12 Resipi Menu Makan Tengahari Sedap Sempena Hari Merdeka


Hidangan lauk pauk yang sedap dan mudah dimasak tentunya menjadi pilihan para ibu terutamanya di hari cuti Merdeka begini. Selain enak dan menyelerakan, sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur lebih-lebih lagi di hari yang terlalu banyak urusan untuk diselesaikan. Sajian lauk pauk sebegini juga sangat sesuai bagi kaum ibu yang gemarkan hidangan yang ringkas dan juga berkhasiat buat keluarga.
 
RESIPI LAUK PAUK SEDAP & MUDAH MASAK SEMPENA HARI MERDEKA
 
 1. AYAM GORENG BBQ

BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | dibersihkan3 sudu makan sos tiram2 sudu makan  sos tomato2 sudu makan madu1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh herba parsli1 sudu teh serbuk stok ayam2 sudu makan minyak masakMinyak untuk mengorengGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.Sedia untuk dihidangkan sebagai menu cuti hari merdeka. 
2. KERANG GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan5 ulas bawang putih | diketuk2 batang serai50ml kicap masin250ml airGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang sebgai menu cuti hari merdeka.Info chef:  Cuba rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap telah memberikan rasa masin. Tambah gula jika perlu.
 
3. LALA GORENG CILI API

BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan5 ulas bawang putih5 biji cili padi2 sudu makan sos tiram50ml air1 batang bunga kantanSedikit minyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.Masukkan cili padi dan bunga kantan.  Tumis sehingga wangi.Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.Sedia untuk dihidangkan. 
 4. SOTONG NESTUM

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dibersihkan60gm tepung gandum3 ulas bawang putih | dicincang halus100gm nestum50ml susu pekat50ml susu cair1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh serbuk lada hitam3 sudu makan mentegaSedikit minyak untuk mengorengGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Sotong digaul dengan tepung dan sedikit garam lalu di goreng separuh masak. Ketepikan.Tumis bawang putih dengan mentega sehingga garing kekuningan.Masukkan susu cair, susu pekat dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.Seterusnya  masukkan sotong dan nestum. Perasakan dengan garam secukup rasa.Sedia untuk dihidang sebagai menu cuti hari merdeka.Info chef:  Kurangkan jumlah susu pekat jika kurang menggemari hidangan yang sedikit manis.
 
 5. DAGING GORENG UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang2 biji ubi kentang | dipotong dan digoreng separuh masak1/2 sudu makan serbuk kunyit1/2 sudu makan serbuk kari2 ulas  bawang putih | dihirisSedikit minyak untuk mengorengGaram secukup rasa125ml airCARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.  Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan menu ini sedia untuk dihidangkan sempena cuti hari merdeka.Info chef:  Jika menggunakan daging bahagian lain, pastikan anda merebus lebih lama bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk.
 
 
6. CENDAWAN TOFU GORENG

BAHAN-BAHAN:
3 paket tofu jepun | dipotong bulat1 paket cendawan shintake | dihiris1 paket cendawan inoki1 paket cendawan shimeiji3 ulas bawang putih | dihiris2 sudu makan sos tiram2 biji cili padiSedikit airSedikit minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Tumis bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga wangi.  Kemudian goreng tofu jepun sehingga hampir masak dan berwarna kekuningan.Masukkan kesemua cendawan dan masak sehingga sedikit layu.Tambahkan sos tiram, sedikit air dan  cili padi.  Reneh sehingga cendawan masak.Angkat dan hidangkan segera.Info chef:  Hidangan ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram telah memberikan rasa masin pada masakan.
 
7. PUCUK MANIS TELUR GORENG

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis3 ulas bawang putih | diketuk kasar2 biji telur1 sudu teh stok ayamSerbuk lada hitam dan garam secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.Pecahkan telur dan perasakan dengan stok ayam dan juga serbuk lada hitam. Pukul sedikit hingga rata.Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau dengan cepat dan masukkan pucuk manis.Masak seketika dan tambah bahan perasa jika perlu.  Sedia untuk dinikmati sebagai menu sempena cuti hari merdeka.Info chef:  Tambah sedikit air jika sukakan sayur goreng yang sedikit berkuah.
 
8. TELUR HANCUR PERIA KATAK

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam | dipukul2 biji peria katak | dihiris nipis3 ulas bawang putih | dihiris3 biji bawang merah | dihiris1 biji cili merah | dihirisSerbuk lada hitam dan garam secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga garing.Kemudian masukkan peria dan gaul sehingga separuh masak.Setelah itu tuangkan telur dan gaul lagi sehingga semua bahan kelihatan sebati.Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.Info chef:  Rendam hirisan peria di dalam air garam selama 10 minit bagi mengurangkan rasa pahit.
 
9. NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk1kg beras basmathi – cuci & tos1.5kg air1/2 tin susu cair2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika2 sudu makan minyak masak1 sudu makan minyak sapi1 kiub pati daging1 helai daun pandan2 biji tomato – belah empatGaram secukup rasaBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis5 kuntum bunga cengkih2 kuntum bunga lawang5 biji buah pelagaBAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar3 ulas bawang putih3cm haliaBAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah10 biji cili padi30gm belacanSedikit ikan bilisSedikit gulaGaram jika perlu2 biji tomato2 biji bawang besar2 sudu makan kerisik1 cawan air rebusan daging1 sudu makan pes asam jawa1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos tomatoCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
 
10. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan1 cekak daun selom – celur seketika700ml santan1 keping asam gelugur3 batang serai – titik1 helai daun kunyit – hirisGaram secukup rasaBAHAN KISAR:
20 biji cili padi4cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta menu ini sedia untuk dihidangkan sempena cuti hari merdeka.
 
11. SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis200gm kacang tanah – sangai & kisar1/2 cawan gulaGaram secukup rasaMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih3cm halia4 batang serai2cm lengkuas1 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putihCARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
 
12. KARI IKAN BAWAL MAS

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga200ml santan½ cawan air asam3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai1 sudu makan serbuk cili3 sudu makan rempah kari ikan1 sudu teh serbuk kunyit1 ½ sudu makan rempah penumis2 cawan airGaram dan gula secukup rasaBAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar8 biji bawang merah6 ulas bawang putih3cm haliaBAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat3 biji bendi – potong dua1 biji cili merah – belah dua1 biji cili hijau – belah dua1 biji tomato – belah empatCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera sebagai menu cuti hari merdeka.
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.

Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat

Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




 
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
 
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  
 
The post 12 Resipi Menu Makan Tengahari Sedap Sempena Hari Merdeka appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/08/12-resipi-menu-makan-tengahari-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum Salam Kemerdekaan yang ke 65 buat semua rakyat Malaysia Kemeriahan sambutan pada tahun ini memang lain dari yang lain Fiza pun seronok sangat walaupun tak berkesempatan nak pergi Dataran Merdeka dapat tengok perarakan merdek...
Sarapan Roti Canai Garing Menu Di Hari Kemerdekaan

Sarapan Roti Canai Garing Menu Di Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 519 hits
Sarapan Roti Canai Garing Menu Di Hari Kemerdekaan Best tak menu sarapan kita hari ni Roti canai merdeka Bukan buat tapi makan ramai ramai kat warung bawah pokok Haha Roti canai dan nasi lemak menu sinonim dengan rakyat Malaysia Makan pulak...
Menu Malam Ambang Merdeka

Menu Malam Ambang Merdeka

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Hi korang Seronok betul semalam ramai ramai diorang semua kat Dataran Merdeka erk padat sendat dengan pertanyaan x takut Covid ke hehehe bukan jeles ye tapi kalau SA memang fikir keselamatan dulu la dah padat2 macam tu meman...
Restoran Ayam Kampung Bandariya Menu Ayam Kampung Sedap

Restoran Ayam Kampung Bandariya Menu Ayam Kampung Sedap

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 262 hits
Selamat Hari Merdeka Ada yang jalan jalan ke Bandaraya Kuala Lumpur ke tu Nak cari tempat makan menu ayam kampung dan campuran Kelantan Indonesia Meh Cik Sue cadangkan satu restoran yang bertapak hampir 20 tahun lebih dah di Kuala Lumpur ni...
Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan Dalamnya Lembut Makan Panas Panas Sedap

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan Dalamnya Lembut Makan Panas Panas Sedap

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 167 hits
Cucur antara yang menjadi hidangan menu minum petang Sama ada cucur pisang jagung bilis labu dan sebagainya terpulang pada citarasa masing masing Malah kuih ini juga antara menu ekspres yang paling cepat nak disediakan berbanding kuih lain ...
Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis Berempah Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka

Anak 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis Berempah Buatkan Menu Ini Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 213 hits
Apabila anak sudah masuk usia 7 bulan anda boleh pelbagaikan menu makanan untuk si manja Jika sebelum ini anda menggunakan 4 days wait rule ketika bayi berusia 6 bulan dan tiada sebarang alahan makanan pada si manja jadi anda boleh lebih kr...
Menu Bekal Hari Ini

Menu Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA ada beli sardin macam biasa la sardin cap ayam tapi semalam yang ikan sardin sahaja takde yang ada ikan makerel boleh la sebab dah set kat otak nak masak sambal sardin kan untuk bekal hari ni Dania pun n...
Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 284 hits
Kek Oren antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah Cepat siap dan mudah untuk disediakan inilah resipi yang dikong...
Resipi Perapan Bbq Daging Ayam Bakar Homemade Dijamin Sedap

Resipi Perapan Bbq Daging Ayam Bakar Homemade Dijamin Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 186 hits
Sos perapan BBQ dan Daging serta Ayam Bakar homemade yang sangat mudah dan sedap Sos perapan BBQ sangat sesuai digunakan untuk membuat kambing perap yang enak Kambing daging dan ayam perap ni kalau beli yang sudah readymade memang agak maha...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner