Makan Secara Terbuka Pada Siang Hari Bulan Ramadhan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Makan Secara Terbuka pada Siang Hari Bulan Ramadhan! | Pernah ada isu pasal seorang perempuan yang makan secara terbuka di sebuah restoran siang hari pada bulan Ramadhan. 
Tapi dari pengamatan MF sendiri... akhir zaman ni dah takde rasa malu bab puasa ni... orang tak solat pun tak tahu malu kalau dia tak solat, apatah lagi puasa kan... 
Kalau kat tempat baru MF ni... sebab baru tahun ni MF dok menetap di sini,... macam satu kejutan budaya bagi MF dan suami bila lihat gerai jual air di tepi jalan dibuka macam biasa walaupun bulan puasa. Bahkan orang yang menjual dan membeli tak kisah pun.. 
Sama lah kesnya, bab makan di khalayak ramai ni... wanita ni rasa tercabar bila pengusaha restoran tu tegur tak bagi dia makan di situ sebagai menghormati orang lain berpuasa... Bahkan dia tahu, dia tak tak boleh jual makanan kepada orang Islam pada siang hari bulan puasa... kerana salah di sisi undang-undang... 
Hukum makan secara terbuka di siang hari bulan Ramadan dari segi undang-undang jenayah syariah
ENAKMEN 2 TAHUN 1985 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985 BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 26. Makan dalam bulan Ramadan.
Sesiapa yang tidak harus berbuka puasa pada Hukum Syarak didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadan adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

AKTA 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen 15. Tidak menghormati Ramadhan.
Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-  (a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau  (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
Isu ni timbul sebab nak tegakkan hak sebagai wanita, pengguna dan pelanggan... hmmm... sebenarnya bukan isu sangat pun sampai nak kena cari hukum bagai... sebab dalam Islam takde dalil bab makan di khalayak ramai... sebab orang dulu tahu hormat orang lain... Tapi akhir zaman ni mana lah orang tahu bab hormat orang lain... tau pentingkan diri sendiri adalah... 
Ulama’ ada bahaskan mengenai perkara ni:
1. Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah Ta’ala pernah ditanya:
“Jika seorang wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadan, apakah keduanya wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa?”
“Jika wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadhan, maka tidak wajib baginya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. Dia boleh makan dan minum, kerana tidak berguna sedikitpun jika dia menahan diri, kerana dia telah diwajibkan untuk qada hari itu

Ini merupakan mazhab Malik, Syafie dan salah satu riwayat dalam mazhab Ahmad. Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a, dia berkata, “Siapa yang telah makan di awal siang, boleh makan di akhirnya.”
Maksudnya, siapa yang dibolehkan berbuka di awal siang, maka boleh baginya berbuka di akhirnya.” (Majmu Fatawa Syekh Ibnu Utsaimin (19/Soal no. 59)
Adapun batasan terkait dengan hal tersebut, sebahagian ulama melarang bagi siapa yang boleh berbuka di bulan Ramadan kerana sakit, safar atau haid untuk memperlihatkan bahawa dirinya tidak berpuasa, agar dia tidak dituduh meremehkan agamanya bagi orang yang tidak tahu bahawa dia memiliki uzur

Sebagian ulama lainnya berpendapat bahawa jika dirinya memiliki uzur, tidak mengapa baginya untuk menampakkan bahawa dirinya tidak berpuasa. Jika uzurnya sulit dikenali, maka hendaknya dia berbuka secara sembunyi-sembunyi. Ini adalah pendapat kedua, dan inilah yang lebih tepat
Al-Mardawai berkata dalam kitab Al-Inshaf (7/348)
“Al-Qadhi berkata, diingkari terhadap siapa yang terang-terang makan di siang bulan Ramadan, meskipun dia memiliki uzur. Dikatakan dalam Al-Furu, zahirnya dia dilarang secara mutlak. Ada yang berkata di hadapan Ibnu Aqil, wajib melarang musafir, orang sakit, wanita haid untuk berbuka secara terang-terangan agar dirinya tidak tertuduh.” Ibnu Aqil berkata, “Jika dia memiliki uzur tersembunyi, maka dia dilarang memperlihatkannya, seperti sakit yang tidak ada tandanya atau musafir yang tidak ada bekasnya.”
Bolehkah yang uzur terus makan?
Ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa, apakah dia wajib menahan diri daripada makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa

Pendapat yang terpilih ialah dia tidak wajib menahan diri daripada makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian

Kata Abdullah bin Masud r.a:
“Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat al-Baihaqi)

Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh terus makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan, walaupun mungkin haid ataupun sakit mereka telah berakhir sebelum waktu berbuka

Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, tapi orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan

Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor sakit dan musafir, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain. – Sumber

MF setuju dengan pendapat Buasir Otak yang kupas isu ini,,, Ia sebenarnya bukan isu boleh atau tidak, atau tentang kita berhak atau tidak.
Ia adalah tentang adab sopan.
Tentang toleransi.
Tentang hormat-menghormati.
Tentang respek.
Tentang memberi contoh tauladan yang baik. Itulah.. bila hilang rasa malu, dengan egonya kita pertahankan hak kita.. memang sifat malu tu dah makin terhakis dah... sebagai mana hadis Nabi s.a.w:

Rasulullah bersabda, “Rasa malu adalah kebaikan seluruhnya atau rasa malu seluruhnya adalah kebaikan.” (HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Iman itu terdiri dari 70 sekian atau 60 sekian cabang. Cabang iman yang paling utama adalah ucapan la ilaha illalloh. Sedangkan cabang iman yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari tempat berlalu lalang. Rasa malu adalah bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Suatu ketika Nabi menjumpai seorang yang sedang mencela saudaranya karena dia sangat pemalu, Nabi lantas bersabda, “Biarkan dia karena rasa malu itu sebahagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Menurut penuturan Imam Ibnul Qoyyim, alhaya’ (rasa malu) diambil dari kata-kata hayat (kehidupan). Sehingga kekuatan rasa malu itu sebanding lurus dengan sihat atau tidaknya hati seseorang. Berkurangnya rasa malu merupakan pertanda dari matinya hati dan ruh orang tersebut. Semakin sihat suatu hati maka akan makin sempurna rasa malunya

Hakikat rasa malu adalah suatu akhlak yang mendorong untuk meninggalkan hal-hal yang buruk dan kurang memperhatikan haknya orang yang memiliki hak

Sumber: https://muslim.or.id/265-bila-malu-sudah-tiada.html
RENUNGAN BERSAMA BUAT WANITA:
TERAMAT MALUNYA
  ADUHAI, setiap wanita dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;
 Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya;  Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya;  Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
 KINI, si wanita itu sudah hilang MALUnya;  Kerana hilangnya MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai;  Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM dan HALAL;  Kerana hilangnya MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu

  ADUHAI, setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;
 Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar sama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT;  Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM itu kena INGAT;  Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA, selalu mengingatkan dengan kata, ”TAKUTLAH AKAN ALLAH.”  KINI, si lelaki itu sudah hilang MALUnya;  Kerana hilang MALU itu, si lelaki MENGAJAK si wanita berbuat MUNGKAR;  Kerana hilangnya MALU itu, si lelaku lupa tentang HUKUM ALLAH;  Kerana telah hilangnya MALU itu, si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH;  Sabda Rasulullah s.a.w. "SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.”
  Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya;   MALUlah kamu dengan ALLAH kerana ingkar akan suruhannya;   MALUlah kamu dengan RASULULLAH (s.a.w.) kerana meninggalkan sunnahnya;   MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN;   MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU;   MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA;   MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu;   Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari FAHSYAR WAL MUNGKAR


Hiasilah wanita dengan sifat malu... keran itu yang terindah..



p/S: Haiii... zaman dulu, kalau tak boleh puasa memang malu nak bagitau even bapa sendiri yang kita tak boleh puasa... bahkan nak bagitau kita tak boleh solat pun rasa malu.. tapi sekarang, iklan kotex pun secara terbuka, jual spender, baju dalam tanpa tutup cela... terbalik pula.. spender lelaki tersusun tersembunyi, bab wanita dijual terang-terangan... hai... malu nak cerita... itulah bila hilang rasa malu di dada... hmmm... malulah kita pada Allah... 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2016/06/makan-secara-terbuka-pada-siang-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Sahur Ramadhan Hari Ke 12 Kari Ayam

Menu Sahur Ramadhan Hari Ke 12 Kari Ayam

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 130 hits
Menu Sahur Ramadhan Hari Ke 12 Kari Ayam Sedar tak sedar dah masuk hari ke 12 kita berpuasa ini bermakna dah 12 Ramadhan 1445H Alhamdulillah masih kuat dan bersabar dalam menjalaninya dalam keadaan baik semuanya Oh ya masuk hari ke 12 bersa...
Kaedah Cepat Khatam Quran Dalam Bulan Ramadhan Dan Kelebihan Khatam Quran

Kaedah Cepat Khatam Quran Dalam Bulan Ramadhan Dan Kelebihan Khatam Quran

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 249 hits
Kaedah Cepat Khatam Quran dalam Bulan Ramadhan dan Kelebihan Khatam Quran 5 Ramadhan muncul lagi dan masing masing mula mencari kaedah cepat dan tips khatam Quran Bersyukurlah kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT unt...
Momen Prabowo Titiek Dan Didit Makan Bareng Di Hari Pertama Puasa 2024

Momen Prabowo Titiek Dan Didit Makan Bareng Di Hari Pertama Puasa 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 243 hits
Prabowo tidak memberi keterangan terkait foto diunggahnya di instagram tersebut
Video Respons Sri Mulyani Soal Makan Siang Gratis Ambil Dana Bos Ya Tidak Lah Bu Belum

Video Respons Sri Mulyani Soal Makan Siang Gratis Ambil Dana Bos Ya Tidak Lah Bu Belum

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 155 hits
Sri Mulyani mengatakan isu program makan siang gratis tidak memangkas anggaran dana bos
Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 275 hits
Alkisahnya cerita ni berlaku Jumaat lepas di bulan Ramadhan Seperti mama cakap sebelum ni mama memang takde idea nak masak apa utk Ramadhan tahun ni Tetiba terasa macam nak buat ikan bilis goreng kicap dan mama suruh en husband belikan cili...
Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2024

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2024

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 177 hits
11 March 2024 Esok 1 Ramadhan 2024 Selamat berpuasa kepada semua umat islam Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam menjalankan ibadah puasa Tulang lembu ayam udang ikan cencaruDalam peti ais makcik dah takde st...
Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 316 hits
Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah 4 Apakah hukum berbuka puasa dalam bulan Ramadhan di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam Puasa di bulan Ramadan w...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba