenghari nak menu berat. Apa yang diaorang nampak best dalam menu, itu lah yang jadi pilihan. Tak kisah lah kan ikut selera sendiri

Harga mahal tak? 
Untuk k.fiezz standard harga macam kat KL juga. Tak murah & tak mahal. Insyallah, rasanya mampu di bayar. Total kitaorang makan & minum > RM60 lebih.

Rekomen tak ke Warung Makan Pokok Getah Kuala Kangsar ni

Rekomen..Kalau nak kelainan menjamu selera kat kedai makan yang sekelilingnya penuh dengan pokok getah boleh cuba ke sini. Menarik sebab pemandangan yang susah nak jumpa kat kedai makan area bandar besar macam sis yang duduk kat KL ni. Jadi sesekali makan dengan environment macam ni, layannns...Tambah pula kat kampung halaman. Bangga sebab ada kedai makan viral kat sini. hehe.

SUKA JALAN-JALAN CARI MAKAN.....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/09/Makan-Tengahari-Kat-Warung-Makan-Pokok-Getah-Yang-Pernah-Viral-Ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Celup Tepung Di Warung Adik Beradik Kuala Terengganu

Makan Celup Tepung Di Warung Adik Beradik Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 270 hits
Warung Adik Beradik Celup TepungKalau pergi Terengganu korang wajib try makan celup tepung diorang Tak kira la sama ada ikan celup tepung udang celup tepung sotong celup sotong ketam celup tepung dan sebagainya Sebenarnya asal aku nak makan...
Makan Tengahari Di House Of Kambing Maeps

Makan Tengahari Di House Of Kambing Maeps

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 306 hits
Hai hai guys Kembali lagi dalam entri jalan jalan cari makan edisi cuti sekolah Kali ni kami ke House of Kambing yang terletak di MAEPS Serdang Dah nama restoran pun ada nama Kambing jadi menu utama di HOK adalah menu daging kambing Buat ya...
12 Resipi Menu Makan Tengahari Sedap Sempena Hari Merdeka

12 Resipi Menu Makan Tengahari Sedap Sempena Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 184 hits
Hidangan lauk pauk yang sedap dan mudah dimasak tentunya menjadi pilihan para ibu terutamanya di hari cuti Merdeka begini Selain enak dan menyelerakan sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur lebih lebih lagi d...
Restoran Bandariya Ayam Kampung Port Makan Kat Kl

Restoran Bandariya Ayam Kampung Port Makan Kat Kl

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 394 hits
AssalamualaikumSejak sejak dah boleh bebas berjalan dengan beberapa SOP yang dah tak ketat ni bukan main rancak lagi food hunting dengan geng sekepala Kali ni kite food hunting kat Kuala Lumpur jauh sikit lah dengan kawasan tempat tinggal K...
Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba

Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 306 hits
Salam to all my readers Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur Makanan Viral Harus Cuba Gara gara viral dekat TikTok aku gigih juga pergi cari nak merasa makan Mala Hotpot Mini ini hah Last week tiada plan pergi hiking ter...
Hidangan Seafood Shell Out Untuk Makan Tengahari Di Holiday Villa Hotel Suite Wakaf Che Yeh

Hidangan Seafood Shell Out Untuk Makan Tengahari Di Holiday Villa Hotel Suite Wakaf Che Yeh

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 264 hits
Berapa ramai diantara kita yang tahu apa itu menu Seafood Shell Out Untuk pengetahuan semua Seafood Shell out merupakan menu makanan laut yang terdiri dari kerang ketam udang sotong pelbagai jenis siput yang dimasak kering bersama pes cili ...
Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Sri Juara Seafood Kuala Terengganu

Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Sri Juara Seafood Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 188 hits
restoran Sri Juara Seafood Kuala Terengganurestoran Sri Juara Seafood Kuala TerengganuRestoran Sri Juara Seafood ni terletak di Kampung Gong Datuk 21300 Kuala Terengganu Terengganu menu utama disini masakan ala thai yang di masak panas pana...
Kak G Ikan Bakar Desa Permata Port Makan Malam Ikan Bakar Best Kat Langkawi

Kak G Ikan Bakar Desa Permata Port Makan Malam Ikan Bakar Best Kat Langkawi

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum Staycation memang tak lengkap kalau tak cari port makan best Nak cari yang viral takut beratur panjang Kalau sedap tak pe ini kang viral je lebih makanan ala kadar je Tapi untuk port makan best di Langkawi husband dah survey...
Penoreh Getah Jadikan Rumah Port Pelacuran Jual Janda Serendah Rm50 Langganan Dibuat Di Wechat

Penoreh Getah Jadikan Rumah Port Pelacuran Jual Janda Serendah Rm50 Langganan Dibuat Di Wechat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 194 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKegiatan haram seorang penoreh getah yang menjadi bapa ayam sejak dua bulan lalu terbongkar apabila didapati menggunakan rumah persendirian sebagai lokasi pelacuran menjual janda Indonesia Penoreh getah itu menjadikan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya