Makan Tengahari Di Dusun Riffa Changlun


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun Dusun Riffa ni adalah kawasan dusun terletak di Changlun Kedah , yang menyajikan makanan Thai . Antara menu yang paling wajib cuba kalau singgah sana adalah Miang Pla . Selain tu ada jugak makanan-makanan thai yang lain seperti tomyam , sup, kerabu, pulut ayam , pulut pelam dan beraneka lagi makanan Thai . Makanan vendor pun beraneka jenis 
. Pelbagai dessert dan juga air balang . 
Dusun Riffa beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga petang . Pengunjung yang datang ke sini memang tak putus-putus . CCL dan kawan pergi hari weekday . Time sampai tu baru pukul 1 tengahari . Orang memang full sangat . 
Nak masuk ke Dusun Riffa ni agak dalam dan separuh jalan sudah diturap dengan tar , dan separuh lagi jalan berbatu . So memang kena bawa kereta dengan perlahan. Perjalanan yang agak dalam tapi jangan risau ada signboad memudahkan pengunjung untuk datang . Mujur time pergi tu walaupun parking penuh , alhamdulillah setelah dicari-cari dapat juga parking lot yang kosong . Dekat juga dengan Dusun Riffa tersebut . Tips baca doa makan okeyh . Dapat parking dekat pun salah satu rezeki, disebabkan kawan CCL bawa anak kecil so lagi memudahkan tak perlu jalan jauh-jauh .

Cara order kat sini , order kat kaunter pastu bayar terus . Part ini bagi geng lelaki jer turun order makanan , mujur la bagus juga disebabkan tak nak bersesak-sesak di bahagian kaunter order makanan diorang ambil menu lalu masuk dalam kereta decide nak makan apa, dan diorang terus ke kaunter pesanan . 

Ok part geng-geng perempuan pulak mencari tempat makan . Tempat makan memang banyak dan luas . Ada juga bahagian pondok-pondok makan dan juga pondok rumah yang boleh disewa sekitar harga RM30 - RM50 . Kalau korang bawa ramai family bolehla sewa satu pondok tu . Boleh makan sambil santai-santai .
Then tunggu makanan siap. Oh ya disini self service ya . Makanan yang dah siap korang kena pergi ambil sendiri di kaunter makanan . Nama customer akan dipanggil setelah makanan siap . So yang ni kena alert laa . Jangan ralit bersembang pulak kan . 
Antara menu yang kami 4 orang order  adalah

Miang Pla (RM39)Boleh pilih sama ada nak ikan talapia ataupun ikan siakap . CCL decide untuk pilih ikan siakap . Ikan besar memang cukup untuk 4 orang makan . Tak berbau hanyir dan paling penting ikan ni nampak fresh sangat .Nak makan Miang Pla ni pun ada caranya tau ! Salah makan maka jadi tak sedap la Miang Pla hangpa sebab ikan tersebut disalut dengan garam kasar sebelum dibakar . So cara makannya makan isi lapisan atas, cabut tulang ikan dan makan isi lapisan bawah , jangan sesekali terbalikkan ikan tersebut takut air garam turun ke isi ikan , so isi ikan hangpa akan rasa madin kalau salah teknik .  Hadir dengan  3 jenis sos cicahan yang berbeza rasa dan bawang goreng . Memang sedap ! Gabungan rasa pedas, manis dan masam . 
Daging bakar dannok (RM10)Daging bakar dannok ni bagi CCL rasanya biasa-biasa ja . Sos pencicah daging tersebut pun biasa-biasa saja , tak berapa pedas . Tapi budak-budak boleh makan . 
Sup Tulang Thai (RM15)Yes yang menu ni sedap . Hadir dengan daging yang lembut . Cukup rasa masam dan manis . Sup daging dia agak berbeza macam sup daging yang selalu kita buat kat rumah tu . 
Udang Galah Bakar (RM39)Udang galah ni besar, rasa manis udang tu masih ada walaupun dah bakar, isi pun nampak fresh . Hadir dengan dua sos pencicah yang sedap . Pedas-pedas manis 
Kerabu seafood (RM12)Sedap cukup rasa manis masam pedas . Tapi tidak terlalu pedas budak-budak pun boleh makan . 
Pulut mangga (RM10)Wajib try ! Sepinggan ni hanya RM10 saja weii . Macam terbeliak biji mata tengok pasai muqah sangat . Hadir dengan sebiji pelam yang siap dikupas comel-comel. Rasa santan pekat berlemak . Pulut pun lembut saja .. memang sedap . 
Itu antara menu yang CCL dah cuba cukup banyak untuk 4 orang makan . Berbaloi datang ramai-ramai ke sini boleh cuba banyak makanan .

Di Dusun Riffa ni juga tersedia surau dan juga tandas  yang memudahkan pengunjung untuk guna . Selain itu terdapat juga aktiviti ATV.
Dusun Riffa , Changlun Kedah Operasi jam 11pagi - 7petangDibuka pada setiap hari 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/02/makan-tengahari-di-dusun-riffa-changlun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Cari Makan Tengahari

Jalan Jalan Cari Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 157 hits
Jalan Jalan Cari Makan Tengahari Di Hari Minggu Dekat nak bukak sekolah mak mak dan bapak bapak akan sibuk ke hulu ke hilir cari barang anak anak Nak cari kasut la baju stokin dan sebagainya Begitu juga dengan famili kecil kami Si bujang bo...
Makan Tengahari Nasi Campur Di Restoran Padii Cafe Sungai Petani Kedah

Makan Tengahari Nasi Campur Di Restoran Padii Cafe Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 256 hits
restoran Padii Caferestoran Padii CafeRestoran Padii Cafe ni terletak di Jalan Kampung Gon Jalan Sungai Layar Sungai Petani Kedah Tepi jalan je Padii Cafe ni Mungkin nama Padii Cafe ni bersempena kedai makan ni memang bersebelahan dengan sa...
Makan Tengahari Lewat Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Makan Tengahari Lewat Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 145 hits
Dalam perjalanan balik rumah dari KL perut lapar pula Jomlah kita singgah Richiamo Coffee Pajam Nilai alang alang nak balik ikut situ Ini kali kedua kami singgah makan di sini Suka juga dengan suasana Richiamo Coffee Pajam ni sebab cafe dia...
Rakyat Gaza Kelaparan Terpaksa Sembelih Kuda Makan Dedak Ternakan

Rakyat Gaza Kelaparan Terpaksa Sembelih Kuda Makan Dedak Ternakan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 231 hits
Bernama WafaKANAK kanak Palestin berkumpul untuk mendapatkan makanan di sebuah sekolah kerajaan di Rafah FOTO AFPGaza Pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin ...
Sesekali Tukar Selera Makan Nasi Kandar Saddam

Sesekali Tukar Selera Makan Nasi Kandar Saddam

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 293 hits
Dulu sis ni tak layan tau nasi kandar ke nasi mamak Kalau ada pilihan lain rela pilih yang lain Tapi tu dulu lah Bila dah kahwin dengan mr hubby yang ada darah Penang tu Terus dengan sis terjebak suka nasi kandar ni Dari tak suka jadi suka ...
Sedap Sangat Makan Lontong Darat Di Warong Kopi Pak Lan Eco Ardence Setia Alam

Sedap Sangat Makan Lontong Darat Di Warong Kopi Pak Lan Eco Ardence Setia Alam

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 337 hits
nbsp Tak ingat dah bila kak ana suami dan Adik Ika jenjalan hujung minggu dan singgah nak cari makan di Eco Ardence Setia Alam Dah agak lama juga kami tak ke Eco Ardence selalunya lepak makan di Eco Grandeur Puncak Alam sebab dekat je denga...
Pemerintah Kantongi Data Calon Penerima Makan Siang Gratis Anggaran Masih Dihitung

Pemerintah Kantongi Data Calon Penerima Makan Siang Gratis Anggaran Masih Dihitung

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 73 hits
Ketua Umum Golkar ini yakin program makan siang gratis akan berjalan mulai tahun 2025
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation